Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
MEMAHAMI TUBUH
BADAN SAYA
TOPIK 1:
PERUBAHAN FIZIKAL DAN
EMOSI SEMASA AKIL BALIGH
Semasa Saya
Membesar,
Saya Berubah
Slaid 1.1(a) / Helaian Aktiviti 1.1 (a):
Semasa Saya Membesar, Saya Berubah (Lelaki)
Perasaan Semasa
Kita Membesar
Aktiviti 3
Bagaimana Tubuh
Badan Saya
Berfungsi
Slaid 2.1 (a): Sistem Reproduktif Wanita
Ovari
TiubFallopio
Uterus/Rahim
Vagina/Faraj
Uretra
Testis
VasDeferens
KelenjarProstat
Pengunjung Bulanan
Helaian Aktiviti 2.2 (a) : Pengunjung Bulanan
Telurmenjadimatang
Dindinguterusterhakis Dindinguterusmenebal.
Ovulasiberlaku.
Dindingbertambahtebal.
Telurbergerakkeuterus
melaluitiubfallopian.
Kuiz
1. Semua kitaran haid adalah 28 hari, tidak
panjang, tidak pendek.
2. Sindrom pra haid (pre-menstrual syndrome/PMS)
merujuk kepada gejala yang dialami oleh
sesetengah gadis dan wanita, biasanya 2 minggu
sebelum kedatangan haid seperti sakit payu dara
atau emosi yang berubah-ubah.
3. Aliran haid berwarna merah terang dan ia
mengalir keluar dengan lajunya daripada tubuh.
4. Orang lain boleh mengetahui jika seorang gadis
itu mempunyai haid.
Kuiz
5. Jangka masa untuk haid selalunya antara 3 7
hari.
6. Seseorang gadis tidak patut mandi atau
membasuh rambutnya ketika haid.
7. Gadis sepatutnya mengalami haid pada kali
pertama ketika berusia 12 tahun.
8. Ovulasi berlaku kira-kira 14 hari sebelum haid
berikutnya dijangka bermula.
Mesej Penting
Semua wanita akan mengalami kedatangan haid
kecuali ketika hamil, menyusukan bayi, sakit atau
menghadapi masalah sistem reproduktif.
Wanita mula didatangi haid antara umur 9 hingga 16
tahun, dan berterusan sehingga berumur 45 50
tahun.
Remaja perempuan mungkin akan rasa bimbang,
takut, cemas dan segan apabila mengalami
kedatangan haid pada kali pertama.
Adalah penting untuk memberikan maklumat yang
tepat kepada anak perempuan supaya membantu
mereka menangani kebimbangan mereka.
Mesej Penting
Menjaga diri ketika kedatangan haid sangat penting untuk
mengekalkan kebersihan dan kesihatan.
Tukar tuala wanita secara kerap
Mandi dengan kerap dan pastikan kebersihan rapi di bahagian
kelamin. Mandi menggunakan air panas jika boleh, untuk
mengurangkan rasa tidak selesa dan kekejangan.
Lakukan senaman yang wajar dan secara berkala untuk
mempercepatkan aliran darah dan memberikan rasa sejahtera.
Kurangkan pengambilan makanan banyak garam, gula, tepung
dan kafien, minuman bergas, coklat, kopi, kuih muih, pai dan roti.
Minum banyak air air kosong, teh herba dan jus buah-buahan.
Ambil pil kalsium dan vitamin C.
Jika darah haid terlalu banyak, pil zat besi mungkin diberikan oleh
doktor untuk mencegah anemia.
TOPIK 2:
MEMAHAMI SISTEM
REPRODUKTIF
Mimpi Basah
Slaid 2.3 (a): Oops! Saya Dah Basah
EmisidiMalamHari??
Kumpulan 1: mengapa mimpi basah
berlaku?
Kumpulan 2: Fakta dan mitos tentang
mimpi basah
Kumpulan 3: Mimpi basah itu normal
Kumpulan 4: Bagaimana mandi
wajib?
Mesej Penting
Mimpi basah adalah pancutan air mani dari zakar bagi
remaja lelaki berlaku semasa tidur. Ada masanya remaja
bermimpi mengenai seks apabila dia sedang tidur.
Ia adalah cara mengurangkan pengumpulan sperma dalam
testis secara semulajadi. Nama saintifik bagi mimpi basah
ialah nocturnal emission. Ia adalah proses normal dan
sebahagian daripada pertumbuhan.
Mimpi basah pertama remaja lelaki disamakan dengan haid
pertama gadis. Remaja akan rasa cemas apabila mengalami
mimpi basah untuk kali pertama, maka perlu dibekalkan
maklumat yang berkaitan supaya bersedia.
Remaja juga perlu diingatkan bahawa pengalaman mimpi
basah menandakan bermulanya fungsi reproduktif
(pembiakan), iaitu kebolehan menyebabkan gadis hamil.
TOPIK 2:
MEMAHAMI SISTEM
REPRODUKTIF
Err....Saya..err..
Apabila Sperma
Berjumpa Ovum
(Persenyawaan)
Helaian Aktiviti 2.5 (a)
Helaian Aktiviti 2.5 (b)
Pertemuan telur dan sperma adalah detik mulanya
mengandung. Telur wanita dipersenyawakan apabila ia
bercantum dengan sel sperma lelaki. Ini dikenali sebagai
fertilisasi atau persenyawaan.
Untuk mempersenyawa ovum, sperma akan menembusi
dinding ovum untuk mencapai nukleus sel. Kedua-dua
bersatu membentuk hanya satu sel. Telur hanya disenyawai
oleh satu sel sperma sahaja. Sperma yang lain akan berkecai
atau disintegrasi.
Telur yang telah disenyawakan bergerak melalui tiub Fallopio
ke uterus. Di sepanjang jalan, sel membahagi beberapa kali,
membentuk beberapa sel. Di dalam uterus, ia melekatkan
diri pada endometrium (dinding uterus). Apabila ini terjadi,
endometrium tidak terhakis dan haid tidak berlaku.
Helaian Aktiviti 2.5 (b)
Telur yang telah disenyawakan kemudian tertanam di
dalam endometrium dan mula membesar sebagai
embrio dan kemudian menjadi janin. Selepas 2 minggu,
uri terbentuk untuk memberikan makanan kepada
janin. Setelah melekat di dinding uterus, organ ini akan
bersambung ke janin melalui tali pusat.
Kandungan yang biasa akan mengambil masa selama
38 minggu dari detik persenyawaan. Semasa janin
membesar, uterus juga membesar beberapa kali ganda
daripada saiz asalnya. Ketika kelahiran bayi, otot-otot
uterus yang kuat akan mengecut dan mengeluarkan
bayi melalui pangkal rahim dan vagina dan seterusnya
keluar melalui tubuh wanita.
Mesej Penting
Setiap kehamilan/pengandungan haruslah
merancang dan setiap anak yang dilahirkan
adalah anak yang dikehendaki.
Kedua-dua lelaki dan perempuan adalah
bertanggungjawap terhadap
kehamilan/pengandungan yang sihat.
Kami harus menjaga dan menolong remaja
perempuan yang mengandung atau remaja lelaki
yang menyebabkan seseorang itu mengandung
mencari cara penyelesaian, memarahi mereka
saja tidak dapat menyelesaikan masalah.
TOPIK 3: PERASAAN
TENTANG IMEJ TUBUH
BADAN KITA
Aktiviti 1: Menerima
Saya Seadanya
Menerima Saya Seadanya: Slaid 3.1
(a)
Menerima Saya Seadanya: Slaid 3.1
(b)
Menerima Saya Seadanya: Slaid 3.1
(c)
Menerima Saya Seadanya: Slaid 3.1
(d)
Mesej Penting
Tiada imej badan yang unggul/sempurna.
Kecantikan adalah dalam bentuk dan saiz badan
yang berlainan.
Imej badan yang sihat adalah berasa gembira dan
puas hati terhadap bentuk badan anda dan
menerimanya.
Setiap individu berbeza dengan orang lain. Dengan
kata lain, kita dicipta berlainan antara satu sama lain.
Setiap orang memiliki ciri-ciri yang positif dan yang
kurang positif. Anda mungkin tidak sukakan ciri-ciri
yang kurang positif, tetapi anda mungkin boleh
memperbaikinya.
Mesej Penting
Badan anda adalah tanggungjawap
anda.
Menerima, menghargai,
menghormati, melindungi anda
badan sendiri.