Anda di halaman 1dari 10

Gaya berdiri dan melontar (tanpa

lungsuran)
Lakuan sedia
Kilasan badan
Lontaran
Pulihan
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan
dengan bahu kirinya menghala ke arah
lontaran.
Setelah menempatkan peluru di bahagian yang
sesuai (lebih kurang di bawah telinga), peserta
hendaklah merendahkan badan dengan
membengkokkan kaki kanannya yang terletak
hampir dengan garis pusat bulatan.
Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke
kaki belakang.
Kilasan badan
Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan
bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan.
Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan
bergerak ke hadapan dan ke atas.
Serentak dengan kesemua pergerakan ini
tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang
(kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas
tanah sehingga badan menjadi terangkat.
Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke
hadapan dan ke atas.
Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam
keadaan lurus.
Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru
sehingga peluru itu mendarat.
Pulihan
Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak
melakukan lungsuran dan pergerakan badan
pula tidak begitu kuat.
Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam
gaya ini.
Kesalahan-kesalahan Teknik Pada
Setiap Fasa
1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang
betul.
biasanya kesalahan yang berlaku pada fasa persediaan
ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik
dan tenang sebelum membuat gelungsuran.
Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk
menyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan
meletakan peluru ke aras yang rendah. Kesalahan ini
akan membawa kepada kegagalan membuat fasa-fasa
yang berikutnya.
2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak
betul.
Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah
berada tinggi untuk memudahkan peluru
ditolak keluar.
Kedudukan siku yang rendah akan
menyukarkan peluru ditolak dan akan
menghasilkan jarak yang kurang memuaskan
3. Kesilapan kaki kiri yang membantu
gelungsuran kaki kanan.
Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok
dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan
seterusnya menendang kebelakang untuk
membuat gelungsuran.
Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan
kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang
menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk
melakukan gelungsuran.
4. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang
baik.
Selepas lontar pergerakan pemulihan
merupakan fasa mengimbangkan badan agar
tidak terlajak keluar ke hadapan.
Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi
pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut
berpusing selepas lontaran mestilah
rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala
kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.