Anda di halaman 1dari 9

Penggunaan Dokumen

Personal Dalam Kajian


Kes
Terdapat beberapa teknik pengumpulan data
yang digunakan oleh pengkaji untuk
menghasilkan data deskriptif agar gambaran
yang lebih menyeluruh tentang proses yang
berlaku dalam kajian ini diperoleh.

Untuk tujuan tersebut, dua teknik utama yang


biasa digunakan oleh pengkaji dalam
penyelidikan tindakan ini ialah:
1. Pemerhatian

Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku


dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik
berkesan dalam pengumpulan data.

Lazimnya, dalam pemerhatian, pengkaji akan melihat,


mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan
maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam
bilik darjah.

Melalui pemerhatian, pengkaji dapat merapatkan diri


dengan murid dan memerhati cara pergaulan responden
(Zahirul) di dalam kelas dan memantau pencapaian beliau
dalam setiap matapelajaran.
Temubual

Pengkaji menggunakan teknik temu bual dalam


pengumpulan data. Temu bual melibatkan perbualan
antara pengkaji dengan guru setiap matapelajaran yang
mengajar Zahirul untuk mendapatkan maklumat yang
relevan dengan kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji adalah guru (guru pendamping)


dan juga penyelidik. Pengkaji menemu bual Zahirul tentang
pengalaman berada di kelas tersebut dan layanan rakan
sekelas terhadapnya. Selain itu pengkaji juga menemubual
penjaga, dan rakan sekelas yang lain.
Kemahiran Pengkaji
Kaedah temu bual dan pemerhatian lazim
digunakan dalam kajian-kajian kes untuk
mengumpul maklumat kajian. Pelaksanaan
sesuatu sesi temu bual atau pemerhatian yang
baik memerlukan pengkaji menguasai
kemahiran -kemahiran di bawah:

1. Keupayaan mencabar diri sendiri. Pengkaji


berupaya dan berkeinginan untuk mencabar diri
berhubung dengan kajian
ke atas program pendidikan inklusif di sekolah
aliran perdana.
2. Keinginan untuk mengetahui sebab.

Pengkaji berkeinginan untuk mencari kebenaran sebelum,semasa dan


selepas data dikumpul. Dalam kajian ini pengkaji menemubual setiap
guru matapelajaran yang mengajar Zahirul untuk mendapatkan
maklumat yang relevan dengan kajian.

3. Kepekaan.

Pengkaji perlu peka terhadap maklumat baru yang berguna dan tidak
berguna, berupaya mendengar, memerhati, merasa, dan mengenal pasti
maklumat baru. Pengkaji telah menemu bual Zahirul tentang
pengalaman berada di kelas dan layanan rakan sekelas terhadapnya.
Pengkaji juga menemubual penjaga, dan rakan sekelas yang lain.
4. Pengubahsuaian
Berupaya mengubah strategi jika kaedah mengumpul data kurang
berkesan. Dalam kajian ini, pengkaji tidak membuat sebarang
pengubahsuaian strategi kerana kaedah mengumpul data yang
sedia ada telah berkesan

5. Kefahaman tentang isu.


Berupaya memahami dan mentafsir dengan tepat dan jelas data-
data yang telah dikumpulkan(bukan semata-mata mencatatkan
data sahaja). Pengkaji telah mengenal pasti latar belakang
masalah muridnya. Zahirul telah menguasai 3M (membaca,
menulis dan mengira) setara dengan tahap umurnya. Hanya
pergerakannya sahaja agak terbatas dan mengambil masa yang
lebih untuk menulis, dan mengalami masalah kelancaran untuk
bercakap.
Penghuraian data tanpa berat
sebelah. Berupaya untuk
melaporkan data yang penting
secara jelas, tepat dan jujur.
Pengkaji telah menemu bual dan
membuat pemerhatian dengan jujur.