Anda di halaman 1dari 46

EDUP 3013 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI

MALAYSIA

-Pengertian Falsafah dan Falsafah Pendidikan


-Kepentingannya terutama kepada para guru
Pengertian Falsafah
Pengenalan Falsafah
o Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai
sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan
falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu.
o Falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan
kritik.
o Mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau
pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Pada zaman Yunani yang bertamadun kira-kira 2500 tahun dahulu, ahli-
ahli falsafah yang terkemuka seperti Socrates, Plato dan Aristotle
sentiasa berusaha dan cuba memikir, menilai, mentafsir kehidupan dan
pengalaman manusia dengan tujuan mencari kebenaran dan nilai
kehidupan yang sempurna.

Sebagai contoh, Socrates (469 399 SM) pernah berkata : Kehidupan


manusia yang tidak dinilai merupakan kehidupan yang tidak berguna.
Falsafah melibatkan diri terhadap kajian tentang ilmu, alam nyata, fitrah
manusia dan masyarakat. Ini adalah kerana ramai ahli falsafah
berpendapat bahawa falsafah boleh membawa kemajuan manusia
melalui usaha mencari ilmu dunia.
KONSEP FALSAFAH

Etimologi Terminologi
(Bahasa) Pratikal
(Istilah)
Etimologi (Bahasa)
Berasal daripada perkataan asing, iaitu
- philo (cinta)
- Sophos (pengetahuan, hikmah, kebijaksanaan)
Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada
pengetahuan.
Sebagai cinta kepada kebijaksanaan

Sebagai usaha untuk berfikir secara rasional


dan kritis terhadap perkara-perkara yang
penting.
Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang
tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.
Russell (1946)
Sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains.
Ini kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap
perkara yang belum tepat dibuktikan.
Manakala, seperti pendekatan sains, falsafah pula berusaha
menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.
Oleh itu, Russell memandang falsafah merupakan sebagai sesuatu
bidang kawasan tanpa manusia, didedahkan untuk serangan antara
teologi dan sains.
Fung Yu-Lan (1966)
Falsafah sebagai pemikiran relektif yang sistematik terhadap kehidupan.
Seseorang ahli falsafah harus berfalsafah dengan memikir secara
relektif terhadap kehidupan, kemudian menyatakan pemikirannya
secara sistematik.
Maka, semua teori kehidupan dan alam semesta, serta ilmu adalah hasil
daripada pemikiran relektif tersebut.
Sharifah Alawiah Alsagoff
Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan
terhadap perkara yang penting.
Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.
Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk
mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.
Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau
persoalan.
Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal
mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia khususnya
dalam bidang sains, seni agama dan pendidikan.
Orang yang cinta kepada pengertahuan dikenali sebagai ahli falsafah.
Mereka menjadikan pengetahuan sebagai:
Tujuan hidup
Berikhtiar mencari hakikat (reality) tentang sesuatu
Mencari sebab akibat
Falsafah mentafsir pengalaman manusia untuk memahami kebenaran
mengenai diri dan dunia mereka. Kesimpulannya, falsafah bermaksud
mereka yang sanggup mengabdikan diri kepada pengetahuan.
Terminologi (Istilah)
Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza-
beza.
Terdapat satu persamaan, iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada
elemen-elemen seperti manusia, Tuhan dan alam.
Pratikal
Bermaksud berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh
tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal dan sejagat.
Berfikir secara sistematik- berfikir secara logik dan berurutan
Berfikir secara radikal- berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan
dengan penuh tanggungjawab
Berfikir secara sejagat- tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja
dan merangkumi keseluruhannya.
Teologi Falsafah Sains

Rusel (1946) berpendapat falsafah terletak di antara teologi (ilmu


ketuhanan dan agama) dan sains (sains fizikal dan kemanusiaan)
Teologi falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum
nyata.
Sains falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan kebenaran
yang terkandung.
Pengertian Falsafah Pendidikan
Berasal daripada dua istilah asas,
iaitu falsafah dan pendidikan.
Konsep pendidikan- berasal daripada perkataan Latin,
educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh.
Kajian tentang makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan/
pembelajaran.
Merupakan kajian tentang kajian semulajadi minda yang serba tahu,
tabiat semualajadi manusia, soalan mengenai kuasa dan pertalian di
antara pendidikan & masyarakat.
Berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia.
Plato (427 347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka
pada zaman Yunani, berpendapat pendidikan merupakan suatu
proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan
pendidikan adalah untuk memberi latihan moral
kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat
membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi
undang-undang negara.
Aristotle (384 322 SM), ahli falsafah Yunani yang terkemuka selepas
Plato, dalam bukunya Politik, menghuraikan pendidikan sebagai ilmu
yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan
ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai
kebahagiaan hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warganegara
mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap
dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan mempertahankan
kedaulatan negara.
Kamus Pendidikan (1979)
Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan
mengembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Ia juga satu
proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk
memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di
samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta
terkawal yang dalam bentuk institusi dan dikenali sebagai sekolah.
Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk
Dewey (1859- mempertingkat lagi kedudukan manusia dan sekolah dilihat
sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan
1952) persekitaran sosial.

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati


Yusof al-Qardhawi dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Bertujuan untuk
menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering
(1980) menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Hassan Pendidikan sebagai satu proses mengubah dan memindahkan


nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Cara proses
Langgulung (1987) pemindahan ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi.
Pendapat Tokoh-tokoh Barat
Nama Tokoh Pentakrifan
Russell (1946) Sebagai sesuatu fahaman atau pengertian antara
teologi dengan sains.
John Milton 1608- Pendidikan yang lengkap dan sempurna
1674 membolehkan manusia bertindak secara adil dan
bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dan pada
setiap masa.
Friedrich Froebel Pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan
1782-1852 yang lurus, suci dan mulia.
Pendapat Tokoh-tokoh Timur
Nama Tokoh Pentakrifan
Confucius (551-479 BC) Pendidikan adalah satu proses memupuk
kesempurnaan tingkah laku manusia yang
boleh dicapai melalui amalan-amalan.
Rabindrananth Tagore (1861-1941) Pendidikan merupakan proses yang
bertujuan melahirkan manusia yang
berfikiran sempurna dan berupaya
mencapai segala aspek kehidupan serta
sedia berkhidmat untuk masyarakat dan
negara.
Pendapat Tokoh-tokoh Islam
Nama Tokoh Pentakrifan
Al-Ghazali (1058-1111 C.E) Pendidikan adalah satu proses yang
merangkumi aspek-aspek (intelek,latihan
jasmani dan pembentukan akhak yang
mulia, berani dan hormat-menghormati)
Mohd Qutb Pendidikan adalah satu proses
membentuk manusia secara menyeluruh
dan seimbang.
Tujuan-memperkembang potensi intelek,
fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap
kesempurna.
Fungsi Pendidikan
Proses sosialisasi- pendidikan memberi murid peluang untuk
berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka menjadi
dewasa yang berfungsi kelak.
Pembentukan budaya- pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-
nilai budaya.
Intergrasi sosial- manusia bersifat lebih bersatu padu akibat pengajaran
nilai-nilai budaya dan norma-norma tertentu. Ini merupakan fungsi yang
amat penting khususnya dalam masyarakat pelbagai budaya.
Penempatan sosial - pencapaian di sekolah dinilai berasaskan
pencapaian akademik. Secara unggul, kerjayaan akademik
murid menjadi asas kepada kerjayaan sosial pada masa depan.
Kepentingan Falsafah
Pendidikan Kepada
Guru
1. Mengamalkan kemahiran professional
Guru adalah tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan.
Guru memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan
generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu
dan berakhlak.
Para pelajar mestilah dididik menggunakan kemahiran berfikir
aras tinggi.
2. Berusaha meningkatkan penguasaan bidang
ilmu dan kemahiran
Guru perlu menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran
yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan
perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator yang
baik.
Hal ini akan menjadikan mereka berusaha sebaik mungkin
untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan,
ilmu pedagogi dan sebagainya.
Ini dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran yang
ada pada diri demi meningkatkan prestasi masing-masing.
3. Guru sebagai pembimbing

Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara


seimbang dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi.
Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu
dipelajari mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar,
selepas itu mereka akan belajar apa yang diajarkan kepada
mereka.
Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran
dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-
murid dalam proses pembinaan modal insan.
Guru juga perlu membimbing anak muridnya menepati acuan
sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)
4. Cenderung mengamalkan pengajaran yang
efektif
Guru yang efektif sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran
efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan juga dari segi
penilaian pengajaran.
Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan
bahawa keberkesanan pengajaran bergantung kepada
perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap proses dan
objektif pembelajaran.
5. Melahirkan guru yang berkualiti dari aspek sosial
Guru bukan sahaja perlu bergaul dengan masyarakat sekolah
malah dengan masyarakat setempat.
Hal ini kerana guru ke mana-mana sahaja guru pergi, mereka
membawa imej seorang guru.
6. Melahirkan guru yang berpegang teguh kepada
agama
Guru yang berpegang teguh dengan ajaran agama sentiasa
mengajar hanya untuk mendapatkan keredhaan dan
keberkatan semasa hidup di dunia dan juga akhirat.
Guru yang mengajar ala kadar atau sekadar mengajar cukup-
cukup makan menunjukkan dia seorang yang tidak mengambil
peduli tuntutan yang disarankan dalam agama.
Setiap guru berpegang teguh kepada agama kerana ia secara
tidak langsung akan menyebabkan seseorang guru sedar akan
tanggungjawab yang telah diamanahkan sehingga boleh
menerapkan nilai-nilai rohani pada setiap murid supaya
mempraktikkan ajaran agama dengan baik.
7. Meningkatkan penguasaan dalam bidang ICT
Penggunaan ICT oleh guru dan pelajar dalam proses p&p boleh
meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam
pembelajaran.
Ia juga membolehkan pelajar mengakses maklumat dan bagi
mencari maklumat dengan pantas dan terkini.
Hal ini pasti akan membuatkan pelajar berasa seronok untuk
belajar, tidak jemu, tidak malas dan tidak mengantuk.
Seseorang guru untuk belajar supaya dapat menguasai
teknologi maklumat dan komunikasi agar sistem pembelajaran
pelajar tidak berpusatkan kepada buku teks semata-mata.
Kesimpulan
Secara umum falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran analitikal
yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas berhubung
dengan pendidikan sementara kegunaan falsafah pendidikan adalah
untuk membantu guru untuk memahami asas teoritikal berhubung
dengan pendidikan dan seterusnya mempengaruhi amalannya sebagai
seorang guru.
Rujukan
Mohd Faud Sam & Maszuria A. Ghani & Mohd Zain Kosnon & Marina
Abdul Majid& Wan Noor Siah Wan Abdullah. (2014). Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ann. (2012). Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan. Diakseskan pada
10 Julai 2015, dari
http://duniaparasarjana.blogspot.com/2012/05/maksud-falsafah-dan-
falsafah-pendidikan.html
Tamilselvy Ravinterakumar. (2012). Pengertian Falsafah. Diakseskan pada
10 Julai 2015, dari http://www.slideshare.net/tamilselvy/21-pengertian-
falsafah-pengenalan
Noriati A. Rashid. Lee Keok Cheong. Zullkufi
Mahayudin. Zakiah Noordin. (2006). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Impression One Sdn. Bhd
Yuvarani Subramaniam. (2013). Cara guru
dapat memainkan peranan menjayakan
hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan
KSSR untuk membangunkan modal insan.
Dimuat turun pada 10 July 2015 daripada,
http://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/penulisan-
akademik
Nazari Raduan. (2014). Implikasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan terhadap Peranan
Guru menurut Falsafah Pendidikan Guru.
Dimuat turun pada 10 July 2015 daripada,
http://tujuhpen.blogspot.com/2014/04/implikasi-falsafah-
pendidikan.html