Anda di halaman 1dari 33

C 3010

KEJURUTERAAN JALAN RAYA

Disediakan oleh:
Muhammad Sadli bin Abdllah
Pensyarah Jab. Kejuruteraan Awam
Politeknik Port Dickson
Pengenalan Kejuruteraan Jalanraya
• Struktur Jalan raya
• Profesion Pengurusan dan Pentadbiran Jalanraya
• Sejarah Jalan raya
• Kategori Jalan Raya
• Organisasi/Agensi Pengurusan &Pentd Jalan raya
• Piawaian
Struktur Jalan raya
• Jalan raya
Jalan besar/main road yang menghubungkan satu
kawasan dengan kawasan yang lain.

Ciri-ciri jalan besar:-


- digunakan untuk kenderaan bermotor
- digunakan untuk org awam
- dibiayai oleh badan awam
- penggunaanya tertakluk kepada undang-undang
pengangkutan.
Profesion dalam Kej. Jalan raya
• Jurutera
Mengawasi kerja-kerja berkaitan pembinaan dengan jalan
raya.

• Arkitek
Terlibat dalam merekabentu jenis jalan raya yang
diperlukan mengikut kehendak yang ditetapkan.

• Kontraktor
Melaksanakan dan menyiapkan projek pembinaan jalan
raya mengikut terma yang dipersetujui
Sejarah Jalan raya
• Tamadun Manusia
• Menjadikan negara moden
• Pertambahan Jalan raya
• Denai/Alur kecil
• Tambakan
Sejarah Pembinaan Jalan raya
• Zaman Dahulukala
• Zaman Rom Purba
• Zaman Selepas Rom
• Zaman Moden
Zaman dahulukala
• Jalanraya mula dibina kira-kira 5000 tahun
dahulu sejak bermulanya rekaan roda untuk
kereta kuda dan lembu. Ianya terdapat di
Mesopotamia, China, Persia, Mesir, India dan
Yunani. Jalan raya ringkas dengan hanya
mempunyai permukaan keras untuk menahan
beban kenderaan seperti Chinese Silk Route. Batu
dan mortar digunakan pada jalan-jalan di Mesir
dan India. Jalan-jalan yang berturapkan bata dan
asfal telah dijumpai di Babylon, Mesotamia.
Zaman Rom Purba
• Zaman Rom Purba merupakan era pembinaan
jalan yang lebih sistematik dan merupakan asas
kepada pembinaan jalanraya moden. Jalan Rom
meliputi dari pusat Bandar Rom ke penjuru
empayarnya. Jalan lebih tinggi dari permukaan
tanah dan struktur pembinaan terdiri dari tiga
kelas iaitu jenis permukaan:-
- permukaan yang diratakan
- permukaan berkerikil
- permukaan berturap
Jalan Roman
Zaman Selepas Rom
• Setelah jatuh zaman empayar roman, pembinaan
jalan raya turut mengalami kejatuhan. Jalan-jalan
roman yang ada walaubagaimanapun masih
kekal digunakan terutama sebagai laluan
perdagangan di darat.
• Tiada pembangunan baru terhadap pembinaan
jalan sehingga kurun ke 18 di mana pembinaan
jalan moden mula berkembang.
• Pembinaan Jalan baru pada masa itu ialah:
- Jalan Telford
- Jalan Macadam
Jalan Telford

Formasi mendatar

a. adalah lapisan permukaan 1.5” batu kelikir yang


dibasahkan dan dibiarkan mampat oleh trafik
b. dan c. ialah dua lapisan masing 2” dan 4” tebal batu
pecah yang dimampatkan oleh trafik
d. lapisan bawah yang dibina dengan menyusun batu
bersaiz 3”-8” dengan tangan seperti yang telah
dinyatakan. Ruang kosong diantaranya di isi dengan
serpihan batu.
Jalan Macadam

Jalan dikamber dengan kecerunan 1:60 hingga 1:80

a.Lapisan permukaan 2” tebal terdiri daripada batu


saiz 1” yang dimampatkan oleh rammer dan
kemudian oleh trafik yang akan menggunakanya.

b. dan c. ialah dua lapisan tapak masing-masing 4”


tebal terdiri daripada batu saiz 3”.
Photograph of Macadam Road, ca 1850's -Nicolaus, Construction of the first macadamised road in the United
CA, from the Sutter County Library [12] States (1823). In the foreground, workers are breaking
stones "so as not to exceed 6 ounces in weight or to
pass a two-inch ring". [1] (Painting by Carl Rakeman)
Macadam Country Road (Picture by Shari New Macadam Road construction at McRoberts, KY: pouring
Weinsheimer tar, 8/28/1926 National Museum of American History
Zaman Moden
• Pembinaan Jalan Moden terdiri dari 2 jenis

i. Jalan Turapan Lentur


ii. Jalan Turapan Tegar
Jalan Turapan Lentur
• Pembinaan jalan ini merupakan pembinaan yang
biasa didapati.
• Ia merupakan satu struktur yang dibina dalam
beberapa lapisan.
• Istilah biasa “Jalan Tar”
• Lapisan dalam turapan ini:-
- Lapisan atas
- Lapisan tapak
- Lapisan ke tapak
Jalan Turapan Tegar
• Turapan ini dibina dari papak konkrit
• Bertetulang atau tidak bertetulang
• Papak konkrit disambung secara memanjang dan melintang.
• Lapisan ketapak hanya akan disediakan jika dibina di atas
tanah bawah subgred yang lemah.
• Ketebalan papak konkrit adalah bergantung kepada jenis
tanah bawah, berat tetulang dan beban trafik yang akan di
tanggung.

Papak konkrit
Ketapak
Perkembangan Pembinaan Jalan Raya
PIERRE TRESAGUET
ROBERT PHILIPS
JOHN METCALF
Klasifikasi Jalan
• Lebuhraya
• Jalan raya kebangsaan/laluan persekutuan
• Jalan raya negeri atau wilayah
• Jalan perbandaran
• Jalan-jalan lain termasuk jalan kampung/estet
Lebuh raya
• Lebuhraya disediakan untuk kenderaan
bergerak terus dengan jalan keluar/masuk
terkawal dan selalunya melibatkan
persimpangan bertingkat.
• 2 lorong sehala dan satu lorong kecemasan
• 3 lorong sehala dan satu lorong kecemasan
• Kemudahan R & R, perkhidmatan telefon
kecemasan.
Jalan Persekutuan
• Federal Road
• Jalan raya diwartakan di bawah ordinan jalan persekutuan dan merupakan jalan-
jalan yang menyambungkan ibu negeri, lapangan terbang, stesen keretapi dan
pelabuhan.
• Jalan-jalan FELDA dan skim tanah yang dibina menggunakan peruntukan kerajaan
Persekutuan dikategorikan JP.
• 3 laluan utama:-
- Laluan Persekutuan I
Menghubungkan bandar-bandar besar di Pantai Barat Semenanjung
- Laluan Persekutuan II
Menghubungkan PB dengan PT Semenanjung Malaysia bermula dari KL
hingga Kuantan
- Laluan Persekutuan III
Menghubungkan bandar-bandar utama di PT Semenanjung Malaysia
bermula dari Kuantan ke KB
Jalan Raya Negeri
• State Road
• Cabang dari laluan Persekutuan untuk hubung
bandar dan pekan dalam sesebuah negeri.
• Jalan raya negeri menjadi sistem peredaran
utama di dalam sesebuah negeri.
• Peruntukan pembinaan dan penyelenggaraan
menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dan
dilaksanakan JKR negeri.
Jalan Perbandaran
• Jalan Tempatan
• Dibawah bidang kuasa Majlis Tempatan spt
dewan bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis
Daerah Kerajaan Tempatan dan sebagainya.
• Tanggungjawab penyelenggaraan kepada majlis
tempatan berkenaan.
• JKR daerah turut membantu selenggara sekiranya
keupayaan tenaga kerja Majlis Tempatan terhad.
ORGANISASI PENTADBIRAN JR
• UNIT PERANCANG DAN EKONOMI (EPU)
• LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)
• JABATAN KERJA RAYA (JKR)
• JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
• LEMBAGA PERLESENAN KENDERAAN PENGANGKUTAN
(LPKP)
• PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
• PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG (POLIS)
• PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH
• JABATAN ALAM SEKITAR
PIAWAIAN DAN PENGELASAN JALAN

• BAGI TUJUAN REKABENTUK, PEMBINAAN DAN


PENYELENGGARAAN, JALAN RAYA
DIKELASKAN MENGIKUT JKR IAITU MENGIKUT
JENIS UBIN(PAVEMENT) DAN BAHAN
PEMBINAAN SERTA MENGIKUT SIFAT-SIFAT
GEOMETRI JALAN
PIAWAIAN UBIN
UNTUK TUJUAN PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN
UBIN JALAN DIBAHAGIKAN KEPADA 6 KELAS IAITU

KELAS KAEDAH PEMBINAAN


A1 PERMUKAAN BERKONKRIT
A2 PERMUKAAN KERAS BITUMINOUS
METALLED
B PERMUKAAN KERAS WATERBOUND
METALLED
C PERMUKAAN KERAS BITUMINOUS SEALED
D PERMUKAAN KELIKIR GRAVELLD
WATERBOUND
E PERMUKAAN TANAH
Tahukah anda?
• Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di
wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat
daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti 'antara dua sungai')[1]
merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan
Euphrates, sebahagian besarnya termasuk dalam yang kini Iraq moden.[1][2]
[3] and western part of Iran.[4][5][6] Jelasnya, tamadun ini terletak di antara
sungai Tigris dan Sungai Furat (Euphrates) yang dalam bahasa Arab,
tamadun ini turut dikenali sebagai‫رين‬C‫ه‬C ‫ينن‬CCC‫( ب‬Bayn Nahrain: antara dua
sungai). Wilayah Mesopotamia yang seluas 130 000 batu persegi
dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian timur laut dan dataran tinggi
Arab di barat daya. Ia menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke
pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi.Sumer di selatan
Mesopotamia biasanya dikenali sebagai "Buaian Tamadun (
Cradle of civilization)". Bandar di Mesopotamia kemudian dijadikan ibu
kota Akkad, Babylonia, Assyria, Mitanni, Assyrian-Baru, Babylonia-Baru,
Parthia, Sassanid dan empayar Abbasid. Pada masa yang lain, kawasan ini
diperintah oleh kuasa asing, terutamanya Empayar Achaemenid,
Macedonia/Seleucid, Rashidun, Umayyad, Ottoman dan British empires.
TUGASAN
TERANGKAN FUNGSI BAGI SETIAP JABATAN/UNIT/BAHAGIAN
DI BAWAH TERHADAP PEMBANGUNAN JALAN RAYA DI
MALAYSIA. (
• UNIT PERANCANG DAN EKONOMI (EPU)
• LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)
• JABATAN KERJA RAYA (JKR)
• JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
• LEMBAGA PERLESENAN KENDERAAN PENGANGKUTAN (LPKP)
• PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
• PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG (POLIS)
• PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH
• JABATAN ALAM SEKITAR
• KULIT HADAPAN (HIJAU)
• LOGO POLITEKNIK & LOGO KPT
• NAMA/NO PENDAFTARAN
• NAMA PENSYARAH
• ISI KANDUNGAN
• MUKA SURAT
• JENIS TULISAN (NEW TIMES ROMAN) SIZE 12
• PARAGRAPH (1.5)
• PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai