Anda di halaman 1dari 12

PENTAKSIRAN

AUTENTIK
NORAINI BINTI SYAMSUDDIN
NAJWA AMIRA BINTI MD LUDIN
DEFINISI
Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek
Assidere iaitu bermaksud duduk di sisi (Adimin, 2011).

(Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses
yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan
keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran.

Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat
keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses
penambahbaikan pada masa akan datang.
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak
secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan penaksiran yang
dilakukan secara berterusan.

Menurut (Logsdon, 2011), pentaksiran alternatif mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di
mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih berganti boleh
mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa yang
pelajar fahami.
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK
mempunyai ciri-ciri berbeza dengan pentaksiran tradisional iaitu, berorientasikan proses
membantu dengan menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan
kedudukan sedia ada, dalam hal ini guru berperanan sebagai pemudahcara.

Selain itu, tugasan yang diberi juga berkait dengan dunia sebenar, murid diberikan tugasan
berbentuk amali dan projek serta tidak bergantung kepada soalan bertulis sahaja.

Tugasan yang diberi juga lebih kompleks, kurang berstruktur, menggalakkan keaslian dan
kemahiran berfikir menyelesaikan masalah.

Pada masa yang sama, lebih sistematik merujuk kepada kriteria yang ditetapkan serta
bersifat ujian terbuka, lebih dinamik dan fleksibel.
TUJUAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
Membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan,
2002), memperbaiki pembelajaran pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan pemberian gred
(Airasian, 2001; Black & William, 1998).

Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan
sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan,
2002).

Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan
juga keberkesanan pengajaran guru.
KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK
contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan menggunakan rubrik sebagai
panduan permarkahan kriteria pelaksanaan dalam menilai kerja pelajar berdasarkan penilaian
prestasi samada rubrik holistik atau rubrik analitikal dan pelbagai lagi.

Terdapat beberapa bentuk dan kaedah untuk menilai murid dalam pentaksiran autentik contohnya
portfolio, pemerhatian, temubual, penceritaan, penulisan, projek, pameran, eksperimen,
demonstrasi, lembaran kerja, kuiz, senarai semak, ujian dan yang terkini e-portfolio.
PENTAKSIRAN AUNTENTIK DALAM
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Melaui PBS, guru diberi ruang dan peluang untuk menentukan bentuk dan kaedah penugasan kepada
murid yang berkaitrapat dengan objektif pembelajaran murid berdasarkan kepada kebolehan,
keupayaan, kemampuan dan persekitaran murid yang sebenar.

Ciri penting dalam PBS adalah pertimbangan atau judgment guru terhadap tugasan yang
dihasilkan oleh murid yang bersifat subjektif.

Penilaian yang bersifat subjektif memberikan pelbagai kemungkinan tafsiran daripada seorang guru dan
ianya akan membangkitkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan terhadap penilaian guru.

Oleh yang demikian, PBS dilengkapi dengan pentaksiran rubrik atau Band sebagai rujukan dan
panduan untuk guru dalam menilai hasil kerja murid mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam
setiap tahap Band.
Penilaian guru adalah berpandukan perbandingan antara skor yang diperolehi murid dengan
Band yang telah ditetapkan.

Semua murid berpeluang mencapai tahap Band tertinggi atau dianggap menguasai objektif
pembelajaran dengan memperoleh skor minimum atau tahap kompetensi minimum.

PBS adalah berkonsepkan pembelajaran masteri atau menguasai pembelajaran dalam satu julat
skor yang telah ditetapkan.

Perbezaan skor yang diperoleh dalam julat Band yang sama tidak membezakan tahap
penguasaan murid sebagai contoh tahap skor minima ditetapkan bagi Band 6 adalah 80% hingga
100% , sekiranya murid X memperoleh skor 85%, murid Y memperoleh 81% dan murid Z
memperoleh skor 95%, kesemua murid dianggap telah menguasai pembelajaran dengan
memperoleh Band 6.
KEPENTINGAN
Membolehkan murid menggunakan pengetahuan dengan bermakna.

Mengkehendaki murid mahir menggunakan pelbagai kemahiran. Contohnya: penulisan,


penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir scara kritis.

Memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui
pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan.

Merangsang murid menggunakan komunikasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang


ada dalam dunia sebenar
RUMUSAN
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek

perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan

guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam

persekolahan yang lebih tinggi.


RUJUKAN
Akhbar Ibrahim, & Siti Zaliha Reduan (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah:
Pelaksanaan dan kesediaan guru. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Penilaian
Kemajuan Berasaskan Sekolah, USM Pulau Pinang.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Saptu, S., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan
Meningkatkan Pembelajaran.

Teng Boon Tong.(1989). Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya

http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html

http://pentaksiranautentikupsi.blogspot.my/2014/11/pentaksiran-autentikpengalaman-dunia_9.html

Anda mungkin juga menyukai