Anda di halaman 1dari 8

Expansion and Contraction

Pengembangan dan Pengecutan


Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan
fizikal bahan.
8.
Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu
akan mengembang dan bertambah saiznya.
9.
Apabila sesuatu bahan disejukkan, bahan itu
akan mengecut dan berkurang saiznya.

(a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal


1.
Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan
perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.
2.
Contoh pengembangan pepejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan
memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan
bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.
3.
Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal

i.
Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya bertujuan
untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari
panas.

ii.
Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini
bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam
yang lebih sejuk.
(b) Pengembangan dan Pengecutan Cecair
1.
Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan
mengecut apabila disejukkan.
2.
Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih
banyak daripada pepejal.
3.
Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair

Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam


termometer membolehkan kita menyukat suhu
sesuatu bahan.
(c) Pengembangan dan Pengecutan Gas
1.
Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang
dan mengecut.
2.
Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah
paling banyak berbanding pepejal dan cecair.
3.
Aplikasi pengembangan gas

Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil


daripada penapaian yis (ragi) mengembang apabila
adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan
roti.