Anda di halaman 1dari 17

PENYEBARAN ISLAM

PADA ZAMAN
KERAJAAN ABBASIYAH
SEJARAH TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam bermula sejak terbinanya
negara Islam yang pertama semasa zaman
Rasulullah S.A.W. di Madinah.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., ia
diteruskan oleh para Khulafa Ar-Rasyidin, Bani
Umaiyah, dan Abbasiyah
Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tamadun
Islam mencapai zaman keemasannya.
Umat Islam ketika itu mencapai kejayaan dalam
aspek penyebaran Islam, pendidikan, sains, dan
teknologi, ekonomi, serta ketenteraan.
LATARBELAKANG
Perkataan Abbasiyah diambil sempena nama Al-Abbas
iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W..
Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas as-
Saffah melalui gerakan Pevolusi Abbasiyah pada tahun
750 Masihi.
Faktor tertubuhnya Kerajaan Abbasiyah:
Penentangan puak Mawali terhadap pemerintahan
Umaiyyah.
Pemberotakan oleh puak Syiah dan Khawarij.
Kecuaian pemerintahan Umaiyyah dalam menjalankan
tanggungjawab.
Gerakan sulit Abbasiyah.
CORAK PERINTAHAN
ABBASIYAH
Kerajaan Abbasiyah menjalankan sistem
pemerintahan yang lebih liberal. Rakyat
mendapat hak yang sama dalam
pentadbiran.
Berbeza dengan dasar Umaiyyah,
kerajaan Abbasiyah lebih menekankan
aspek pembangunan negara dan
pembangunan wilayah serta kestabilan
rakyat.
STRUKTUR PEMERINTAHAN
KERAJAAN ABBASIYAH
AL-KHILAFAH
Ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi
dalam wilayah-wilayah Islam.
AL-WAZIR
Perdana menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir
yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan
kerajaan.
AD-DAWAWIN
Jabatan-jabatan kerajaan di bawah pengawasan dan
seliaan Al-Kuttab (sekretari) seperti jabatan polis, jabatan
audit, jabatan pertahanan dan jabatan perhubungan
KHALIFAH KERAJAAN
ABBASIYYAH
ABU ABBAS AS-SAFFAH
Khalifah pertama kerajaan Abbasiyah
Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan
bermula 132H (750M) hingga 136H
(754M).
Sumbangan tokoh terhadap tamandun
Islam
Mengasaskan kerajaan Abbasiyah.
Menghapuskan pemberontak.
ABU JAFFAR AL-MANSUR
Merupakan saudara kandung As-Saffah
Menjadi khalifah selama 22 tahun bermula
136H (754M) hingga 158H (775M).
Sumbangan tokoh terhadap tamadun Islam.
Menjadikan Bahghdad sebagai ibu kota dan
membangunkannya.
Memperbaiki sistem cukai .
Membuat saliran-saliran.
Menyediakan pasar-pasar di tempat-tempat yang
strategi.
KHALIFAH HARUN AR-RASYID
Khalifah yang paling warak dan terkenal.
Memerintah selama 23 tahun 11/2 bulan bermula 170H
(786M) hingga 192H (809M).
Sumbangan tokoh
Membina kemudahan asas seperti rumah sakit,
farmasi dan pusat pengajian.
Menjadikan Baghdad seperti pusat perdagangan,
ilmu pengetahun dan kebudayaan terkemuka.
Menubuhkan baitul hikmah yang menjadi pusat
perkembangan ilmu pada zaman itu.
Mewujudkan jawatan kadi Al-Qada (ketua hakim)
Memerintahkan kadi Abu Yusof menulis kitab
tentang percukaian hingga terhasilnya kitabAl-
Kharaj.
KHALIFAH AL-MAKMUN
Nama sebenarnya ialah Abdullah Abu Al-Abbas Al-
Makmun.
Merupakan putera kepada Harun Al-Rasyid
Menjadi Khalifah selama 20 tahun bermula tahun
198H (813M) hingga 218H (833M)
Sumbangan tokoh
menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai
bidang ilmu pengetahuan.
menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar
cemerlang.
SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA
ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH
Keagungan Kerajaan Abbasiyah menjadi bahan
kajian para sejarawan hingga hari ini.
Ia menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang
zaman.
Keagungan tersebut tidak akan tercapai tanpa
usaha yang bersungguh-sungguh daripada umat
Islam.
Mereka meluaskan konsep jihad hingga meliputi
penguasaan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Penguasaan pelbagai ilmu oleh umat Islam telah
mengangkat martabat mereka sebagai umat yang
paling maju ketika itu.
KESAN POSITIF
PENYEBARAN ISLAM
Kesan kepada akidah :
Penyebaran Islam berjaya mengubah
kepercayaan kebanyakan masyarakat dari
kepercayaan menyembah berhala.
Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang
menghapuskan perhambaan sesama manusia.
Masjid di bina di merata tempat. Ia menjadi
pusat dakwah terbuka untuk semua orang.
KESAN KEPADA ILMU PENGETAHUAN :

Penyebaran Islam telah membuka peluang


kepada perkembangan ilmu dan pemikiran.
Islam mengira usaha menuntut ilmu fardu
ain dan fardu kifayah adalah sebagai jihad.
Kerajaan Abbasiyah menyediakan
insfratruktur pendidikan seperti masjid dan
sekolah.
KESAN KEPADA KEBUDAYAAN :

Umat Islam yang berasal dari pelbagai


latar belakang budaya bebas
mengamalkan budaya masing-masing,
bahkan ada antara budaya-budaya yang
tidak bertentangan dengan ajaran Islam
tersebut mempengaruhi umat Islam
seperti seni bina masjid dan bangunan.
KESAN KEPADA KEMASYARAKATAN :

Penyebaran Islam ketika itu telah dapat


menghapuskan perhambaan.
Islam membawa bersama konsep keadilan sesama
manusia tanpa mengira bangsa.
Khalifah al-Mahdi menubuhkan Mahkamah Tinggi
Rayuan (Dewan al-Mazalim).
Kerajaan Abbasiyah menyediakan peluang kepada
orang bukan Arab untuk memegang jawatan utama
negara.
BUKTI KERAJAAN ABBASIYAH
MENGAMALKAN DASAR LIBERAL
DALAM PEMERINTAHAN

Melantik sesiapa sahaja yang di


kalangan umat Islam yang
berkebolehan dan berkemampuan
untuk mengurus dan mentadbir
negara.