Anda di halaman 1dari 45

GGGE 6563

STRATEGI PENGAJARAN
PENGGUNAAN I-Think UNTUK MENJAWAB
SOALAN ESEI BAGI TAJUK ASAS KEPADA
PERDAGANGAN TINGKATAN 5 WAJA

UNTUK PERHATIAN:
PROF. MADYA DR. RUHIZAN BINTI MOHAMMAD YASIN

OLEH:
NOORLAILI BINTI YUSOH (P66413)
FADHILAH HANANI BINTI MOHD ALI (P71487)
ROSLIZAWATI BINTI KADZAN SATHAR (P66493)
PENGENALAN
Perdagangan merupakan mata pelajaran elektif yang
ditawarkan kepada murid-murid tingkatan 4 dan 5
yang mengikuti aliran sastera.

Di sesetengah sekolah, subjek ini diajar kepada murid-


murid yang berpencapaian sederhana pada peringkat
PMR

Guru-guru menghadapi masalah dalam proses


pengajaran & pembelajaran (PdP) subjek ini
disebabkan subjek ini memerlukan daya kefahaman
yang tinggi.
STRATEGI PENGAJARAN
BERPUSATKAN MURID

penglibatan
aktif murid
berkeyakinan guru sebagai
pemudahcara

Strategi
pengajaran
berpusatkan
murid galakkan
tingkatkan interaksi
KBAT
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian keperluan menunjukkan kemahiran berfikir
aras tinggi (HOTS) dalam kalangan guru dan murid di
Malaysia amat rendah (KPM, 2012)
i-Think merupakan inovasi pemikiran yang
dipersembahkan menggunakan peta-peta pemikiran
berdasarkan Taksonomi Bloom.
Ia bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid yang berinovatif.
Melalui penggunaan i-Think, murid lebih fokus,
berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
Aktiviti PdP lebih berpusatkan murid.
PERNYATAAN MASALAH
Asas Kepada Perdagangan merupakan bab 1dalam
sukatan pelajaran Tingkatan 4. Dalam peperiksaan SPM,
terdapat satu soalan daripada bab ini yang pasti diuji
untuk kertas 2.

Bagi membantu murid-murid mendapat markah yang


baik, mereka perlu menguasai bab ini.

Murid-murid tidak dapat menguasai bab ini kerana:


Tidak dapat menguasai fakta,

Cara menulis jawapan yang tidak tepat

Pengajaran guru yang tidak menyeronokkan


OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam


memahami dan mengingati isi pelajaran bab ini.

Membantu murid-murid mendapat keputusan yang


baik dalam peperiksaan

Mengenal pasti keberkesanan penggunaan i-Think


dalam PdP
PERSOALAN KAJIAN
Adakah penggunaan i-Think dapat meningkatkan
tahap kefahaman murid bagi tajuk ini?

Adakah penggunaan i-Think dapat meningkatkan


pencapaian murid dalam soalan kertas 2?

Adakah penggunaan i-Think dapat mewujudkan


suasana yang menyeronokkan ketika PdP?
BATASAN KAJIAN
Beberapa batasan kajian telah dikesan di dalam kajian
ini, iaitu:
1. Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid
tingkatan 5 Waja, SMK Seksyen 19, Shah Alam.
2. Kelas ini merupakan kelas ke-10 daripada 13 kelas
tingkatan 5 di sekolah ini.
3. Penyelidik bertindak sebagai tenaga pengajar di kelas
tersebut.
4. Kajian terbatas hanya kepada 30 orang murid
berprestasi rendah yang meliputi 26 lelaki dan 4
perempuan.
5. Kajian dijalankan selama 8 minggu.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini adalah penting bagi meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam subjek Perdagangan
terutamanya kepada murid-murid tingkatan 5.

Penggunaan i-Think tidak melibatkan penghafalan


dan penulisan nota kerana menggunakan pemikiran
dan penjanaan idea murid-murid.
DEFINISI OPERASIONAL
i-Think bermaksud innovative thinking atau inovasi
pemikiran yang memupuk kemahiran berfikir;
menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat;
mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya
menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam
kalangan murid sekolah.

Terdapat 8 peta pemikiran yang digunakan dalam i-


Think:
HAND SIGN
1. Peta Bulatan (Mendefinisikan Mengikut
Konteks)
Digunakan untuk sumbangan idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia ada berkaitan dengan sesuatu tajuk
dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
Antara topik yang sesuai diajar menggunakan peta
bulatan ialah:

1) Keperluan dan kehendak


2) Jenis-jenis pengkhususan
3) Sistem barter
TOPIK: KEPERLUAN

sama bagi
setiap
individu
tempat
tinggal
tidak
dipengaruhi
pakaian Keperluan pendapatan

mudah
dipenuhi
makanan
untuk
terus hidup
2. Peta Pokok (Membuat Pengelasan)
Digunakan untuk mengklasifikasi bahan atau idea.
Contoh: Mengambil sebahagian daripada sesuatu
tajuk atau cerita dan kelaskan sebab utama sesuatu
keadaan atau situasi.
3. Peta Dakap (Sebahagian daripada
keseluruhan)
Digunakan untuk menganalisis objek fizikal.
Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
keseluruhan objek.
Garisan pada bahagian kedua ialah bahagian utama.

Contoh: Menentukan bahagian dan subbahagian bagi


seekor rama-rama.
4. Peta Titi (Melihat analogi/hubungan
yang sama)
Memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan
menggunakan faktor perhubungan.
Contoh: Pilih 2 orang pemimpin dan hubungkan
mereka dengan kemajuan atau konflik semasa
pemerintahan masing-masing.
5. Peta Buih (Kata/Frasa Adjektif)
Digunakan untuk memperkaya kebolehan pelajar
bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti.
Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.
TOPIK: CIRI-CIRI USAHAWAN
sanggup
menanggung
tidak mudah risiko bersifat
berputus asa kreatif
dan
inovatif

ciri-ciri
usahawan
memberi bijak
sumbangan merebut
kepada peluang
masyarakat
6. Peta Buih Berganda (Membanding Beza)
Digunakan untuk membanding beza sesuatu.
7. Peta Alir (Membuat Urutan)

Digunakan untuk membuat urutan sesuatu.


Contoh: Langkah-langkah membuat sandwich
mentega kacang.
8. Peta Pelbagai Alir (Punca dan Kesan)
Digunakan untuk menunjuk dan menganalisis hubungan sebab
dan akibat.
Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa
yang penting.
Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut,
manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.
Asas Kepada Perdagangan
o Merupakan bab 1, Tingkatan 4.

o Dalam peperiksaan SPM, terdapat satu soalan


daripada bab ini yang pasti diuji untuk kertas 2.

o Bab ini meliputi 5 subtopik:


1. Keperluan dan Kehendak
2. Pengeluaran
3. Faktor-faktor Pengeluaran
4. Pengkhususan dalam Pengeluaran
5. Sistem Barter
Esei:

soalan berbentuk subjektif kertas 2 Perdagangan.

Terdiri
daripada 2 bahagian:
bahagian A 5 soalan pilihan (jawab 3 soalan)

bahagian B 1 soalan kajian kes (wajib jawab)

Meliputi 25 markah bagi setiap soalan.


KAJIAN LITERATUR
Kemahiran berfikir secara kritis melibatkan penekanan
terhadap elemen mencirikan, membanding beza, mengumpul
dan mengelas, menganalisis, menilai serta membuat
kesimpulan.
Kemahiran berfikir secara kreatif pula melibatkan elemen

menjana idea, menghubungkait, membuat inferens, meramal


serta mensintesis.
Kepelbagaian strategi pengajaran perlu untuk meningkatkan
pencapaian murid. Guru perlu mengaplikasikan pendekatan,
kaedah, dan juga teknik bagi menarik minat murid untuk
mengikuti PdP (Yahya Othman 2012).
Ikhsan Othman dan Rohizani Yaakub (2010)
menyatakan bahawa suasana pengajaran dan
pembelajaran yang mengintegrasikan unsur-unsur
kecerdasan pelbagai serta bersifat kondusif mampu
memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni
serta dalam masa yang sama dapat
memperkembangkan unsur-unsur kecerdasan pelbagai
dalam kalangan murid.
Ismail (2009) berpendapat bahawa bahan-bahan
grafik dan gambar-gambar yang dilukis mampu
merangsang pemikiran, memudahkan pemahaman dan
mengukuhkan daya ingatan murid.
Abu Bakar Nordin (2013) menjelaskan bagi
memenuhi aspirasi negara dalam melaksanakan
transformasi pendidikan, kebolehan murid harus
diberi penekanan selaras dengan
penambahbaikan sistem pendidikan negara dari
aspek persediaan guru, kualiti sekolah serta
kepimpinan sekolah.
Beliau juga menyifatkan i-Think Programme
merupakan salah satu kekuatan transformasi
pendidikan yang dapat memupuk kemahiran
berfikir dalam kalangan murid-murid.
Dalam arus ledakan teknologi maklumat dan konsep
dunia tanpa sempadan yang diamalkan sekarang ini,
keberkesanan kurikulum sedia ada perlu sentiasa
disemak, diperkukuhkan dan ditransformasikan agar
kurikulum pendidikan sentiasa relevan dengan
kehidupan semasa dan masa hadapan (Oliva 2005;
Habib & Megat Ahmad Kamaluddin 2008).
Guru-guru perlu sentiasa bersedia dan sanggup
menerima perubahan dengan meninggalkan zon selesa
mereka untuk mencapai kejayaan dalam perubahan
kurikulum.
Kesediaan guru yang bertindak sebagai pelaksana
merupakan faktor penting dalam menjamin kejayaan
sesuatu perubahan kurikulum (Fullan 2007),
terutamanya apabila melibatkan amalan dan budaya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan pelaksanaan inovasi dalam kurikulum
dipengaruhi oleh jenis dan intensiti keprihatinan yang
dialami oleh para guru.
Jika guru prihatin terhadap inovasi, maka perubahan
dalam kurikulum akan dapat dilaksanakan dengan
baik dan sebaliknya pula berlaku jika guru tidak
prihatin terhadap perubahan kurikulum.
KONSEP KAJIAN: KBAT


TEORI KONSTRUKTIVISME
KPM (2001) telah merumuskan konstruktivisme
sebagai satu fahaman yang menggalakkan murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Murid akan menyesuaikan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru semasa proses
pembelajaran mereka.
Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on.
Guru mementingkan kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir.
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian

o Bentuk kajian tindakan yang digunakan adalah


berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc
Taggart (1988).

o Model ini terdiri daripada satu kitaran lengkap


merangkumi 4 fasa; tinjauan awal, merancang tindakan,
melaksana tindakan dan memerhati diikuti pemerhatian
dan refleksi.
Instrumen Kajian

o Terdiri daripada 3 jenis:


I. Pemerhatian guru akan membuat pemerhatian
sewaktu PdP dijalankan di dalam kelas, sebelum dan
selepas penggunaan i-Think.

II. Ujian Pra dan Pasca Murid-murid akan diberikan


soalan-soalan dari topik Asas Kepada Perdagangan.

III. Temubual Penyelidik akan menemubual murid-


murid bagi mendapatkan maklum balas berkaitan
keberkesanan penggunaan i-Think sebelum dan
selepas ujian ditadbir.
Lokasi Kajian
o Kajian dilaksanakan di SMK Seksyen 19,
Shah Alam.

Populasi dan Sampel Kajian


o Populasi pelajar tingkatan 5 yang mengambil
elektif Perdagangan seramai 180 orang.
o Sampel kajian yang dipilih adalah murid-
murid tingkatan 5 Waja seramai 30 orang; 26
lelaki & 4 perempuan.
PELAN PELAKSANAAN KAJIAN
TINDAKAN

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Mengenalpasti masalah dan 24 September 2013
pengumpulan data awal
2 Menulis proposal kajian 27 September 2013
3 Pembentangan proposal 1 Oktober 2013
4 Merancang tindakan 8 Oktober 2013
5 Melaksanakan Ujian Pra dan Temubual 15 Oktober 2013
6 Melaksanakan PdP menggunakan i- 22 Oktober 2013
Think (3 minggu)
7 Melaksanakan Ujian Pasca dan 12 November 2013
Temubual
8 Menulis laporan 18 November 2013
ANALISIS DATA
Menggunakan perisian Microsoft Excel
Data dipersembahkan melalui carta dan gambar rajah

Menggunakan statistik deskriptif

1. Markah maksimum,

2. Markah minimum,

3. Min skor markah keseluruhan murid


o.Carta perbandingan untuk menunjukkan persamaan

atau perbezaan min skor pencapaian antara ujian pra


dan ujian pasca.
DAPATAN KAJIAN

Analisis Perbandingan Markah Ujian Pra & Pasca


Ujian Pra Ujian Pasca
Markah Maksimum 19 23
Markah Minimum 3 3
25

20

15

Markah Maksimum
Markah Minimum

10

0
Ujian Pra Ujian Pasca
Min Skor Markah Murid

Ujian Pra Ujian Pasca

10.93 12.47
12.47

12.5

12

11.5

10.93
11

10.5

10
Min Skor Markah Ujian Pra Ujian Pasca
KESIMPULAN

Penggunaan i-Think memberi dimensi baru


kepada PdP Perdagangan di sekolah.
Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa
pencapaian murid bagi soalan 1 kertas 2
Perdagangan dapat ditingkatkan.
Guru-guru disarankan untuk menggunakan i-
Think semasa PdP bagi mewujudkan suasana
yang menyeronokkan dan seterusnya
meningkatkan pencapaian murid.
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. 2013. Kurikulum Ke Arah
Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis,
Kreatif dan Inovatif. Jurnal Kurikulum dan
Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1. Isu 1.

Clem Adelman. (1993). Kurt Lewin and the


Origins of Action Research. United Kingdom:
University of Reading

Fullan, M. (2007). The new meaning of


educational change. 4th Edition. New York:
Teachers College Press.

Hall, G. E., & Hord, S. M. 2006. Implementing


Change; Pattern, Principles and Patholes. United
States of America: Allyn & Bacon.
Ikhsan Othman, Rohizani Yaakub. 2010.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam
Pelaksanaan Kurikulum. Asia Pasific Journal of
Educators and Education. Vol.25: 21-32.

Oliva, P. F. (2005). Developing the curriculum.


New Jersey: Pearson Education

Yahya Othman, Azmey Haji Othman.2012.


Keberkesanan Penggunaan Peta Minda dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Karangan
Argumentatif di Sebuah Sekolah Menengah Arab
di Negara Brunei Darussalam. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.2, Bil. 2: 32-45.

Anda mungkin juga menyukai