Anda di halaman 1dari 36

EDUP 3013

Kumpulan 4
ANBARASI A/P
REVATHI A/P RAJENDRAN
VARATHARAJOO

SARATHA A/P RAJA RAHMAN


TAJUK TUGASAN
4
Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara
pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan
oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut.
Dengan berpandukan kepada pernyataan FPK,
adalah difahamkan bahawa:

(1.Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha


berterusan) ke arah (2.memperkembangkan lagi potensi
individu) (3.secara menyeluruh dan bersepadu) untuk
mewujudkan (4.insan yang seimbang dan harmonis) dari
segi JERI berdasarkan (5.kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.)

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang


(6.berilmu pengetahuan), (7.berketrampilan), (8.berakhlak
mulia), (9.bertanggungjawab) dan (10.berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri) serta (11.memberi
sumbangan) terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut,
maka dapat diringkaskan seperti berikut

Elemen elemen dalam


FPK

Pendidikan suatu usaha berterusan


Memperkembang potensi individu
Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Insan yang seimbang dan harmonis
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejateraan diri
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan
kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi
insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta
berahlak mulia.

Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan


sepanjang hayat.
Pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai
pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah
dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah
menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, sekolah
dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan tinggi,
tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara
kendiri berbentuk ICT, secara on-line dan melalui media massa.

Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita menghadapi dan


menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya
perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.

Pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.


Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan
potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya.

Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi


dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti.

Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri.

Usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk,


memperkembangkan dan meningkatkan bakat serta keupayaan.
Pendidikan memainkan peranan utama dalam
memperkembang potensi individu.

Setiap potensi boleh berkembang ke tahap cemerlang jika


diberikan peluang yang secukupnya.

Usaha untuk memperkembang potensi individu perlu


dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-
sungguh.
Perkembangan unsur intelek
Memberi tumpuan kepada
ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M
(membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk
memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat
memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain,
termasuk kemajuan negara.

Perkembangan unsur jasmani


Penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu,
seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti
menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah
dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran
teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal
secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali
ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan
kepada kemajuan negara.
Perkembangan unsur emosi

Emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat,
iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal,
memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang
muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran
menilai dan menghargai keindahan dan kesenian

Perkembangan unsur rohani

Penekanan tumpuan ialah kepada sifat kejiwaan dan kebatian, iaitu


mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta,
menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk
dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.
Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan
sempurna jika dilakukan secara berasingan.

Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu.

Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan,


bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna,
aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping
kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.

Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan


ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan
kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang

Berilmu pengetahuan Bertenaga mahir

Mempunyai jiwa dan Mempunyai kepercayaan


fikiran yang tenteram kepada Tuhan

Kematangan emosi dan Tubuh badan sihat dan


sosial cergas

Berakhlak mahir
Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan
potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani,
telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan
dalam tahap optimum.

insan ini juga adalah individu yang memiliki kesedaran dan


keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara.

Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan


masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab
sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri,
keluarga, bangsa dan negara.
Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan
alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya,
dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan.

Manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah


dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir
dan memakmurkan alamnya.
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan
seperti mengakui wujudnya Pencipta

- mengakui manusia dan alam dijadikan oleh penciptanya,


- mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan
yang ditetapkan oleh Pencipta,
-menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam atau
menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perbuatan diri sendiri
- melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan
kejahatan.
Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka membaca,
cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk
manfaat diri dan orang lain.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat


yang memiliki ciri-ciri seperti :

mencintai ilmu
pengetahuan menambah ilmu
(gemar membaca) pengetahuan

meningkatkan dan berfikiran terbuka


menyebarkan luas dan
ilmu pengetahuan. mendalam.
rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran
sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara
dengan cekap dan sempurna.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang


memiliki ciri-ciri seperti:
kemahiran yang
sesuai dalam
berkelayakan yang sesuai perlaksanaan tugasan
berilmu dengan tugas yang secara cekap dan
pengetahuan dipertanggungjawabkan sempurna
menyaran rakyat perlu memiliki tingkah laku yang bersopan
santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam
kehidupan harian.

Secara umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah


rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti :

mengetahui yang mana keyakinan terhadap nilai murni dan


nilai baik dan mana yang menghayati nilai kerohanian
buruk kemanusian serta kewarganegaraan

mengamalkan perlakuan baik dan


mengelakkan perbuatan buruk.
rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap
Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan
cekap, bersih dan amanah.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang


memiliki ciri-ciri seperti:
mematuhi peraturan
menyedari tugas dan dan undang-undang
berusaha negara
tanggungjawab
meningkatkan
harus dilaksanakan
daya pengeluaran
dengan sempurna berusaha
memajukan diri,
keluarga dan
masyarakat
Melalui perkembangan potensi individu secara menyeruluh,
rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami
keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah


rakyat yang memiliki keupayaan seperti :

daya katahanan diri yang kuat untuk berfikiran waras dengan jiwa tenang,
menangani cabaran hidup tubuh badan yang sihat serta
perhubungan yang baik.
Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh menggunakan
tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

Rakyat malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti :

menguasai kemahiran sains


memupuk keharmonian keluarga,
dan teknologi untuk perkembangan
semangat kerjasama dan perpaduan
negara.
Pentaksiran kurikulum harus
berdasarkan aspek-aspek berikut:
Objektif-objektif
Pengetahuan
Pengalaman Pembelajaran
Penilaian
ALAT BANTU
MENGAJAR

BIMBINGAN
STRATEGI
DAN
PEMBELAJARAN
KAUNSELING

GURU
KAITKAN
NILAI MORAL DENGAN
PENGALAMAN

MENGADAKAN
PENILAIAN
Alat Bantu Mengajar
Dalam pelaksanaan kurikulum, guru harus menggunakan alat
bantu mengajar yang lebih menarik dan berinovatif.
Guru perlu mempelbagaikan alat bantu mengajar yang sejajar
dengan kehendak objektif pelajaran.
Guru perlu mempunyai kreativiti untuk mereka mengajar dan
menggunakkan bahan yang sedia ada.
CONTOH BAHAN PENGAJARAN :
Buku teks, buku Kad imbasan,
rujukan carta

Slaid, pita Modul


rakaman pengajaran
Strategi Pembelajaran
Dalam perancangan pengajaran, strategi pengajaran harus
dipilih dengan baik agar dapat membina dan mengukuhkan
minat pelajar.
Pembelajaran yang sesuai dapat membolehkan pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti
pelajaran.
Seterusnya, pelajar menguasai kemahiran yang hendak
disampaikan dan akan mengalami suatu pelajaran yang
bermakna.
CONTOH TEKNIK PEMBELAJARAN BERDASARKAN SITUASI:
SIMULASI,
BERCERITA PERBINCANGAN
LAKONAN
Kaitkan Dengan Pengalaman
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka
memahami topik yang diajar.

Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan


pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka
memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi.

Perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh guru sepatutnya


mudah difahami dan penerangannya jelas dan padat.
Mengadakan Penilaian
Penilaian dilakukan untuk meninjau keberkesanan
pengajaran dan pencapaian objektif pembelajaran.
Menentukan sejauh mana pelajar Memperoleh dan
menguasai pengetahuan

Kemahiran yang
disampaikan
Menguji perkara-perkara yang telah
Perkara-
perkara yang disampaikan
diambil kira
dalam Mengukur keseluruhan pembelajaran
penilaian
Mempelbagaikan bentuk penilaian
Nilai Moral
Guru harus melahirkan Bersatu padu, demokratik
para pelajar seperti:

Progresif dan berdisiplin


yang berseimbang dari
segi JERI seperti dalam
FPK.

Ini bermaksud guru bertanggung jawab bagi melahirkan


anak murid yang memiliki sikap kenegaraan serta sikap
patriotisme. Ini boleh diterapkan dalam pelajaran moral.
Bimbingan Dan Kaunseling
Tanggungjawab utama guru:

Mengawal disiplin pelajar supaya proses pembelajaran berjalan lancar.

Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan, dan


mengawal tingkah laku mereka.
Disiplin dibentuk berdasarkan kesedaran terhadap keperluan dan tanggungjawab
kepada pelajar.

Jika, segala nilai-nilai disiplin dan bimbingan ditanam di dalam jiwa pelajar sejak
Di sekolah, masalah dapat dikawal.
Pendidikan merupakan acuan bagi melahirkan masyarakat yang
berjaya membentuk dan membina negara serta mampu
memajukan dan meletakkan negara ke tahap yang paling baik.
Hanya pendidikan mampu mengubah sikap masyarakat. Falsafah
Pendidikan sebenarnya ialah resipi yang digunakan untuk
membentuk masyarakat di sesebuah negara. Resipi pendidikan ini
haruslah sesuai dengan keadaan sesebuah negara. Masyarakat dan
ekonomi merupakan impak yang besar bagi melahirkan resipi ini.
Rujukan
Buku
(2012). In L. K. Noriati A.Rashid, Falsafah Pendidikan di Malaysia (p. 206). Kuala
Lumpur: OXFORD FAJAR.

(2008). In C. L. Phd, Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk program ijazah


sarjana muda perguruan (p. 228). Shah Alam: U.G Press Sdn Bhd.

(2008). In B. P. Ying, pedagogi 1 ( semester 2) (p. 152). Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn.Bhd.

Internet
http://zackzahran.blogspot.com/2010/03/1.html
http://limineddie.blogspot.com/2013/03/bagaimana-guru-dapat-
menjayakan.html
http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/peranan-sekolah-dalam-
merealisasikan.html
http://oh-cikgu.blogspot.com/2009/04/peranan-sekolah-dalam-
merealisasikan.html

Anda mungkin juga menyukai