Anda di halaman 1dari 14

PENGERTIAN QIRAAT

Qiraat adalah satu bentuk masdar daripada


qaraa atau jamak daripada qiraah yang ertinya
bacaan.
Menurut istilah, qiraat adalah satu mazhab
(aliran) pengucapan al-Quran yang dipilih oleh
salah seorang Imam qurra sebagai suatu
mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya.
Ia membawa maksud perbezaan-perbezaan
dalam membaca al-Quran, iaitu perbezaan lafaz-
lafaz al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara
mengucapkannya dari segi tebal nipis, panjang
pendeknya dan sebagainya.
Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani menyatakan:
"Qiraat ialah suatu mazhab yang dipilih oleh imam
qiraat yang mana antara satu dengan lainnya tidak
sama dalam menuturkan al-Quran."
Muhammad Salam Muhsin : Qiraat adalah satu ilmu
yang membahaskan tentang cara pertuturan kalimat-
kalimat al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan
menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang Imam
pakar qiraat.
Muhammad Ali Shabuni mengatakan: "Qiraat ialah
suatu cara daripada beberapa cara mengucapkan al
Quran yang masing-masing imam itu memilih satu
cara yang berbeza dengan yang lainnya dalam
mengucapkan Al-Quran.
Kesimpulan
Definisi-definisi tersebut di atas dapat
disimpulkan bahawa qiraat adalah suatu ilmu
pengetahuan mengenai cara-cara melafazkan al-
Quran secara praktikal dengan pengucapannya
yang baik, sama ada disepakati atau
diperselisihkan kesahihannya dengan
berpandukan kepada mazhab-mazhab yang
diakui sanadnya hingga sampai kepada
Rasulullah s.a.w.
Antara al-Quran dan al-Qiraat
Terdapat ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah
kedua-duanya merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

Imam Badruddin Azzarkashi menyatakan bahawa al-Quran dan


al-Qiraat adalah 2 hakikat yang berlainan. Ini kerana al-Quran
adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai
mukjizat dan keterangan. Sebaliknya al-Qiraat pula adalah
kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah
pembacaan seperti takhfif dan tashdid. Al-Qiraat juga tidak dapat
tidak diambil melalui proses talaqqi dan mushafahah.

Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa


Al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna.
Berdasarkan Al-Quran adalah masdar yang seerti dengan Al-
Qiraah. Al-Qiraat pula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau
kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.
Hukum Mempelajari Ilmu Qiraat

Ulama secara umumnya telah bersepakat bahawa


setiap ilmu tidak diberatkan ke atas setiap umat
Islam. Maka hukum mempelajarinya dan
mengamalkannya merupakan fardhu kifayah sama
ada dari ilmu agama atau ilmu dunia.
Maka, secara khususnya pada ilmu qirat, sama ada
dari segi mengetahui pembacaan dan
periwayatannya , dan beramal dengannya adalah
merupakan fardhu kifayah ke atas kaum muslimin.
Hukum Bacaan Qiraat
A. Hukum beramal dengan bacaan Qiraat
Qiraat Mutawatirah
Hukum beramal dengan bacaan Qiraat Mutawatirah adalah sama seperti
hukum beramal dengan bacaan al-quran iaitu membacanya diberikan
pahala khusus seperti yang tersebut di dalam hadith2 Rasul SAW. Qiraat
Mutawatirah ini boleh dibaca di dalam atau di luar sembahyang.
Wajah Qiraat yang pelbagai boleh dibaca walaupun di dalam satu
sembahyang, sebagai contoh bacaan al-Fatihah dibaca dengan Riwayat
Hafs dan bacaan surah selepasnya dibaca dengan bacaan Riwayat Syubah.
Tetapi harus diingat bahawa mesti terdapat Fasilah atau pembeza yang
jelas selang bacaan antara kedua-dua riwayat qiraat yang berbeza agar
tidak berlaku tarkib al-Qiraat atau talfiq al-Qiraat yakni percampuran
Qiraat (kaedah bacaan).
Qiraat Syadz
Hukum beramal dengan bacaan Qiraat Syadz adalah
berbeza dengan apa yang kita fahami tentang
hukum beramal dengan bacaan al-quran. Bagi
Qiraat Syadz ini kita digalakkan untuk mempelajari
dan mendalaminya kerana melalui Qiraat Syadz ini
kadang-kadang kita dapat mentafsirkan ayat-ayat al-
Quran dengan lebih tepat kerana kebanyakan Qiraat
Syadz adalah penambahan atau perincian bagi ayat-
ayat Quran seperti pada ayat Solatul wustho.. ada
Qiraat Syadz Solatul wustho Sholatul Asr...
Bacaan-bacaan ini menjadi Syadz kerana tidak
sempurna tiga Rukun Qiraat Mutawatirah. Tiga rukun
tersebut ialah :-

Sanad qiraat hendaklah sahih datang dari


Rasulullah s.a.w.
Menepati lughah (bahasa) arab yang fasih.
Menepati Rasm Mushaf Othman atau salah satu
darinya.

Jika salah satu rukun dari rukun-rukun tersebut tidak


terdapat dalam satu-satu bacaan, maka bacaan akan
ditolak atau di gelar Qiraat Syadz.
Qiraat Syadz ini terbahagi kepada pelbagai
kategori ada yang boleh diterima dan ada yang
ditolak secara terus seperti juga dalam
pembahagian hadis-hadis yang dikatakan datang
dari Rasul SAW.

Qiraat Syadz ini tidak boleh dibaca di dalam


sembahyang kerana ia bukanlah bacaan al-Quran
yang tepat atau sebenar, jika dibaca di dalam
sembahyang maka sembahyang itu akan batal
kerana menyebut perkataan selain al-Quran di
dalam sembahyang.
B. Hukum mengingkari bacaan Qiraat
Terdapat perbezaan di kalangan ulama mentafsirkan
perbezaan dan persamaan antara QIRAAT dan AL-
QURAN. Secara ringkasnya boleh difahami seperti
berikut :
1.Ulama yang berpendapat Qiraat dan al-Quran adalah
sama yakni seluruh bacaan Qiraat adalah al-Quran.
Maka mereka mengkategorikan kelompok yang
mengingkari Qiraat Mutawatir secara sengaja samada
salah satu wajah atau sebahagian atau satu huruf
sekalipun adalah KAFIR kerana mengingkari al-Quran.
2. Ulama yang berpendapat Qiraat dan al-Quran
adalah perkara yang sama tetapi tahap
penyampaian dan pemakluman bagi umat Islam
adalah berbeza . Para ulama telah membincangkan
adakah Bacaan Qiraat ini sampai pada tahap al-
Maklum min al-Deen bi al-Dhorurah, jika perkara
ini dianggap sebagai sampai pada tahap tersebut
maka mengingkari Qiraat adalah sama hukumnya
seperti mengingkari al-Quran. Tetapi kebanyakan
ulama berpendapat bahawa al-Qiraat adalah
belum sampai pada tahap al-Maklum min al-Deen
bi al-Dhorurah. Jadi jika ada yang mengingkarinya
tidak sampai pada tahap KAFIR.
Namun begitu, para ulama berpendapat bahawa sesiapa yang
mengingkari bacaan Qiraat Mutawatirah yang telah disepakati
keshohihannya adalah tergolong dalam golongan yang mengingkari
al-Quran.

Kesimpulan
Para ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar dengan
pelbagai hujah dan pandangan, kesimpulanya seseorang itu akan
dianggap mengingkari Al-Quran dan menjadi KAFIR apabila ia
mengingkari al-Qiraat seperti berikut :

Qiraat yang sabit kesohihannya dan sampai pada tahap al-Maklum


min al-Deen bi al-Dhorurah.
Perkara yang diingkari itu bukanlah perkara yang syubhat atau
wujud keraguan atau perselisihan padanya.
Orang yang mengingkari Qiraat itu adalah orang tahu bahawa Qiraat
itu Shohih Tsubut dan mengingkarinya secara sedar dan sengaja.
Faedah Belajar Ilmu Qiraat
Sebenarnya, terdapat banyak faedah apabila kita
mempelajari ilmu qiraat. Antaranya ialah :
Kita akan terpelihara dari kesalahan dalam
menyebut kalimah-kalimah al-Qur'an.
Kalimah al-Qur'an akan dapat dipelihara dari
pemesongan dan penyelewengan.
Kita akan mengetahui sumber cara bacaan qiraat
setiap imam dan imam-imam qiraat.
Kita akan dapat membezakan antara apa yang
boleh dibaca dan apa yang tidak boleh dibaca
dengannya.