Anda di halaman 1dari 31

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT – Yayasan Pekida Malaysia

Fakta dan penguatkuasaan


undang-undang
Siber di Malaysia

Musbri Bin Mohamed


Pengurus Besar
Yayasan PEKIDA Malaysia
( 457496V)
Hari itu dalam sejarah 

Masihkah kau ingat, suatu waktu dulu, komputer


adalah satu makhluk hijau (warna skrin la) yang
amat digeruni oleh sebilangan ‘makhluk yang boleh
berfikir’? Apa dah jadi pada hari ini? ‘Makhluk-
makhluk’ yang sama kini berebut-rebut pula
hendak memiliki komputer. Sebabnya, ‘nak masuk
kat Internet!’. 

Begitulah besarnya pengaruh Internet. Yang takut


dulu, tiba-tiba jadi berani kerana takut ketinggalan
kapal dan dicop ‘obsolete’ macam komputer XT
atau Apple IIe dan yang sezaman dengannya. So,
that is the sejarah part of it. 

Anda tak teringin ke nak 'masuk' sama? Kalau nak


masuk, jom! 
INDIA

PC anda

BRUNAI

INDONESIA
Yayasan Pekida
Malaysia
Kami adalah NGO.

Daripada sudut perundangan Yayasan Pekida Malaysia


( YPM ) adalah sebuah badan bukan kerajaan. Ianya adalah
sebuah yayasan yang berperanan sebagai badan kebajikan
dan amal yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
sebagai sebuah Syarikat Awam ( Jaminan ). Lesen YPM
adalah dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam
Negeri & Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

Perjalanan, pengurusan dan pengawalan YPM adalah


sebagaimana tercatat di dalam :-

( a ) Memoranda YPM,
( b ) Artikel YPM ; dan
( c ) Peraturan Kecil YPM.
NGO Definition
• The World Bank defines NGOs as "private
organizations that pursue activities to relieve
suffering, promote the interests of the poor, protect the
environment, provide basic social services, or
undertake community development" (Operational
Directive 14.70)

• In wider usage, the term NGO can be applied to


any non-profit organization which is
independent from government. NGOs are
typically value-based organizations which
depend, in whole or in part, on charitable
donations and voluntary service. Although the
NGO sector has become increasingly
professionalized over the last two decades,
principles of altruism and voluntarism remain
key defining characteristics.
Size and influence of NGO sector
(World Bank stats)
• Since the mid-1970s, the NGO sector in both developed
and developing countries has experienced exponential
growth
• Over the past several decades, NGOs have become major
players in the field of international development
• From 1970 to 1985 total development aid disbursed by
international NGOs increased ten-fold
• In 1992 international NGOs channeled over $7.6 billion
of aid to developing countries
• It is now estimated that over 15 percent of total overseas
development aid is channeled through NGOs. While
statistics about global numbers of NGOs are notoriously
incomplete, it is currently estimated that there is
somewhere between 6,000 and 30,000 national NGOs in
developing countries. CBOs across the developing world
number in the hundreds of thousands.
Era IT
Agen mengubah
rakyat ke arah
celik maklumat
dan ilmu
pengetahuan
INDIVIDU YANG KAYA MAKLUMAT

• Membina ilmu agama


• Berkomunikasi
• Berbahas
• Bertutur dengan lancar
• Membuat bandingan
• Meramal
• Berfikir secara kritikal
• Memberi pelbagai contoh
• Memberi contoh terkini
• Membuat keputusan
• Menjadi bebas
• Berani bercakap
• Berani menghadapi apa-apa situasi , topik dan
krisis
• Percaya diri sendiri
• Tidak hipokrit
• Berfikiran terbuka
Kemahiran maklumat
• Kemahiran yang diperlukan untuk
menghadapi dunia berasaskan
maklumat.

• Kemahiran yang dimaksudkan


adalah kemahiran yang
membolehkan seseorang
mengakses, menilai dan
menggunakan maklumat dari
sumber yang berbagai untuk
memenuhi keperluan maklumat.
ELEMEN DALAM BUDAYA KEMAHIRAN
MAKLUMAT

inovatif

organisasi

berceta
individui Budaya k
o
maklumat

keusahawan kreatif
Sumber elektronik
KEMUNCULAN Internet sebagai alat komunikasi terkini
menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang
memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa
yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber,
berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam
maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi,
propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan
melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan


oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak
pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu
mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat
penduduk mereka.
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh
mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang.
Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman
memainkan alat yang penting dalam media untuk
menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai.
Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya
adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini
membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara
berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai
peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan
dan kandungan televisyen.

Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had


geografi. Penyebaran buku, makalah dan surat khabar
memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan
kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan
penyebaran maklumat dan pada masa yang sama
memudahkan pengawalan maklumat.
Di Malaysia juga, sebarang percetakan yang
disebarkan kepada orang awam memerlukan
permit yang sah. Peruntukan undang-undang
yang sedia ada seperti Akta Percetakan,
Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran
1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi
1972 membataskan maklumat-maklumat yang
boleh dicetak dan diedarkan kepada orang
ramai.
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah
satu praktis yang sudah lumrah di negara kita, juga di
negara lain. Dengan perkembangan Internet, timbullah
tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau
tidak.

Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah


yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini
termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang
dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-
syarikat Koridor Raya Multimedia.

Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga


mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di
bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang
penapisan maklumat berlaku.
Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah
memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill
of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan internet.
Selain Malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama
contohnya Indonesia, India, Mexico dan boleh dikatakan semua negara
maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna semua
orang boleh menggunakan internet dengan bebas ini termasuklah
penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang
jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet :
melalui alam siber Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin
bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka , aktivis siber
di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998,
Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan
menyerang penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada
golongan pekerja di India yang menggunakan kaset video dan Internet
untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 Sept juga menggunakan
komunikasi internet.
Kebebasan bersuara yang sedia ada
seharusnya tidak disalahgunakan.
Tetapi malangnya penyalahgunaan
Internet berleluasa pada masa ini.
Langkah-langkah perlu diambil dan
dikenal pasti supaya Internet terus
kekal sebagai alat komunikasi yang
unggul pada abad ini.

Antara perbualan-perbualan yang


boleh membawa ancaman kepada
masyarakat dan patut dikawal adalah
bahan lucah, judi siber, fitnah dan
gangguan seksual.
Amerika Syarikat berhasil mencipta pelbagai mitos tentang dirinya,
iaitu superhebat dan ketidaktersentuhan melalui pelbagai sistem yang
dibangunkannya. Akan tetapi serangan teroris pada tanggal 11
September 2004 telah mematikan New York dan Washington buat
sementara waktu, sekali gus meruntuhkan pelbagai mitos tentang
negara polis dunia itu.

Peristiwa tersebut membayangkan terrorisme kini berkembang dalam


paradigma, strategi, dan taktiknya ke arah hiperterrorisme, iaitu
terrorisme yang menguasai dan memanfaatkan pelbagai teknologi
seperti, pengamatan, sibernatik, dan simulasi. Akibatnya, pergerakkan
terroris tidak lagi dapat dibatasi oleh sempadan geografi. Dengan
memperkudakan kemampuan dan kelemahan teknologi, mudah
sahaja kemusnahan total dilakukan.
Keunggulan Internet sebagai alat komunikasi yang
canggih seharusnya tidak dipandang sebagai satu
ancaman. Kebebasan bersuara yang sekarang
dipraktikkan dalam dunia siber di Malaysia mampu
membawa banyak kesan yang positif. Ia dapat
melahirkan rakyat yang celik dan cerdik, yang
terdedah kepada perkembangan, pemikiran, idea-
idea yang terkini dan ini menyemarakkan lagi
budaya ilmu dan fikir di kalangan masyarakat.
Pengendali blog tidak mungkin dapat menyediakan
berita asal seumpama akhbar dan televisyen kerana
kos penyediaan berita terlalu tinggi dan perlukan
latihan rasmi, katanya.

"Sekali sekala, mungkinlah kita (penulis blog) ada


maklumat eksklusif."

Kekuatan media tradisional ini menjadikan kumpulan


prokerajaan tidak bersaing di ruang siber.

"Mereka lebih bergantung pada akhbar dan televisyen


(untuk menyampaikan pandangan rasmi)," katanya,
sambil mengutip satu tinjauan Merdeka Center,
sebuah badan bebas kajian pendapat di Kuala
Lumpur, yang menunjukkan hampir 70 peratus
pengguna media Melayu bergantung pada media
elektronik dan cetak.
Pengaruh media Internet sekarang jauh lebih baik
daripada perkembangan era ketegangan politik
pada 1998-2000, susulan pemecatan dan
pemenjaraan Cikgu Anwar. Blog gejala baru
teknologi maklumat yang muncul sekitar tahun
2001 dan 2002.

Penggunaan Internet, termasuk jalur lebar, juga


semakin meluas berbanding lapan tahun lepas. "Akan
datang, mungkin 20 tahun lagi, kempen utama politik
di Malaysia berpusat di Internet," kata Raja Petra,
dengan menyebut perkembangan di Amerika
Syarikat dan Korea Selatan.
Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan
dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau
peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input,pemerosesan
data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti
untuk tujuan yang tidak sihat.

Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar:-

Penipuan
Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
Kecurian maklumat.
Capaian secara tidak sah keatas sistem
Menyalin perisian secara tidah sah.
Pengintipan
Judi siber
Skim cepat kaya
Pornografi
Pengodam atau "Hacker"
Penyebaran virus
Jenayah komputer merujuk kepada
penyalahgunaan peralatan komputer bagi
merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam
komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer
sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan
kehilangan data atau penyalinan data berlaku
secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara
fizikal.

Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara


satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi,
perkembangan perhubungan data antarabangsa
terutama sekali internet telah menyebabkan tugas
polis menjadi semakin sukar.
Contoh contoh jenayah komputer ialah:

Penipuan ( komputer ) yang dilakukan dengan mengubah rekod


rekod komputer.
Spamming
Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran
Pencerobohan (komputer)
Perisikan perindustrian
Menghasil dan menyebarkan virus komputer
Teknik Salami iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada
kuantiti yang sangat kecil.
Pintu Trojan
Cetak Rompak
Kempen politik tidak sihat melalui kemudahan siber, terutama
khidmat pesanan ringkas (SMS) sukar dibendung kerana ketiadaan
peruntukan khusus dalam undang-undang serta kesukaran
mendapatkan bukti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim,


berkata keadaan ini menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh
bertindak dengan berkesan walaupun penghantaran mesej
berbentuk hasutan dan fitnah adalah satu kesalahan.

Katanya, penerimaan undang-undang siber Malaysia oleh masyarakat


dunia bergantung kepada kesanggupan negara menerima dan mengikut
standard dan kepakaran antarabangsa.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan usaha menambah ilmu pengetahuan


mengenai undang-undang siber. Profesion perundangan perlu bersedia
menerima teknologi, memahami isu semasa dan sentiasa bersedia
memperbaharui pengetahuan dalam undang-undang siber,” katanya.
Pergerakan Puteri UMNO Selangor menggesa
kerajaan mengenakan syarat kepada pembekal
perkhidmatan Internet di tempat- tempat awam
seperti kafe siber supaya memasang penapis internet.

Ketua Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan, Jamilah


Hanim Othman berkata, ini bagi memastikan
pengguna terutama golongan muda tidak dapat
melayari laman-laman web yang boleh
memudaratkan mereka.
Ada pihak pula mencadangkan pendaftaran kafe siber diletakkan
di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menentukan
pengawalan lebih berkesan.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar


Majlis Belia Melaysia (MBM), Norizan Sharif menentang kerana
menganggap tindakan seumpama itu akan mewujudkan
tanggapan salah di kalangan organisasi korporat luar, malah
bertentangan dengan piagam Koridor Raya Multimedia (MSC)
yang menjamin penyaluran maklumat secara bebas, tanpa ditapis.

Beliau berkata, langkah sedemikian secara langsung membantut


perkembangan dunia teknologi maklumat khususnya Internet
yang memang memanfaatkan masyarakat termasuk generasi muda
jika digunakan sebaik-baiknya. "Pemimpin masyarakat dan ibu
bapa harus melihat Internet secara positif dan akur kepada
fungsinya sebagai wadah pendidikan yang cukup berkuasa," kata
Norizan.
Prof Madya Mohd Safar Hashim dari
Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan
Malaysia, berkata bahan pornografi boleh
ditapis dan disekat daripada kanak-kanak
manakala mereka yang menyebar bahan
berunsur fitnah dan khabar angin yang
menjejas ketenteraman awam boleh dikesan
dan dikenakan tindakan undang-undang.
"Cuma, untuk membuktikan kesahihan
sesuatu berita atau mengesan sumber berita
di Internet agak sukar berbanding yang
disiarkan akhbar. Namun, sudah ada orang
yang dihadapkan ke mahkamah kerana
menyebarkan berita angin, yang menjejas
ketenteraman negara di Internet," kata Safar.
Datuk Noh berkata, kekurangan dalam menguatkuasakan undang-
undang siber bermakna pihak berkuasa boleh menggunakan undang-
undang lain seperti ISA – yang membolehkan seseorang ditahan
tanpa dibicarakan – jika terdapat kebimbangan bahawa aktiviti
individu tertentu boleh mengancam keselamatan negara.

“Dalam situasi serta teknologi maklumat hari ini, mungkin undang-


undang siber tidak sekukuh mana. Mereka yang mengancam
keselamatan negara melalui aktiviti IT mereka, boleh dibawa
ke mahkamah – dan jika kita boleh dakwa, kita akan mendakwa
mereka di mahkamah,” tambahnya.

Timbalan Menteri itu juga berkata bahawa ISA boleh digunakan


ke atas penggodam komputer jika terdapat kekurangan bukti untuk
mendakwa mereka di mahkamah, dan jika mereka disyaki mengakses
maklumat sulit kerajaan secara haram.

“Mereka yang menggodam rahsia kerajaan ini mungkin sukar dibawa


ke mahkamah atas alasan kekurangan bukti. Mereka ini juga boleh
ditahan di bawah ISA,” ujarnya.
Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan
untuk melindungi kita dari ancaman jenayah
komputer. Dalam dunia tanpa sempadan,
serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu
jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita
dan amat malang sekali kita sukar mengenali
siapa mereka dan dari mana mereka menyerang
kita.

Walau bagaimanapun kita kena mengambil


langkah untuk melindungi sistem komputer kita
sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu
tentang komputer dan mungkin kita boleh
lindungi sistem komputer kita dengan perisian
yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall,
pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian
keselamatan yang lain.