Anda di halaman 1dari 14

Pantulan Semulajadi Dalam Perkembangan

Fizikal Kanak-Kanak
Selalunya kita mengganggap bahawa bayi yang baru lahir tidak menarik kerana hidup
mereka hanya untuk makan, tidur dan menangis sahaja. Hal ini, disebabkan oleh bayi
tidur selama 16-21 jam sehari dan bertindak balas secara terhad.

Pergerakan semulajadi yang sering ditunjukkan oleh bayi sebaik saja seseorang bayi
dilahirkan ke dunia ini disebut Pergerakan Pantulan Bayi atau Refleksi dimana bayi
akan menunjukkan pergerakan semulajadi secara automatik tanpa berfikir. Maksudnya
pergerakan ini bersifat tidak terkawal pada mulanya dan sering berlaku secara tidak
sengaja@ secara tiba-tiba.

Pada dasarnya pantulan ini banyak membantu bayi menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru dan seterusnya dapat membantu bayi dalam meningkatkan tahap
perkembangannya.

Sesetengah gerakan pantulan ini akan kekal pada bayi hingga dewasa dan
setengahnya pula cuma berlaku pada umur tertentu bayi dan beransur-ansur akan
hilang sendiri.
Jenis-Jenis Pantulan Bayi
i. Mengelipkan mata
ii. Babinski
iii. Grasping (mengenggam)
iv. Moro ( startle)
v. Rooting ( mencari punca)
vi. Stepping ( melangkah/menapak)
vii. Sucking (menghisap)
viii. Berenang
ix. Tonic Neck
Mengelipkan mata
Jika diperhatikan, bayi akan mengelip mata secara tiba-
tiba. Ini berlaku apabila bayi terkejut@ ada sesuatu
benda bergerak di hadapan bayi. Mengelip mata adalah
pergerakan yang akan kekal pada bayi sehingga dewasa.

Contoh lain, apabila cahaya lampu atau angin mengenai


mata bayi, mereka akan mengelipkan mata serta
menutup kedua-dua matanya sebagai respon.
Babinski

Apabila tapak kaki bayi diusap, bayi


memberi respon seperti jari kaki akan
dikuit keluar dan memusingkan kaki ke
dalam. Rasa geli ini dipanggil refleksi
Babinski.
Grasping (mengenggam)
Letakkan jari anda di dalam tangan bayi. Bayi anda akan spontan
menggenggam jari anda . Ini adalah asas permulaan bayi bayi
belajar menggenggam dan cuba memegang benda .

Oleh itu, jika bayi kecil sentiasa dipakaikan sarung tangan, ini akan
membantutkan perkembangan genggaman pada bayi. Genggaman
ini akan beransur kurang pada usia bayi 3 bulan dan berhenti
sendiri pada usia bayi 1 tahun.

Bantu bayi dengan memberikan permainan yang lembut untuk


digenggam. Ini dapat menguatkan moto halus bayi yang
membantunya belajar menulis bila tiba waktunya nanti
Moro ( startle)
Refleks Moro (startle) ialah refleksi terperanjat. Bayi akan
terkejut apabila mendengar bunyi kuat atau terjatuh.
Mereka akan tersentak, kepala digerakkan ke belakang,
membuka lengan dan kaki serta segera merapatkan
semula dengan badan.

Pantulan Moro - Apabila terkejut, bayi akan


mengembangkan tangannya seolah-olah berkepak dan
seterusnya bayi akan terus memeluk sesiapa atau apa
sahaja di depannya. Ini selalu dapat dilihat pada bayi
yang dalam hari. Mereka sangat mudah terkejut. Pantulan
ini berhenti pada usia bayi 3 4 bulan.
Rooting ( mencari punca)

Bila bibir atau mula bayi terasa disentuh, bayi akan


memusingkan kepalanya mencari sentuhan tersebut.
Contoh ia berlaku apabila bayi di bawa ke dada ibunya,
bayi dengan sendirinya akan cuba mencari puting susu
ibunya. Juga dikenali sebagai pantulan mencari pangkal.
Pantulan ini akan berhenti pada umur bayi 3- 4 bulan.
Stepping ( melangkah/menapak)
Refleksi stepping
(melangkah/menapak). Apabila kita
merendahkan kakinya serta
disentuhkan ke lantai, bayi akan
bertindak balas seperti menggerakkan
kakinya seperti mahu berjalan. Keadaan
ini akan hilang selepasa 3-4 bulan.
Sucking (menghisap)
Apabila sesuatu dimasukkan ke
dalam mulut bayi secara automatik
bayi akan mula menghisap. Contoh
puting susu ibunya atau bila anda
masukkan jari anda ke dalam mulut
bayi. Pantulan ini juga akan berhenti
sendiri pada umur bayi 3- 4 bulan.
Berenang

Refleks berenang. Apabila bayi diletakkan dalam


kedudukan meniarap di dalam air, Mereka akan bertindak
balas seperti membuat koordinasi pergerakan renang
seperti bayi akan mula mengayuh tangannya dan
menendang kakinya bila terusik dalam air.

Sebab itulah kita biasa dengar orang barat mengajar


bayinya berenang. Cuma masyarakat kita belum biasa
perkara tersebut. Keadaan ini akan hilang selepas 6-7
bulan.
Tonic Neck

Refleksi Tonic Neck. Jika bayi dibaringkan, bayi


akan membentuk genggaman pada kedua
belah tangan dan memusingkan kepalanya ke
kanan ( dikenali sebagai `fencers pose`)
kerana bayi seakan-akan dalam keadaan
bermain pedang. Ini akan hilang selepas 2
bulan.
PANTULAN TINDAKBALAS
Mengelip mata Bayi pejamkan mata seketika
Mencari pangkal Kepala pusing menghala stimulasi seperti sentuhan

Menghisap Bayi menghisap bila dimasukkan sesuatu ke dalam mulut

Berenang Tangan menghayun dan kaki menendang apabila di dalam


air.
Moro Bila terkejut, bagi kembangkan tangan dan seterusnya
memeluk orang di sisinya.
Menggenggam Genggam tangan secara spontan apabla sesuatu
menyentuh tapak tangannya
Menguatkan leher Bila meniarap, bayi akan mengangkatkan kepala,
memanjangkan leher dan mengangkat dada

Melangkah Bayi mengangkat kaki bergilir-gilir


Babinski Jari kaki akan kembang dan meringkuk apabila digisikkan
di bahagian tapak kaki.