Anda di halaman 1dari 15

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

Konsep Cuaca dan Iklim


- Merujuk kepada suhu, hujan, angin, kelembapan
udara di sesuatu tempat. Namun ada perbezaan
dari segi tempoh masa dan keluasannya.
- Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang
sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.
- Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca
dalam tempoh 35 tahun dan meliputi skala yang
luas .
UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM.

Suhu
Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.
Datangnya dari sinaran/bahangan matahari.
Kerpasan

Merangkumi hujan, salji, hujan batu, dan hujan


beku.
Kelembapan udara

Jumlah wap air yang ada dalam udara.


UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM.
Awan
Merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter
antara 0.02-0.06 mm serta terapung-apung di udara.
Tekanan Udara
Merupakan tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera
terhadap permukaan bumi.
Angin
Merupakan udara yang bergerak secara mendatar.
Angin bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke
tekanan udara rendah.
SINARAN DAN BAHANGAN
Bahangan Suria atau Bahangan Matahari
- Matahari merupakan satu jisim sfera yang bersar yang
terdiri daripada hidrogen dan helium. Dianggarkan 72%
gashidrogen dan 27% gas helium. Bahangan /tenaga
matahari berpunca daripada perubahan hidrogen kepada
helium yang berlaku dalam teras matahari.
- Tenaga yang dikeluarkan oleh matahari dihantar terus
melalui angkasa lepas ke bumi dalam bentuk gelombang
elektromagnet yang tidak memerlukan sebarang medium
sebagaimana proses pengaliran dan perolakan.
- Gelombang elektromagnet yang dikeluarkan oleh matahari
adalah gelombang pendek kerana suhu matahari yang
sangat tinggi (kira-kira 6000C).
SINARAN DAN BAHANGAN
Bahangan Bumi atau Bahangan Terestrial.
- Setelah menerima dan menyerap bahangan
matahari atau sinaran matahari pada waktu
siang, maka bumi akan membebaskan
bahangannya pada waktu malam.
- Pembebasan bahangan ini berlaku dalam
bentuk gelombang panjang kerana suhu bumi
jauh lebih rendah berbanding dengan suhu
matahari.
IMBANGAN HABA

Konsep
- Jumlah bahangan matahari yang sampai ke
bumi pada waktu siang adalah sama dengan
jumlah bahangan yang dibalikkan oleh bumi
pada waktu malam supaya bumi tidak terlalu
panas atau terlalu sejuk.
EARTH-ATMOSPHERE ENERGY BALANCE DIAGRAM

100% of the incoming energy from the sun is balanced by 100% percent total
energy outgoing from the earth.
PROSES-PROSES YANG TERLIBAT DALAM
IMBANGAN HABA
Apabila sinar suria menembusi lapisan
atmosfera dan menuju ke bumi ia akan
diserak, dipantul dan diserap oloeh ozon,
molekul udara, wap air, debu, hablur ais serta
bahan-bahan pencemar udara seperti karbon
dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen oksida, hidrokarbon dll.
PROSES SERAKAN
Partikel-partikel akan menyelerak bahangan matahari secara
mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.
- Serakan Rayleigh: Berlaku apabila saiz partikel lebih kecil
berbanding dengan jarak gelombang menyebabkan langit
berwarna biru pada siang hari.
Serakan Mie : Berlaku sekiranya saiz partikel sama besar
dengan jarak gelombang. Banyak dilakukan oleh partikulat di
dalam jerebu, seperti debu, habuk terampai dll, menyebabkan
langit berwarna kekuningan pada waktu tengah hari.
PROSES SERAPAN
Juga dilakukan oleh partikel-partikel di atmosfera dan
stratosfera.
Paling efektif dilakukan oleh wap air, karbon dioksida
dan ozon.
Dari jumlah 100% bahangan matahari 36% dibalikkan.
64% akan mengalami penyerapan: Contohnya ozon
menyerap 2% daripada sinaran matahari terutamanya
sinar lembayung (UV)
Lebihan bahangan yang masuk ke atmosfera bumi
(62%) akan diserap oleh wap air, habuk, debu, karbon
dioksida dan awan sebanyak 15%. Selebihnya 47%
akan sampai ke bumi
PROSES BALIKAN/PANTULAN
Bahangan matahari apabila terkena partikel sebahagiannya
akan dibalikkan semula ke angkasa secara menegak.
Banyak dilakukan oleh partikel yang berwarna cerah. Contoh:
manik-manik hujan.
Proses pantulan tidak akan mempengaruhi warna langit, Cuma
keamatan cahaya sahaja. Misalnya langit kelihatan gelap
apabila terdapat kadar pantulan yang tinggi. Semakin tebal
awan semakin tinggi kadar pembalikan.
PROSES ALBEDO
Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu
permukaan bumi.
Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin tinggi
jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan.
Nilai albedo berbeza antara tempat berlainan bergantung
kepada sifat permukaan bumi tersebut. (Rujuk Jadual 11.2 ms
188)
TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai