Anda di halaman 1dari 63

KARANGAN

1. Diperkenalkan di sekolah rendah.

2. Pelajar melalui tiga peringkat penilaian:


i. UPSR
ii. PMR (PT3)
iii. SPM

3. Karangan pelajar STPM tetap berkecamuk.

MEMENTINGKAN A
TIDAK MENGUTAMAKAN ILMU
PERBEZAAN ANTARA KARANGAN BM
SPM DENGAN STPM

1. Panjang = SPM (melebihi 350 pp)


= STPM 600 650 pp

2. Isi = SPM (4/5 isi)


= STPM (5/6 isi)

4. Penilaian = SPM (holistik)


= STPM (persembahan isi +
penguasaan bahasa)
5. Lain-lain .....
MENGENAL PASTI
KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR

1. Di manakah daerah kelemahannya?

2. Mengapa masih lemah?

3. Apakah ikhtiar kita untuk mengatasinya?

YANG MAHU MENGATASI KELEMAHAN ITU,


INSYA-ALLAH ADA JALANNYA.
SOALAN KARANGAN

1. Jelaskan faktor pencemaran sungai.


A 2. Huraikan pendapat anda tentang punca
FAKTOR pencemaran sungai.
3. Pada pandangan anda, mengapakah pencemaran
sungai berlaku?

1. Huraikan langkah yang wajar dijalankan untuk


menangani pencemaran sungai.
C 2. Jelaskan usaha yang dapat dijalankan untuk
LANGKAH mengatasi pencemaran sungai.
3. Kemukakan cadangan anda untuk mengatasi
masalah pencemaran sungai.
3. Bagaimanakah pencemaran sungai dapat diatasi?
B 1. Huraikan kesan pencemaran sungai kepada
KESAN masyarakat dan negara.
(-) 2. Jelaskan akibat pencemaran sungai kepada
masyarakat dan negara.

1. Huraikan pendapat anda tentang kesan kemajuan


KESAN perindustrian di negara ini.
(+ dan -) 2. Jelaskan kesan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan remaja.

1. Jelaskan faedah perkembangan sektor pertanian


kepada masyarakat dan negara.
KESAN
(+) 2. Huraikan kebaikan penyertaan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah.
3. Mengapakah orang ramai digalakkan agar
melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.
4. Huraikan kepentingan mempelajari seni pertahanan
diri.
MENCATAT ISI KARANGAN

Soalan karangan:
Faedah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah.

Isi yang dicatat oleh pelajar:


1. Mengisi masa lapang
2. Keputusan peperiksaan meningkat
3. IPT mengutamakan pelajar aktif kokurikulum
4. Perpaduan kaum di Malaysia
5. Kesihatan tubuh badan
6. Mengembangkan bakat
CADANGAN

Faedah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di


sekolah.

1. Mengisi masa lapang pelajar

2. Membantu peningkatan prestasi pelajar

3. Memenangi persaingan untuk ke IPT

4. Mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar

5. Meningkatkan tahap kesihatan pelajar

6. Mengembangkan bakat pelajar dlm. pel. bidang


Faktor pencemaran Kesan pencemaran Langkah mengatasi
sungai sungai pencemaran sungai

Penebangan hutan Sumber air bersih Memperkenalkan mata


kurang pelajaran PA Sekitar
Pembuangan sampah
Hidupan akuatik mati Meningkatkan amalan
Pembuangan sisa kitar semula
toksik Pencemaran
bau wujud Menyediakan lebih
Tumpahan minyak banyak kemudahan
kapal Wabak penyakit untuk pem. sampah
berlaku
Penggunaan racun Mengadakan Kempen
oleh petani Imej masyarakat dan Cintailah Sungai Kita
negara terjejas
Menguatkuasakan
undang-undang AS
BUKTI
KECEMERLANGAN TANPA ILMU?
SOALAN STPM TIDAK SUKAR
25. Batik merupakan hasil kraf tangan yang diwarisi sejak
turun-temurun dan berpotensi untuk diketengahkan ke
peringkat antarabangsa. Pada pendapat anda, apakah
langkah yang wajar untuk memajukan industri batik di negara
ini?

26. Mata pelajaran Sejarah dikatakan mampu meningkatkan rasa


cinta akan tanah air. Jelaskan kepentingan mengajarkan mata
pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar di sekolah.

27. Kebelakangan ini, pekhidmatan rawatan kecantikan dan


produk kecantikan mendapat sambutan yang menggalakkan,
bukan sahaja dalam kalangan wanita malahan juga lelaki.
Jelaskan faktor sambutan tersebut dan huraikan kesan negatif
penggunaan perkhidmatan kecantikan dan produk kecantikan
kepada pengguna.
(STPM 2015)
PENDAHULUAN KARANGAN

1. Menyatakan gambaran umum tentang tajuk,


termasuklah memberikan definisi takrifan/konsep dll.

2. Tidak memasukkan isi secara khusus.

3. Menyelitkan contoh, perangkaan, peribahasa,


cogan kata, pendapat tokoh, dll yang berkaitan.

4. Ayat terakhir seharusnya menampakkan perkara


yang ingin ditulis dalam karangan, sama ada
faktor,
kesan,
langkah,
kesan dan langkah atau
aspek-aspek yang lain.
PENDAHULUAN KARANGAN
PELAJAR
Soalan: Kepentingan sungai kepada manusia
Tempat yang ada air telah termaktub sebagai
sungai. //Dasawarsa ini sungai merupakan nadi kehidupan
manusia sejak berzaman-zaman dahulu. //Nah, sudah
terang lagi bersuluh, sungai juga sangat penting kepada
manusia. Ia juga banyak membantu manusia dalam
kehidupan seharian mereka. //Contohnya, bekalan air,
sumber makanan dan pendapatan, medium pengangkutan
dan sebagainya. Sungai juga perlu dijaga dengan baik
supaya ia kekal bersih dan tidak tercemar. //Sungai yang
tercemar mudah menjadi cetek dan mudah merebak
penyakit kronik. Jadi, manusia sewajarnya //menjaga
dengan baik sebelum perkara yang teruk terjadi kerana
sediakan payung sebelum hujan.
(SPM)
Pada era pascainovatif, pascaperindustrian dan pascaglobalisasi
serta ultramoden dunia masa ini, isu yang bersimbiosis dengan
kepentingan mengajarkan mata pelajaran Sejarah acap kali
meniti bibir-bibir umat manusia di segenap penjuru dunia ini dan
isu yang hangat ini telah dilaung-laungkan via corong-corong
mata tabloid dan tidak hairanlah jikalau isu ini dibincangkan dari
Parlimen hingga ke warung kopi. Lebih-lebih lagi perkara pokok
ini juga menjadi paparan utama media massa, media elektronik
mahupun media cetak pada peringkat glokal. Relevannya,
statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh pihak
berautoriti menunjukkan bahawa semakin hari semakin banyak
pelajar terlalu obses mengejar arus modenisasi sehingga
mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka iaitu belajar Sejarah.
Sayogianya, mata pelajaran Sejarah tidak boleh dikerling enteng
kerana Sejarah merupakan aset yang signifikan kepada
sesebuah negara. Persoalannya yang berkisar dan berlegar
dalam benak saya iaitu apakah kepentingan mengajarkan mata
pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar di Sekolah?
(STPM)
PENDAHULUAN 1
Sungai bukanlah perkara asing bagi masyarakat di
Malaysia kerana sungai boleh dilihat di kebanyakan
tempat di negara ini. Ada antara sungai yang mempunyai
air yang dalam dan ada juga yang cetek airnya. Di
Malaysia, terdapat beberapa batang sungai yang
dianggap penting, antaranya ialah Sungai Pahang, Sungai
Kelang, dan Sungai Rajang. Demikian juga sungai-sungai
lain yang terdapat di setiap negeri di Semenanjung
Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Kesemua sungai tersebut
penting kepada kehidupan manusia sejawat.
PENDAHULUAN 2
Kebanyakan orang memang mengenali sungai, bahkan
ada yang pernah mengharunginya. Sumber air sungai
mungkin dari tasik atau mata air di tempat yang tinggi. Air
tersebut kemudiannya mengalir ke kawasan yang lebih
rendah dan seterusnya ke laut. Sesiapa yang gemar
membaca tentu maklum bahawa sungai yang terpanjang di
dunia ialah Sungai Nil, manakala Sungai Rajang di
Sarawak pula ialah sungai yang terpanjang di Malaysia.
Walau di mana-mana pun lokasinya, kurniaan Allah ini
amat penting kepada kehidupan manusia. (70 pp)
CONTOH PENDAHULUAN 1
Kebanyakan kaum di Malaysia mewarisi seni
pertahanan diri tertentu. Jika orang Melayu terkenal dengan
seni silat dan orang India sinonim dengan silambam, wushu
pula popular dalam kalangan orang Cina. Selain itu, tea
kwando dan karate juga tidak asing lagi di negara ini.
Namun begitu, kini, sambutan orang ramai terhadap seni
tersebut kurang menggalakkan. Perkembangan dunia
hiburan yang begitu menggalakkan ditambah pula dengan
kesibukan individu mengejar kerjaya menjadi punca
perkara ini terjadi. Memandangkan seni pertahanan diri
banyak kepentingannya kepada individu, masyarakat, dan
negara, langkah untuk menggalakkan anak muda
mempelajarinya perlu dilakukan.

(88 patah perkataan)


Boleh Dipermudah
Seni pertahanan diri banyak terdapat di Malaysia,
antaranya termasuklah silat, karate, tea kwando, dan
wushu. Kebanyakan seni tersebut terkenal dalam
kalangan masyarakat tradisional. Kini, warisan bangsa ini
kurang diberikan perhatian oleh masyarakat moden,
khususnya generasi muda. Antara sebabnya ialah
masyarakat moden lebih banyak menghabiskan masa
dengan kerjaya masing-masing, manakala golongan
muda pula sibuk dengan aktiviti persekolahan. Kewujudan
permainan moden pula menyebabkan anak-anak muda
mengetepikan seni pertahanan diri. Pelbagai pihak
bersetuju bahawa khazanah bangsa ini mempunyai
pelbagai kepentingannya. Oleh sebab itulah, usaha untuk
menggalakkan generasi muda mempelajarinya perlu
dilakukan.
(90 patah perkataan)
CONTOH PENDAHULUAN 2

Profesor Atan Long, tokoh pendidikan negara yang


terkenal mengatakan bahawa sekolah ialah institusi
pendidikan formal untuk mengubah tingkah laku manusia
ke arah yang dikehendaki. Bagi mencapai matlamat
tersebut, pelajar dikehendaki mempelajari mata pelajaran
tertentu dan salah satu daripadanya ialah Sejarah. Kini,
mata pelajaran Sejarah dikategorikan sebagai mata
pelajaran teras. Di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), murid bukan sahaja wajib mempelajari
Sejarah tetapi wajib lulus untuk memperoleh sijil tersebut.
Selain meningkatkan rasa cinta murid akan tanah air
sendiri, pengajaran mata pelajaran ini mempunyai pelbagai
kepentingan yang lain.
(80 pp)
Usaha untuk menggalakkan orang ramai bersukan

Sukan diminati oleh kebanyakan orang, sama ada orang


muda, orang dewasa, ataupun orang tua. Oleh sebab itu,
kita dapat melihat ada antara mereka yang bermain bola
sepak, badminton, ataupun berjoging. Pihak kerajaan
pula membelanjakan wang yang bukan sedikit untuk
menyediakan pelbagai infrastruktur sukan, misalnya
padang, gelanggang, dewan, dan lain-lain. Selain itu,
orang ramai juga sering diuar-uarkan tentang faedah
bersukan, khususnya untuk menyihatkan badan, Namun
demikian, penglibatan orang ramai dalam aktiviti
bersukan masih kurang menggalakkan. Sehubungan
dengan itu, usaha yang berkesan perlu dilaksanakan
untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dalam
aktiviti bersukan.
Cadangan Pendahuluan Soalan 25 STPM 2017

Setiap orang memerlukan rumah kerana rumah


merupakan tempat tinggal manusia. Di negara ini
terdapat berbagai-bagai jenis rumah, antaranya ialah
rumah pangsa, rumah teres, banglo, kondominuim, dan
lain-lain. Dari segi kos pula, ada antaranya yang
dikategorikan sebagai rumah kos rendah, kos sederhana
ataupun kediaman mewah. Rakyat yang tidak
berkemampuan pula, terpaksa tinggal di rumah sewa.
Pihak pemaju perumahan pula sentiasa membina
pelbagai jenis rumah untuk memenuhi permintaan orang
ramai. Meskipun begitu, terdapat rumah yang telah siap
dibina, sukar untuk dijual. Pelbagai punca perkara ini
berlaku telah pun dikenal pasti.
(85 pp)
APAKAH KEKUATAN PENDAHULUAN ITU?

Setiap orang memerlukan rumah kerana rumah


merupakan tempat tinggal manusia. Di negara ini
terdapat berbagai-bagai jenis rumah, antaranya ialah
rumah pangsa, rumah teres, banglo, kondominuim, dan
lain-lain. Dari segi kos pula, ada antaranya yang
dikategorikan sebagai rumah kos rendah, kos sederhana
ataupun kediaman mewah. Rakyat yang tidak
berkemampuan pula, terpaksa tinggal di rumah sewa.
Pihak pemaju perumahan pula sentiasa membina
pelbagai jenis rumah untuk memenuhi permintaan orang
ramai. Meskipun begitu, terdapat rumah yang telah siap
dibina, sukar untuk dijual. Pelbagai punca perkara ini
berlaku telah pun dikenal pasti.
PASTIKAN GRAMATIS BARU PUITIS

Kalau kandang dan sarang sinonim dengan haiwan,


rumah pula sinonim dengan insan. Berpaksikan fakta
inilah, pelbagai jenis rumah, misalnya rumah teres,
rumah pangsa, banglo, dan lain-lain tersergam di
persekitaran kita. Menyentuh soal kos pula, di Malaysia
terdapat rumah kos rendah, kos sederhana, dan kos
tinggi. Bagi yang belum mampu memiliki rumah sendiri,
tinggallah mereka di rumah sewa. Walau apa-apa pun
jenisnya, permintaan terhadap rumah jarang sekali
berkurang. Situasi ini memungkinkan pemaju perumahan
mencuba untuk memenuhi permintaan. Persoalannya,
terdapat juga rumah yang sudah siap dibina, namun
sukar untuk dijual. Mengapakah perkara ini terjadi?
(90 pp)
AKUKAH YANG BERSALAH
ATAU
JEBATKAH YANG BERSALAH?
(Filem Hang Tuah)

MURIDKAH YANG LEMAH


ATAU
AKUKAH YANG MENYEBARKAN
AJARAN SALAH?
(Pdp di sekolah)
KELEMAHAN MEMULAKAN ISI KARANGAN

1. Semacam pelajar lemah menjawab soalan


pemahaman. (Pasti memasukkan tugasan soalan;
kalau faktor mesti ada perkataan faktor ...)

2. Seperti orang membilang tiada upaya untuk


mempelbagaikan. (Faktor perdana, faktor kedua,
seterusnya, akhir sekali ...)

3. Menggunakan istilah dan rangkai kata yang dianggap


menarik tanpa mengambil kira ketepatan maksud
dan ketepatan ayatnya.
Jelaskan faktor penglibatan pekerja asing dalam kegiatan
jenayah di negara in

ISI
1. Pernah terlibat dengan kegiatan jenayah di negara
asal
2. Tidak mendapat pekerjaan di negara ini
3. Ditipu oleh majikan
4. Suasana di negara ini yang mendorong mereka
menjadi penjenayah
5. Penguatkuasaan yang kurang berkesan
6. Terpengaruh dengan penjenayah tempatan
7. Ingin mengejar kemewahan hidup
Antara faktor-faktor penglibatan pekerja asing dalam
kegiatan jenayah di negara ini adalah terlibat dengan
jenayah di negara asal. ...
Faktor yang menyebabkan pekerja asing melakukan
kes jenayah ialah Malaysia mempunyai peluang dalam
melakukan kes jenayah. ...
Faktor terdesak adalah salah satu faktor yang
menyebabkan pekerja asing terlibat dalam kegiatan
jenayah di negara kita kerana mungkin pekerja asing
datang ke sini untuk mencari duit. ...
Tambahan lagi, faktor kedatangan pekerja asing ke
sini bukan untuk bekerja tetapi untuk menjatuhkan imej...
Faktor terakhir yang menyebabkan pendatang asing
melakukan kegiatan jenayah adalah kerana mereka tidak
berpendidikan agama. ...
PERMUDAHKANLAH CARA MEMULAKAN ISI
Antara faktor tersebut ialah desakan hidup. Harus diingat
bahawa segelintir daripada pendatang asing...
Segelintir daripada pendatang asing berkemungkinan pernah
terlibat dengan kegiatan jenayah di negara asal. ...
Ada antara pekerja asing yang tertipu oleh majikan. Oleh hal
yang demikian, mereka mula melibatkan diri dalam gejala ini. ...
Selain itu, kemewahan hidup sesetengah anggota masyarakat
di negara ini mendorong mereka untuk menjadi penjenayah. ...
Sesetengah daripada pekerja asing melibatkan diri dalam
jenayah kerana terpengaruh oleh penjenayah tempatan. ...
Langkah pencegahan jenayah yang kurang berkesan adalah
antara faktor keadaan ini berlaku. ...
Kesan kemasukan pelabur asing ke negara ini

Pendahuluan

Isi Kesan

1. Membangunkan kawasan persekitaran perindustrian


2. Menambahkan pendapatan negara
3. Mewujudkan peluang pekerjaan
4. Berlakunya pemindahan teknologi dan kepakaran
5. Berlakunya pengaliran wang ke luar negara
6. Menjejaskan peluang pelabur tempatan
7. Meningkatnya tahap pencemaran

Kesimpulan
KELEMAHAN CARA MEMULAKAN ISI

Langkah pertama untuk melahirkan keluarga penyayang


dalam masyarakat di Malaysia ialah peranan ibu bapa di
mana ibu bapa perlu bertanggungjawab kepada anak-anak. ...

Langkah kedua untuk melahirkan keluarga penyayang


dalam masyarakat di Malaysia ialah menghormati orang
tua. ...
Seterusnya percutian bersama keluarga. ...

Tuntasnya hendaklah bergotong-royong membersihkan


rumah yang dikenali sebagai istana hinggap oleh sesetengah
orang. ...

Akhir sekali mengadakan kempen kesedaran kepada


masyarakat di Malaysia. ...
Sedarwarsa ini, sudah terang lagi bersuluh iaitu ibu bapa perlu
bertanggungjawab kepada anak-anak dengan memberikan kasih
sayang untuk melahirkan keluarga penyayang dalam masyarakat di
Malaysia. ...

Yang tua dihormati, begitulah hujah seterusnya di bawah kata


kunci orang tua sudah lama makan garam. ...

Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, gotong-royong bersama ahli
keluarga, misalnya membersih dan mencantikkan halaman rumah
merupakan satu lagi langkah melahirkan keluarga penyayang. ...

Justeru itu mengadakan aktiviti perkelahan di tempat


pelancongan yang menarik perhatian orang ramai. ...

Mauduk yang terakhir sekali kempen kesedaran perlu


diadakan. ...
ANGKARA SIAPAKAH INI?

Pada dasawarsa yang mulia ini, kita ditarbiahkan oleh


pencemaran alam semesta yang maha bahana ini.
Justeru itu, modus operandi perdana ialah
menguatkuasakan undang-undang di negara ini.
Thamsilnya, kebanyakan warga negara kita
mementingkan diri sendiri. Mereka alpa untuk
bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan
kempen menjaga semesta alam maya ini. Harapkan
pagar, pagar makan padi, sudah terhantuk baru
tengadah. Siapa lagi yang boleh diharapkan sekiranya
orang ramai mementingkan diri sendiri? Natijahnya
bencana alam semakin berleluasa dan orang ramai
menderita. Nah, apa lagi yang kita tunggu? Bertindaklah
dari sekarang.
PUJUKLAH PELAJAR AGAR
BERTAUBAT
SEKIRANYA MEREKA SUDAH TERPESONG
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam soal ini. Sehubungan
dengan itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang
kepentingan mengamalkan sikap penyayang. ... (huraian isi 1)

Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-
anak. ... (huraian isi 2)

Aktiviti-aktiviti melancong, berkelah, atau bergotong-royong yang


melibatkan ahli keluarga adalah antara usaha murni ke arah
merealisasikan keluarga penyayang....(huraian isi 3)

Selain ibu bapa, pihak sekolah boleh memainkan peranan,


misalnya dengan mengadakan lawatan ke rumah anak yatim ataupun
ke rumah orang-orang tua. ... (huraian isi 4)

Langkah kerajaan yang telah mengadakan Kempen Keluarga


Penyayang hendaklah diteruskan dan diperluas. ... (huraian isi 5)

Amalan budaya penyayang dalam kalangan anggota masyarakat


pula tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk merealisasikan
keluarga penyayang di negara ini. ...(huraian isi 6)
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam soal ini.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-
anak tentang kepentingan mengamalkan sikap penyayang. .
Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan
kepada anak-anak. ...
Aktiviti-aktiviti melancong, berkelah, atau bergotong-
royong yang melibatkan ahli keluarga adalah antara usaha
murni ke arah merealisasikan keluarga penyayang....
Selain ibu bapa, pihak sekolah boleh memainkan
peranan, misalnya dengan mengadakan lawatan ke rumah
anak yatim ataupun ke rumah orang-orang tua. ...
Langkah kerajaan yang telah mengadakan Kempen
Keluarga Penyayang hendaklah diteruskan dan diperluas.
Amalan budaya penyayang dalam kalangan anggota
masyarakat pula tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk
merealisasikan keluarga penyayang di negara ini. ...
LATIHAN CARA MEMULAKAN ISI KARANGAN
Jelaskan faktor golongan belia tidak meminati pertanian
Isi 1 : sektor ini lambat mendatangkan hasil
Isi 2 : sektor ini terdedah kepada pelbagai risiko ...
Isi 3 : belia menganggap sek ini kurang berprestij
Isi 4 : belia kurang kemahiran dalam bidang ini
Isi 5 : banyak kerja lain, khususnya kerja kilang
Isi 6 : kekurangan tanah untuk bercucuk tanam

Huraikan kepentingan sektor pertanian kpd masyarakat.


Isi 1 : mewujudkan peluang pekerjaan
Isi 2 : mengurangkan kadar import makanan
Isi 3 : mengatasi kekurangan bahan makanan
Isi 4 : menambahkan tumbuh-tumbuhan hijau
Isi 5 : memanfaatkan tanah terbiar
Isi 6 : menurunkan suhu bumi
CADANGAN CARA MEMULAKAN ISI KARANGAN

Sektor pertanian kurang diminati oleh belia kerana sektor ini


lambat mendatangkan hasil....
Sektor ini juga terdedah kepada pelbagai risiko, antaranya ...
Sesetengah golongan belia menganggap sektor pertanian
kurang berprestij. ...
Kebanyakan belia kurang mempunyai kemahiran dalam
bidang pertanian. ...
Golongan belia di negara ini mempunyai pilihan pekerjaan,
khususnya kerja di kilang. Hal ini membuatkan bidang
pertanian diketepikan. .....
Kekurangan tanah untuk bercucuk tanam adalah antara
faktor golongan belia tidak meminati bidang ini.
PERSEMBAHAN ISI KARANGAN
BERERTI

MEMBERIKAN PENJELASAN TENTANG


PERKARA YANG DIPERKATAKAN

JIKA DIFAHAMI BERJAYA


JIKA TIDAK/SUKAR DIFAHAMI GAGAL
Kebakaran hutan kerap berlaku di negara ini, terutama
pada musim kemarau, Jelaskan punca kebakaran tersebut.

PELAJAR
Punca berlaku kebakaran ini ialah disebabkan oleh suhu
yang terlalu melampau. Suhu yang mencecah sehingga
45 darjah celcius telah menyebabkan hutan terbakau
dengan sendirinya. Tanah yang tandus kerana sudah
lama tidak menerima hujan diikuti pula dengan pancaran
matahari yang berterusan menyebabkan tercetusnya
kebakaran hutan. Pada mulanya, ianya hanya berlaku di
kawasan kecil sahaja tetapi kebakaran ini mula merebak
an menjadi sebuah kebakaran yang besar. Pihak bomba
mengalami kerja yang sukar untuk memadamkan
kebakaran hutan ini. Untuk memadamkan kebakaran
hutan, pihak bomba terpaksa menggunakan tenaga kerja
yang ramai dan kos yang tinggi.
BAGAIMANA KALAU BEGINI?
Kebakaran hutan juga berpunca daripada suhu yang
terlalu tinggi disebabkan oleh kemarau yang
berpanjangan. Dengan demikian, hutan menjadi kering
dan sesetengah pokok mati. Apabila terdapat batang-
batang pokok yang kering itu bergeser antara satu sama
lain secara yang berterusan, percikan api terhasil dan
terjadilah kebakaran hutan. Pancaran cahaya matahari
yang berterusan pada permukaan yang kering juga boleh
mengeluarkan api yang pastinya mengundang kebakaran.
Oleh sebab itu, berita tentang kebakaran hutan sering
dilaporkan berlaku tanpa mengetahui puncanya. Api akan
merebak dengan cepatnya apabila membakar tumbuh-
tumbuhan kering dan mati, apatah lagi jika usaha untuk
mengawalnya menemui kegagalan.
90 pp
Jelaskan kesan kebakaran hutan.
PELAJAR

Kesan kebakaran hutan akan menyebabkan hilangnya


habitat tempat tinggal flora dan fauna. Ini menyebabkan
haiwan akan mencari tempat tinggal yang baharu oleh
sebab itu ada yang tinggal dekat dengan rumah
penduduk yang mengganggu kehidupan manusia. Hutan
yang musnah akibat kebakaran akan menyebabkan
hakisan. Kerajaan hendaklah mengawal kebakaran
hutan untuk mengelakkan kemusnahan hutan. Dengan
demikian, flora dan fauna tidak akan pupus. Selain itu,
undang-undang penebangan hutan perlu
dikuatkuasakan untuk mengelakkan ketandusan hutan
yang boleh mendatangkan masalah kepada manusia.
(80 pp)
TIDAK MAMPUKAN UNTUK MENULIS BEGINI?

Kebakaran hutan pastinya memusnahkan khazanah


yang amat bernilai itu. Apabila hutan semakin berkurang,
bencana alam, terutama hakisan tanah dan banjir kilat
akan terjadi. Hal ini disebabkan akar-akar pokok tidak
lagi berfungsi untuk mencengkam tanah. Bencana alam
ini mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia.
Selain mengganggu aktiviti harian manusia, hakisan
tersebut juga boleh mengancam nyawa sesiapa sahaja.
Pencemaran air pula sudah tentu membahayakan
pengguna air tersebut. Keadaan ini juga menjejaskan
kehidupan akuatik. Akibatnya, manusia akan kehilangan
sumber protein. Pada masa yang sama para nelayan
akan kehilangan sumber pendapatan.
Soalan : Faktor kerenggangan hubungan kekeluargaan.

Antara faktor yang menyebabkan kerenggangan


hubungan kekeluargaan dalam masyarakat adalah
kerana berpunca daripada ibu bapa itu sendiri. Ini kerana
kesilapan ibu bapa itu sendiri dalam mencorakkan
institusi sesebuah keluarga dengan amalan serta nilai
yang baik. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan
dalam membina sebuah keluarga yang harmoni. Mereka
perlulah mendidik anak-anak serta menerapkan nilai ilmu
yang bermanfaat bagi sesebuah institusi keluarga
terutama kepada anak-anak. Oleh itu, anak-anak yang
terdidik dengan cara demikian dapat membantu dalam
melahirkan sebuah keluarga yang harmoni serta
hubungan yang erat sesama ahli keluarga akan terjalin.
APAKAH KEKUATAN DAN KELEMAHAN YANG INI?

Kerenggangan hubungan kekeluargaan berpunca


daripada kegagalan ibu bapa menunaikan tanggungjawab
dengan berkesan. Dari segi realiti, terdapat ibu bapa yang
pilih kasih terhadap anak-anak. Misalnya, anak-anak yang
cemerlang dalam pelajaran lebih diutamakan.
Sesetengahnya pula perhatian yang lebih diberikan
kepada anak-anak berdasarkan jantina. Permintaan anak-
anak yang dikasihi ini sering dipenuhi, manakala
kehendak anak-anak yang kurang bernasib baik ini sering
ditolak dengan pelbagai alasan. Situasi ini menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan anak-anak.
Akhirnya, bukan sahaja hubungan antara anak-anak
dengan ibu bapa renggang, malah hubungan anak
dengan anak yang lain turut renggang.
FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK

Faktor utama yang mengakibatkan masalah ini ialah ibu bapa kurang
didikan agama dan moral. Agama tanpa ilmu adalah buta. Manakala ilmu
tanpa agama adalah lumpuh. Setengah ibu bapa yang kurang didikan
agama dan moral akan sentiasa mendera anak-anak mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana kekurangan ilmu agama dan moral
menyebabkan mereka tidak memahami bahawa anak dilahirkan adalah
untuk disayangi dan bukan untuk didera. Mereka seharusnya menjadi
usurah hasanah kepada anak-anak mereka dan bukannya mendera
mereka. Kehidupan yang tidak dipayungi agama juga menyebabkan
mereka tidak dapat mengawal emosi sendiri dengan sempurna.
Keadaan ini akan menjerumus kepada penderaan kanak-kanak apabila
mereka tidak dapat mengawal emosi sendiri. Contohnya kebanyakan
kes penderaan kanak-kanak yang berlaku apabila sesetengah ibu
bapa hilang akal. Mereka sebenarnya tidak mahu berbuat demikian
tetapi mereka tidak dapat mengawal kelakuan diri sendiri. Izharnya,
kekurangan pendidikan agama ibu bapa merupakan antara faktor yang
menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak.
(Pelajar)
Kurangnya penghayatan agama dalam kalangan ibu bapa
adalah antara faktor penderaan kanak-kanak di negara ini.
Harus diingat bahawa agama merupakan panduan hidup
manusia di dunia ini. Tanpa penghayatan agama, seseorang
mudah hilang pertimbangan, terutama apabila berhadapan
dengan dugaan. Agama tidak lagi menjadi benteng kepada
seseorang melakukan perkara yang buruk. Akibatnya, individu
yang berkenaan tergamak bertindak di luar dugaan, termasuklah
mendera darah daging sendiri. Demikianlah kepincangan yang
berlaku lantaran sikap memandang ringan sesetengah anggota
masyarakat terhadap agama. Andai kata lebih ramai anggota
masyarakat mengesampingkan agama, tidak mustahil kes
penderaan kanak-kanak akan bertambah.
HURAIAN ISI FAKTOR

Sektor pertanian kurang diminati belia kerana sektor ini


lambat mendatangkan hasil. Perkara ini sukar dinafikan
kerana sebelum mendapatkan hasil, petani perlu melalui
pelbagai proses. Setelah tanaman ditanam, petani perlu
membaja dan menyiram tananam tersebut. Setelah
tumbuh-tumbuhan mengeluarkan hasil, petani perlu
memetiknya sebelum menjual hasil tersebut. Petani
terpaksa menghabiskan masa yang agak panjang
sebelum memperoleh hasil. Sebagai contoh, bagi
tanaman padi, petani terpaksa menunggu sekurang-
kurangnya tiga bulan sebelum hasilnya diperoleh. Situasi
ini tidak mendorong golongan belia untuk memilih
pertanian sebagai kerjaya yang utama. (82 pp)
HURAIAN ISI KEPENTINGAN

Sektor pertanian ternyata dapat mewujudkan pelbagai


peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini dikatakan
demikian kerana sektor ini memerlukan banyak tenaga
kerja, khususnya untuk melaksanakan kerja-kerja
penanaman, penjagaan, dan pemprosesan hasil
pertanian. Selain itu, terdapat juga individu yang
berniaga hasil pertanian. Dengan demikian, kadar
pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan
dapat dikurangkan dan pendapatan rakyat bertambah.
Tegasnya, sektor pertanian dapat membantu
peningkatan taraf hidup. Dengan perkataan lain, sektor
pertanian memberikan sumbangan ke arah
kesejahteraan hidup rakyat di negara ini.
HURAIAN ISI - KEPENTINGAN
Sektor pertanian dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada orang ramai. Hal ini demikian kerana pertanian
secara komersial sememangnya memerlukan tenaga
kerja yang banyak, terutama untuk kerja-kerja
penananam, penjagaan tanaman, dan pemprosesan
hasil pertanian. Selain itu, peluang perniagaan hasil-hasil
pertanian juga dapat diwujudkan. Peluang ini juga dapat
dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja termasuk lepasan
universiti. Dengan demikian, kadar pengangguran dalam
kalangan rakyat di negara ini sedikit sebanyak dapat
dikurangkan. Di samping itu, pendapatan petani moden
juga meningkat, sekali gus membantu peningkatan taraf
hidup rakyat negara ini. Tegasnya, perkembangan sektor
pertanian penting dalam membantu kesejahteraan hidup
rakyat.
GRAMATIS DAHULU BARU PUITIS

//Menerjah ke jendela seterusnya, dalam meningkatkan


pencapaian negara dalam bidang sukan atlet, para atlet
perlu memainkan peranan mereka. //Justeru itu, para
atlet merupakan seorang individu yang akan bertanding
sewaktu acara sukan berlangsung kelak. //Atlet-atlet
negara perlulah mempunyai usaha yang lebih dan
sentiasa berazam untuk memenangi pingat emas
masing-masing dan tidak berpeluk tubuh sahaja ketika
bertanding. //Seterusnya negara kita gagal dalam
sesuatu acara sukan terutamanya di peringkat
antarabangsa sudah tentu negara lain akan
menganggap bahawa negara kita tidak mempuyai mutu
sukan negara. //Dan sebagai atlet negara haruslah
mempunyai cita-cita yang tinggi dan mantap untuk duduk
sama tinggi berdiri sama rendah dengan negara asing.
Berhubung kait dengan persoalan itu, sebagai cetusan idea
yang afdal dan dominan bagi kepentingan mengajarkan mata
pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar di sekolah adalah
mampu meningkatkan rasa cinta akan tanah air. Dalam hal ini,
mata pelajaran Sejarah mengandungi banyak kandungan darihal
nasionalisme dan kedaulatan negara. Maka dari itu, jikalau cikgu
Sejarah sering mengindoktrinasikan ilmu Sejarah kepada semua
pelajar di sekolah, mereka akan mengetahui kepentingan
patriotisme. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh mewajibkan
semua institusi pendidikan pada peringkat glokal mengajarkan
mata pelajaran Sejarah supaya meningkatkan rasa cinta akan
tanah air dalam kalangan penuntut. Impaknya, bukan sahaja
rasa cinta akan tanah air dapat dipertingkatkan dalam kalangan
penuntut tetapi para penuntut juga dapat mencerminkan bahawa
mereka mampu menguasai mata pelajaran Sejarah. Rumusnya,
Sejarah boleh meningkatkan rasa cinta akan tanah air.
(Dunia tidak menyalahkan ibunya, tidak juga ayahnya tetapi
siapa lagi kalau tidak gurunya)
PERSEMBAHAN ISI BERPANDUKAN BORPIKA

ISI HURAIAN

APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA

Pengaruh rakan - Remaja ikut Mula buat


sebaya adalah perlakuan kerana
antara faktor rakan ikutan/paksaan
penting ..... Dicabar rakan Lama-lama
Dipaksa rakan jadi kebiasaan,
malah timbul
keseronokan.
+ Alah bisa tegal
biasa.
Huraikan faktor penglibatan remaja dalam jenayah.

Pengaruh rakan sebaya adalah antara faktor penting


penglibatan remaja dalam kancah jenayah. Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat sesetengah remaja
yang terlalu mudah meniru perlakuan rakan mereka.
Golongan ini turut melakukan jenayah sekiranya rakan
mereka berbuat demikian. Sesetengahnya pula terlibat
dalam gejala ini apabila dicabar oleh rakan sebaya.
Sebagai menyahut cabaran tersebut, golongan ini mula
melibatkan diri dalam jenayah. Terdapat juga remaja yang
terlibat dalam jenayah setelah dipaksa rakan-rakan
sebagai syarat untuk diterima menjadi ahli kumpulan.
Meskipun pada mulanya penglibatan mereka atas dasar
ikut-ikutan atau sebagai menyahut cabaran, lama-
kelamaan akan timbul keseronokan, malah kepuasan.
Benarlah kata peribahasa Melayu, alah bisa tegal biasa.
ISI HURAIAN

APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAK

Pihak kerajaan Mengadakan Untuk Sekiranya


hendaklah ceramah, meningkatkan kempen ini
mengadakan wawancara, dan kefahaman dan mendapat
Kempen forum tentang kesedaran kerjasama semua
Perpaduan. perpaduan.
Menyiarkannya masyarakat pihak, perpaduan
(Nyatakan nama melalui media. tentang kaum dapat
kempen) Mengadakan pentingnya direalisasikan dan
peraduan perpaduan kaum. dikekalkan di
menulis esei, negara ini.
mengarang puisi Keharmonian
dan cerpen/novel hidup rakyat akan
yang bertemakan menjadi
perpaduan kaum.
kenyataan.
Didikan ibu bapa untuk merealisasikan gaya hidup sihat.

Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang


kepentingan gaya hidup sihat. Anak-anak perlu diajar
cara-cara untuk merealisasikan amalan positif ini. Ibu
bapa juga hendaklah memuji anak-anak sekiranya anak-
anak memperlihatkan tingkah laku yang positif tentang
gaya hidup sihat. Ibu bapa juga perlu menegur atau
mendenda anak-anak sekiranya mereka menunjukkan
sikap yang negatif tentang amalan tersebut. Tindakan ini
perlu dilakukan sejak awal lagi, bertepatan dengan
peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sekiranya ibu bapa dapat memainkan
peranan ini dengan berkesan, amalan gaya hidup sihat
yang diimpikan itu akan menjadi kenyataan di negara ini.
Untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat, pihak
kerajaan hendaklah mengadakan Kempen Menabung.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah
mengadakan ceramah, wawancara, dan forum tentang
kepentingan berjimat cermat. Tokoh-tokoh ekonomi
hendaklah diundang bagi menjayakan sesi tersebut. Selain
itu, program menulis esei, mengarang puisi, dan melukis
poster yang bertemakan berjimat cermat wajar diadakan
bukan sahaja untuk murid sekolah tetapi juga untuk
kakitangan awam. Program ini diharapkan dapat
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
perlunya menyediakan payung sebelum hujan. Sekiranya
kempen tersebut mendapat kerjasama yang padu daripada
anggota masyarakat, tidak mustahil Malaysia mampu
melahirkan masyarakat yang berjimat cermat.
(94 pp)
Bagi menggalakkan orang ramai membeli barangan
buatan Malaysia, Kempen ................ hendaklah diadakan.
Bagi menjayakannya, aktiviti ceramah, wawancara, dan
forum tentang .................... wajar diadakan. Aktiviti
tersebut boleh disiarkan melalui televisyen untuk tontonan
umum. Selain itu, program menulis esei, mengarang puisi,
dan melukis poster yang bertemakan .................... boleh
diadakan. Aktiviti ini perlu disasarkan kepada murid
sekolah dan golongan belia yang lain. Program ini penting
untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan ..................... Sekiranya kempen tersebut
mendapat sambutan atau kerjasama yang padu daripada
anggota masyarakat, tidak mustahil sekiranya pandangan
negatif masyarakat kita terhadap barangan tempatan
selama ini bertukar menjadi positif.
KESIMPULAN
BERERTI
MENYIMPULKAN PERKARA YANG TELAH
DIPERKATAKAN
DIIKUTI OLEH
CADANGAN/HARAPAN/PANDANGAN
KESIMPULAN

Sentuh isu ulas isi beri pandangan


Tajuk: Faktor pencemaran + langkah mengatasinya

Pencemaran alam sekitar tidak harus dipandang


ringan. Masalah ini berpunca daripada berbagai-bagai
faktor. Meskipun begitu, sikap masyarakat yang tidak
mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar
merupakan faktor utama. Untuk mengatasi masalah ini,
pelbagai usaha dapat dilakukan. Walaupun begitu,
peranan semua pihak untuk menangani gejala ini
merupakan tindakan yang paling berkesan. Sehubungan
dengan itu, usaha untuk memberikan kesedaran kepada
orang ramai tentang masalah ini perlu ditingkatkan.
Melalui kerjasama semua pihak, usaha yang
dilaksanakan diharap akan membuahkan kejayaan.
Hayatilah slogan, Cintailah Alam Sekitar.
Kemasukan pekerja asing ke negara ini terbukti
mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada
penduduk tempatan. Keadaan ini boleh menghilangkan
kepercayaan penduduk tempatan terhadap kerajaan,
sekali gus menjejaskan kestabilan politik negara.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan hendaklah
mengambil langkah yang berkesan bagi mengurangkan
kemasukan mereka agar kesejahteraan hidup rakyat
negara ini terjamin. Penduduk tempatan pula hendaklah
mengisi kekosongan peluang pekerjaan di negara ini
agar majikan tiada alasan yang kukuh untuk membawa
masuk pekerja asing ke negara ini.
Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa remaja,
khususnya pelajar sekolah boleh melaksanakan
pelbagai cara untuk mengharumkan nama sekolah.
Namun begitu, usaha tersebut tidak mungkin menjadi
realiti tanpa kesedaran remaja.
Sehubungan dengan itu, peranan semua, terutama ibu
bapa, guru, dan masyarakat amatlah penting untuk
meningkatkan kesedaran remaja tentang tanggungjawab
mereka untuk mengharumkan nama sekolah.
Apabila golongan remaja menghayati slogan Sekolah
Kita Tanggungjawab Kita, sudah tentu aset penting
negara ini akan berusaha untuk mengharumkan institusi
yang mulia ini.
Peribahasa

1. besar pasak dari tiang


2. indah khabar dari rupa
3. sediakan payung sebelum hujan

Pendapat tokoh

Jangan sekali-kali kamu berbelanja dengan


wang yang belum kamu peroleh.
(Thomas Jeferson, mantan presiden AS)
Membina ayat daripada peribahasa
W T P
Sikap Rosli yang tidak lagi menghiraukan
keluarga angkatnya setelah dia berjaya
menepati peribahasa bagai kacang lupakan
kulit.

W P T
Rosli bagai kacang lupakan kulit kerana dia
tidak lagi menghiraukan keluarga angkatnya
setelah dia berjaya.