Anda di halaman 1dari 4

Tema 2 : Warga Penyayang

Unit 6 : Terima Kasih


Tajuk : Sekolah Saya Ceria

Kelas: 4K
Kai Chun dan kawan-kawannya mengadakan aktiviti mengemaskan dan
membersihkan sekolah. Mereka ingin menceriakan sekolah.
Mula-mula, Kai Chun dan kawan-kawannya membaiki meja dan kerusi
yang rosak. Meja dan kerusi yang tidak dapat dibaiki telah dileraikan.
Kayu-kayu tersebut dijadikan sebagai pagar taman herba sekolah.
Nisah, Siew Min dan Ratna pula mengecat bilik darjah. Mereka mengecat
dengan warna yang dipilih oleh guru. Warna memainkan peranan
penting supaya kelihatan menarik.
Aznan dan Herina mengemaskan buku-buku di pondok bacaan. Buku-
buku disusun dan disimpan di rak. Rak-rak itu dilabelkan supaya murid-
murid dapat meletakkan buku-buku pada tempatnya.
Selepas tamat aktiviti itu, guru besar mengucapkan terima kasih dan
mengadakan jamuan untuk mereka di kantin. Kai Chun dan kawan-
kawannya sangat seronok. Sekolah mereka semakin ceria.
Permainan
Boling
Jaw ap a n 1. membersihkan
2. dibaiki
3. dileraikan
4. kelihatan
5. dilabelkan
6. meletakkan
7. mengucapkan

Anda mungkin juga menyukai