Anda di halaman 1dari 14

Pentaksiran Portfolio

Muhamad Amirullah Bin Ibrahim


Perkara Yang Akan Dibincangkan:

Perkembangan / Olahan idea


Lakaran dan penyelidikan
Lukisan Kajian
Eksprementasi Bahan dan Teknik
Proses dan penghasilan
Pengenalan
Portfolio PSV merupakan satu fail kerja yang berterusan mengikut
keperluan semasa proses P&P.
Guru menilai hasil usaha murid secara spesifik dan menyeluruh.
Dalam PSV, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses
pembelajaran pelajar adalah digalakkan.
Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran
serta penyataan perasaan pelajar.
Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.
Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan
dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat
melihat:

Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar. Contoh hasil kerja pelajar.

Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran PSV berlaku.

Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk
dikongsi bersama pihak lain.

Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.

lni disebabkan portfolio PSV, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut
kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif,
sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.
Bentuk Portfolio
Portfolio PSV lebih merupakan portfolio dokumentasi proses
sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio
persembahan.
Bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan,
eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang
hendak dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan
mengandungi 4 aspek:
Kajian

Pemerhatian dan pengamatan.


Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang
sesuai dengan kegiatan.
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan.
Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan
sebelum mendapat idea yang konstruktif.
Pewujudan idea.
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk.
Rangka Sebenar

Merangka reka cadang atau model.


Menentukan alatan dan bahan.
Prototaip (jika berkaitan).
Persembahan Portfolio

Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat.


Mengikut urutan.
Bersih, kemas dan mudah digunakan.
Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka
sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang
bentuk bergantung kepada keupayaan dan kemampuan
fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada.
Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio
dalam bentuk seperti:
Jurnal
Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang dikokot
Disket/cakera padat
Kegunaan Portfolio Secara Umum
Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan
pencapaian pelajar
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil kerja sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja
sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar
dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu
Perancangan Portfolio
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti
diambil kira:
Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
Menentukan isi kandungan portfolio.
Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan,
bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
Menentukan bagaimana portfolio dinilai.
5 Peringkat Dalam Menentukan
Cara Membina Portfolio
1. Menentukan tujuan portfolio.
2. Menentukan kandungan portfolio.
3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.
4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.
5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan
pembelajaran pelajar.
4 Peringkat Dalam Menilai Portfolio
1.Penilaian Awal Mengambil kira ciri-ciri penting
misalnya draf pertama perancangan
portfolio.
2. Penilaian merentasi tugas Kriteria penilaian:
bertulis mengikut kriteria dengan - Pemikiran dan isi
skala: - Struktur dan organisasi
Sangat Tinggi (5) - Strategi pengurusan
Tinggi (4) - Variasi isi yang sesuai
Sederhana (3) - Struktur ayat dan gaya bahasa
Rendah (2) untuk tujuan dan kumpulan
Sangat Rendah (1) sasar yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting Ini akan menentukan markah


portfolio
4. Penentuan gred Mengambil kira markah yang diberi

Anda mungkin juga menyukai