Anda di halaman 1dari 19

PENGADILAN

MORAL
PENGADILAN MORAL
Apakah itu pengadilan moral ?

Adrian Oldfield-
adalah lazimnya dibuat dalam
bahasa yang memuji atau
mempersalahkan dengan
berpandukan kepada ukuran baik
dan buruk.
Qasim Ahmad pula mendefinasikan pengadilan
moral secara ringkas sebagai:
perlakuan-perlakuan menjatuhkan hukuman,
ataupun mengenakan penilaian tertentu,
kepada suatu peristiwa sejarah dan / atau
kepada seseorang pelaku dalam sejarah.
Misalnya di dalam sesebuah tulisan seorang
ahli sejarah ada menyatakan sesuatu
peristiwa itu tidak baik, Ketua negara itu
bersalah, Sultan zalim, masyarakat masa lalu
itu mundur, sistem politik itu tidak progresif
dan sebagainya.
Maka seseorang ahli sejarah telah pun
menghukum atau membuat penilaian moral
dalam konteks tersebut.
Pengalaman dan latarbelakang penulis
sendiri, akan mempengaruhi hasil
penulisan sejarah yang ditulis oleh
seseorang penulis.
Mohd. Yusof Ibrahim,
Kemampuan untuk berbuat demikian terletak
pula kepada pengaruh yang membentuk
pendirian dan pandangannya, yang
diterimanya dari masyarakatnya,
pelajaranya, pengalamannya, serta juga
pemikirannya. Semua ini merupakan unsur-
unsur yang merupakan tenaga pengaruh di
dalam penulisnya.
HAL-HAL YANG DIADILI
Tidak dinafikan bahawa pelbagai hal
diadili oleh para ahli sejarah.
Carr - pengadilan moral dalam
sejarah boleh mencakupi individu,
peristiwa, institusi dan dasar.
Walaupun senarai Carr tidak lengkap
tetapi hal-hal inilah yang biasanya
mendapat perhatian ahli sejarah
Pro dan Kontra dalam Pengadilan
Moral

Pertama
pengadilan moral tidak wajar dilakukan
kerana seseorang penulis itu tidak dapat
menyelami dan mengetahui keadaan
sebenar peristiwa sejarah itu berlaku.
Butterfield - pengadilan moral tidak
dianggap penting dalam penyiasatan
sejarah kerana ketidakupayaan atau tidak
mampunya ahli sejarah untuk melihat
sesuatu peristiwa dari lubuk hati si
pelaku.

Ia menekankan bahawa We cannot see


inside other people merupakan faktor
penting yang menghalang seseorang ahli
sejarah untuk bersikap objektif dalam
menjatuhkan hukuman moral.
Kedua, golongan pro pula menyatakan
bahawa wajar pengadilan moral dilakukan
oleh ahli sejarah seperti apa yang
ditegaskan oleh Qasim Ahmad,
si pelaku yang melakukan sesuatu kejahatan
dari segi lahiriah atau secara luaran walaupun
ia berhasrat atau bermotif suci, ia akan
dihukum juga dalam mahkamah dan didakwa
melakukan sesuatu kesalahan dari segi
undang-undang dan moral.
Ini menjelaskan kepada kita bahawa
persoalan untuk memahami dari lubuk hati
si pelaku, merupakan suatu masalah yang
kecil sebagaimana yang disarankan oleh
Oldfield.
apabila ahli sejarah yang membuat sesuatu
kajian, ia akan menjatuhkan hukuman moral
berdasarkan kepada tindakan-tindakan lahiriah si
pelaku yang disokong oleh bukti-bukti dan
sumber-sumber sejarah yang ditemui oleh beliau.

Qasim Ahmad- tindakan lahiriah seseorang


individu atau tokoh adalah
bertanggungjawab terhadap tindakannya.
Jesteru itu, tindakan lahiriah ini akan menjadi
pegangan seseorang ahli sejarah untuk
menjatuhkan pengadilan moral.
Penggunaan Perkataan Tertentu
Melambangkan Pengadilan Moral

Dalam penulisan sejarah penggunaan


perkataan-perkataan, ayat-ayat maupun
frasa-frasa, kadang-kadang telahpun
meletakkan atau mengambarkan nilai moral,
seperti kejam, jahat, zalim, merogol, membunuh,
banyak yang menderita serta sebagainya.
Kita sedia maklum bahawa penggunaan
perkataan-perkataan tertentu dalam
penulisan sejarah akan mencerminkan
pendirian moral atau nilai moral yang
dipegang oleh seorang penulis sama ada ia
dilakukan secara langsung maupun tidak
lansung, sedar ataupun tidak sedar.
Walaupun penulis akan mendakwa atau
mungkin mendakwa bahawa ia akan bersikap
neutral dalam penulisannya tetapi pada
hakikatnya ia tidak akan terlepas dari
menjatuhkan hukuman moral ke atas
kajiannya.
Sebagai satu contoh petikan dari penulisan
Ghazali bin Mayudin. Antara tulisan yang
dipaparkan oleh beliau ialah ;
Apabila pihak Jepun telah menguasai
satu-satu kawasan, perbuatan-perbuatan
yang tidak menghormati harta dan hak
orang awam seperti mencuri, merampas dan
merogol, memukul serta membunuh orang-
orang awam merupakan kisah-kisah yang
dapat didengar di mana-mana sahaja semasa
pendudukan Jepun.
Daripada hasil tulisan Ghazali Mayudin kita boleh
lihat penggunaan perkataan-perkataan amat jelas
mengambarkan kekejaman dan kezaliman yang
dilakukan oleh pihak Jepun di Johor Baharu semasa
Perang Dunia Kedua.
Ia memaparkan kisah kekejaman pihak Jepun ke
atas penduduk awam khususnya orang-orang Cina
dan bagaimana digambarkan cara pembunuhan
mereka yang dipaksa menggali kubur sendiri.
Sama ada secara sedar ataupun tidak sedar beliau
telahpun meletakkan pengadilan moral dalam
penulisan beliau.
Gambaran-gambaran ini amat jelas menunjukkan
Ghazali Mayudin sudahpun meletakkan pengadilan
moral di situ dan para pembaca yang membaca
buku tersebut pastinya akan mengatakan bahawa
zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu
khususnya di Johor amat ketara zalimnya.
Pengadilan Moral sebagai Tauladan
dan Pengajaran

Sejarah juga perlu dilihat sebagai alat


pengajaran moral kepada pembaca khususnya
masyarakat hari ini, agar peristiwa-peristiwa
masa lalu menjadi tauladan dan ikhtibar.
Adrian Oldfield - sebenarnya pengadilan moral
adalah penting dalam penulisan sejarah dan
merupakan sesuatu aspek yang tidak harus
diketepikan begitu sahaja.
Sebab- pengadilan moral akan memberikan
pengajaran dan ikhtibar kepada pembaca.
Sebagai contoh peristiwa pengeboman bom
Atom oleh pihak Amerika ke atas bandaraya
Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada 6 dan
9 Ogos 1945.

Sekumpulan pengkaji dari Persatuan The


Pacific War Reseach dari Jepun menulis dan
merakamkan bahawa ;
kesan nuklear yang dihadapi oleh mangsa-
mangsa bom atom semasa peristiwa
pengeboman di bandaraya Hiroshima dan
Nagasaki tidak akan dapat dipastikan melainkan
selepas tiga atau empat generasi yang akan
datang, terutamanya dalam aspek genetik
manusia.
Dengan ini kita boleh dan dapat membayangkan
kesengsaraan perang nuklear semasa Perang
Dunia Kedua.

Ia akan menjadi suatu pengajaran dan ikhtibar


kepada masyarakat dunia buat selama-lamanya.

Khususnya kepada negara-negara yang gemar


berperang ataupun
negara-negara yang ghairah mencipta bom-bom nuklear
ataupun
mereka yang sewenang-wenangnya menggunakan
senjata nuklear dalam persengketaan atau konflik di
antara negara.
Pengadilan Moral sebagai benteng
Hak Asasi Manusia

Sejarah juga bertanggungjawab


memelihara hak asasi manusia sejagat.
R. Sutaralingam- ukuran dalam
penilaian ahli sejarah bukan sahaja
berdasarkan kepada persoalan
kepentingan negara dan rakyat secara
keseluruhannya.
Ia juga melibatkan aspek pihak
manakah yang menodai hak asasi
manusia yang merupakan aspek
penting yang seharusnya diambil kira
dalam penulisan sejarah
Kes pengeboman Bandaraya Hiroshima dan
Nagasaki serta kes serangan Amerika Syarikat
ke atas Afganistan.

Kedua-dua kes ini memperlihatkan


penderitaan yang amat ketara ke atas rakyat
Jepun dan Afganistan yang tidak berdosa
seperti wanita dan kanak-kanak.

Amat jelas kedua-dua pihak ini iaitu wanita


dan kanak-kanak tidak terlibat langsung
dalam peperangan walau dalam apa juga
keadaan sekalipun.

Di sini persoalan yang serupa akan timbul


iaitu apakah wajar pengadilan moral
dijatuhkan ke atas tindakan Amerika Syarikat ?
Maka kalau itulah caranya sudah jelas tanpa
perlu menekankan ayat pengadilan moral
secara khusus ke atas tindakan Amerika
Syarikat
kerana pengeboman dan serangan Amerika Syarikat
mengakibatkan kematian berjuta-juta manusia yang
tidak berdosa khususnya wanita dan kanak-kanak.
Di sini kita boleh lihat sejarah dengan
sendirinya telah menjatuhkan hukuman moral
ke atas Amerika Syarikat yang telah
mengakibatkan kematian kerana tindakan
mereka sendiri.
Kesan ini amat jelas mengambarkan Amerika
Syarikat telah melanggar hak asasi manusia di
bumi Jepun dan Afganistan itu.
KESIMPULAN

Maka secara kesimpulan, memang soal menjatuhkan


pengadilan moral tidak harus diketepikan dalam
penulisan karya sejarah kerana seseorang ahli sejarah
tidak dapat membebaskan diri dari melakukan
pengadilan moral.
Ini berlaku kerana apabila menggunakan sesuatu
perkataan maka sudah menunjukkan satu bentuk
pengadilan moral telah dilakukan sama secara sedar
maupun tidak sedar.
Agak sukar untuk tidak menggunakan perkataan-
perkataan seperti membunuh, berperang, kekejaman,
penindasan, rogol dan sebagainya dipisahkan dalam
tulisan sejarah.
Seandainya dipisahkan juga maka tulisan tersebut