Anda di halaman 1dari 11

ORGANISASI DAN

MASYARAKAT
ASSOC. PROF. HJ MUSA AHMAD
HP 012-6360703
EMAIL: qiraat7@yahoo.com
PENGENALAN
Menganalisis proses dan permasalahan
pengurusan organisasi dalam konteks sosiologi
mencakupi entiti dalaman dan luaran organisasi
yang sentiasa mengalami perubahan.
BAB 1 : Konsep-konsep utama dalam bidang
organisasi dan masyarakat.
BAB 2 : Teori-teori Sosiologi
BAB 3 : Manusia,Masyarakat , Organisasi,
Pengurusan dan Tempat Kerja.
BAB 4 : Penstrukturan dan Stratifikasi Sosial
BAB 5 : Persekitaran Sosial dan Organisasi
BAB 6 : Isu-isu Dalam Organisasi dan
Masyarakat
BAB 1
Kajian Sosiologi
1. Thompson & Hickey (2002) iaitu sosiologi adalah
kajian saintifik dan sistematik dalam bidang tingkah
laku manusia, kumpulan sosial dan masyarakat.
2. Berger (1963) berpendapat bahawa sosiologi
bukannya amalan tetapi adalah suatu proses untuk
memahami. Ini memerlukan pengkaji sosiologi perlu
melihat sesuatu aktiviti hariannya dalam keadaan
sedikit berbeza dari orang lain.
3. Giddens (1993) mendefinisikan sosiologi sebagai kajian
mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-
kumpulan dan masyarakat. Kajian sosiologi
membolehkan manusia memahami bagaimana
pengaruh-pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan
mereka.
4. Waters (1994) menegaskan bahawa perkara
yang dikaji dalam bidang sosiologi adalah jelas
iaitu fenomena sosial yang berfokuskan
hubungan serta interaksi di antara manusia.
5. Vander Zander (1996) pula menyifatkan
sosiologi sebagai kajian berhubung dengan
interaksi sosial dan masyarakat.
6. Jary dan Jary (1995) berpendapat sosiologi
merupakan suatu bidang kajian yang secara
saintifik mengkaji masyarakat dari pelbagai
sudut termasuk melihat peranan masyarakat,
bentuk organisasi sosial, perkembangan
kebudayaan serta jenis-jenisnya.
7. C. Wright Mills (1959) memperkenalkan
konsep imaginasi sosiologikal dalam memahami
bidang sosiologikal.
Tujuan Mempelajari
Sosiologi
(a)Bagi memahami situasi sosial
(b)Penggubalan polisi
(c)Menilai keberkesanan sesuatu polisi
(d)Kesedaran sosial
(e)Kesedaran mengenai perbezaan budaya
(f) Panduan reformasi sosial
(g)Panduan dalam menyelesaikan masalah
sosial
(h)Mekanisma Perundingan dalam Organisasi
KAJIAN MASYARAKAT DAN
ORGANISASI
Masyarakat sering dimaksudkan sebagai satu
kumpulan orang yang mempunyai persamaan
dalam banyak perkara dan mempunyai
perhubungan yang rapat antara satu sama lain
dalam sempadan wilayah tertentu.
Nadel (1953), masyarakat adalah satu
kumpulan manusia yang terikat dalam sesuatu
kesatuan, iaitu bertindak secara berintegrasi
dan tetap, bersifat agak kekal dan stabil.
Kajian ke atas organisasi pula dianggap
sebagai suatu bidang yang penting dalam
zaman moden ini. Organisasi telah lahir dalam
pelbagai saiz dan pengaruh.
Peter Drucker (1986) menyifatkan
masyarakat moden adalah masyarakat
organisasi. Manusia organisasi (the
organizational man) merupakan satu kumpulan
manusia yang paling dominan dalam
masyarakat moden serta mempunyai
pengaruh politik dan ekonomi serta strata
sosial.
Organisasi telah berkembang dengan luas
sejak revolusi perindustrian pada abad ke-19
dan memperlihatkan perkembangan yang lebih
besar pada abad-abad mendatang untuk
menyebarkan kuasa, pengaruh dan kawalan
terhadap kegiatan manusia.
PENGERTIAN ORGANISASI
SECARA UMUM
1. Etzioni (1970) organisasi adalah unit sosial
(manusia) yang dibina atau dirancang semula
bagi mencapai matlamat tertentu.
2. Homans (1950), berpendapat bahawa
organisasi seolah-olah sebuah syarikat yang
besar dan rasmi sama ada dimiliki oleh kerajaan
atau pihak persendirian dalam masyarakat
moden iaitu kecenderungan untuk wujuddalam
kelompok manusia.
3. Robbins (1993) pula mendefinisikan
organisasi sebagai koordinasi unit sosial
mengandungi dua atau lebih individu yang
berfungsi secara berterusan berdasarkan
asas untuk mencapai matlamat.
Ciri-Ciri Organisasi
Antara ciri-ciri organisasi adalah
seperti berikut:
(a) Perhubungan sosial
(b) Matlamat
(c) Formalisasi
(d) Sempadan
PENGERTIAN ORGANISASI
SECARA SOSIOLOGIKAL
Weber menumpukan hal-hal organisasi seperti
autoriti dan interaksi.
Merton pula mengemukakan bahan-bahan empirikal
untuk bahan-bahan kajian organisasi (iaitu apabila
membuat kajian boleh buat ujian terhadap data
tersebut) menggunakan kaedah saintifik.
Dari perspektif sosiologi, ianya meneliti
keberkesanan proses pencapaian matlamat melalui
usaha secara bersama (kolektif), mengkaji
bagaimana integrasi kolektif wujud dan menilai
aspek penyusunan dalam organisasi (contoh
hirarki).
Kajian sosiologi organisasi adalah
penting memandangkan organisasi
adalah satu bentuk kumpulan sosial.
Terdapat beberapa klasifikasi
kumpulan sosial, kumpulan,
organisasi/institusi dan masyarakat
di mana membantu manusia
memahami dunia sosial.
Organisasi mampu membentuk
individu melalui personaliti dan
emosi (contoh,media atau
organisasi kawalan sosial).

Anda mungkin juga menyukai