Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Masalah tingkah laku disruptif membawa kesan negatif iaitu


mengurangkan masa instruktional serta mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Shumate dan Wills (2010) mendefinisikan tingkah laku disruptif
sebagai tingkah laku yang mengganggu pembelajaran atau
menghalang mesej dalam arahan atau kedua-duanya sekali.
Contoh tingkah laku disruptif ialah berdebat, mengejek, suka
memanggil nama, membuat bunyi yang tidak berhubungkait
dengan pembelajaran, bercerita dengan rakan, memanggil guru
dengan nama atau tiada nama tanpa mengangkat tangan terlebih
dahulu, bergerak daripada tempat duduk dan berjalan ketika
aktiviti pembelajaran dan melambaikan tangan tanpa keperluan
Shumate dan Wills (2010).
TINGKAH LAKU AGRESIF
Tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang dibuat oleh individu
dengan bermusuhan, berbahaya dan membinasakan, mencederakan
dan berniat menyakiti orang lain (Christiner (2006), Sears (1991),
Berkowitz (1993), Wiggins (1994)).
Tingkah laku agresif bukan sahaja menggangu tetapi juga berbahaya
kepada persekitaran
Contoh tingkah laku agresif ialah ponteng sekolah, berteriak, berjalan
di sekitar kelas, mengganggu rakan, memukul atau bergaduh,
mengabaikan guru atau pendidik, melawan, bergaduh secara
berlebihan, mencuri, memusnahkan harta benda sekolah,
mengabaikan arahan, tidak jujur, berperangai dan sentiasa malas
untuk menyiapkan tugasan.
TANTRUM
pelajar disleksia mengalami masalah hilang daya tumpuan dalam bilik
darjah. Pelajar disleksia turut menunjukkan tingkah laku agresif dan
suka melanggar peraturan (Willcut dan Pennington, 2000).
Tantrum juga adalah salah satu tingkah laku disruptif yang akan
menganggu pelajaran kanak-kanak yang akan menyebabkan
gangguan kepada kanak-kanak lain yang berkongsi kelas yang sama.
Johnny Matson (2009), beliau menyatakan bahawa tantrum adalah
tingkah laku bermasalah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar
Asperger Sindrom Disorder (ASD).
Rita Eka Izzati (2005) menyatakan bahawa tantrum adalah suatu
letupan amarah yang sering terjadi pada kanak- kanak ketika
menunjukkan sikap negatif atau penolakan.
HIPERAKTIF
Menurut Mohd Fadli et al (2016) dalam (Jamila, 2005)
menyatakan tingkah laku hiperaktif adalah istilah yang
digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah
laku yang terlampau aktif dan mengganggu serta
mempunyai tumpuan yang singkat dalam sesuatu
masa.
Perilaku hiperaktif sering terjadi terhadap kanak-kanak
ADHD kerana tidak dapat mengawal sikap dan tindakan
mereka.
Mereka sering meninggalkan tempat duduk di dalam
kelas, sering lari dan naik ke atas meja kerusi,

Anda mungkin juga menyukai