Anda di halaman 1dari 14

MENGANDUNGI SUBTOPIK :

DEFINISI KONTRAK
PRINSIP KONTRAK
JENIS KONTRAK

WTP 6043 BASIC QUNTITY SURVEYING


TAKRIF KONTRAK
Kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk
menerima tawaran daripada satu pihak yang lain.

Manakala dari segi binaan, kontrak adalah satu perjanjian yang mengikat antara dua pihak iaitu
kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Pihak kontraktor akan melaksanakan
kerja sehingga sempurna dan pihak pemilik akan bertanggungjawab untuk membuat bayaran
terhadap kerja tersebut. Ia dibuat secara bertulis dengan menggunakan borang yang sah.
PRINSIP KONTRAK
-ADA 7 PRINSIP KONTRAK

1. TAWARAN
Mengikut Akta kontrak 1950 (Semakan 1974) Seksyen 2 (A), tawaran ialah seseorang itu membuat
cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak membuat atau menahan
diri dari membuat sesuatu dengan tujuan mendapat persetujuan dari pihak yang tersebut.

2. PENERIMAAN
Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) Seksyen 2 (B), penerimaan ialah apabila cadangan yang
dikemukakan oleh pihak pencadang diterima dan diperkenankan oleh pihak yang menerima cadangan itu
dengan tidak dikenakan syarat syarat yang tertentu. Penerimaan bersyarat tidak sah dan tidak boleh
dikuatkuasakan mengikut undang-undang kontrak. Sesuatu cadangan apabila diterima menjadi janji
3. BALASAN
Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang menerima tawaran. Tindakan penerimaan
tawaran biasanya dilakukan sama ada secara lisan, bertulis ataupun secara perbuatan.

4. NIAT
Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara kedua-dua belah pihak yang berkenaan secara jujur,
ikhlas serta amanah dan tidak melanggari serta mematuhi segala syarat yang dikenakan dalam perjanjian kontrak.

5. PERSETUJUAN YANG SAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG


Segala perjanjian di antara pihak pencadang dan pihak penerima hendaklah tidak menyalahi undang-undang
kerajaan di mana kontrak dijalinkan. Perjanjian yang menyalahi undang-undang kerajaan tidak sah dan tidak
boleh dikuatkuasakan mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974).
6. IKATAN KONTRAK YANG BOLEH DILAKSANAKAN
Sebelum sesuatu kontrak dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak yang terlibat hendaklah terlebih dahulu
memastikan bahawa ikatan perjanjian nanti tidak terlalu membebankan mana-mana pihak sehingga boleh
membawa masalah kepada sebahagian atau kedua-dua belah pihak.

7. TIADA KECACATAN BAGI KEDUA-DUA BELAH PIHAK


Kecacatan bermaksud, rekod atau prestasi pada masa lalu. Kelalaian kerja, tidak menepati perjanjian,
melebihi tempoh had masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi adalah sebahagian daripada kecacatan
yang dimaksudkan itu.
PERHUBUNGAN ANTARA KONTRAK DAN TAWARAN
Tawaran adalah merupakan satu atur cara untuk menjemput kontraktor- kontraktor bagi
menghargakan tawaran yang dikemukakan oleh pihak pemilik.

Dokumen yang digunakan dipanggil sebagai Dokumen Tawaran.

Apabila harga tawaran tersebut telah dipersetujui di antara pihak pemilik dan kontraktor
maka ikatan kontrak akan dijalinkan dengan menandatangani satu dokumen lengkap yang
dipanggil sebagai Dokumen Kontrak. Dokumen ini bertujuan untuk menerangkan tanggung
jawab setiap pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut.
JENIS-JENIS KONTRAK
KONTRAK JUMLAH GUMPAL BERDASARKAN
SENARAI KUANTITI

KONTRAK HARGA GUMPAL BERDASARKAN


LUKISAN, SPESIFIKASI DAN JADUAL KADAR HARGA

KONTRAK TURNKEY

KONTRAK HARGA TAMBAH (COST REIMBURSEMENT)


KONTRAK JUMLAH GUMPAL BERDASARKAN SENARAI
KUANTITI

Merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan dan segala butiran
kerja dan kuantiti ditentukan dalam dokumen tender sebelum tender dipelawa. Penender
yang menyertai tender akan menentukan harga untuk butir-butir kerja yang terkandung
dalam Dokumen Tender. Senarai Kuantiti ini mengandungi beberapa pecahan jumlah
harga tender untuk setiap elemen bangunan seperti dinding luar, dinding dalam, kerangka,
tingkap, pintu, tangga, bumbung dan lain-lain.
KONTRAK JUMLAH GUMPAL BERDASARKAN SENARAI
KUANTITI
KEBAIKAN
Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang kerja masing-masing apabila
menggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti.
Kadar harga yang terkandung di dalam dokumen kontrak akan menjadikan asas untuk menilai
bayaraan kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dan menilai perubahan kerja.
Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk mengira kuantiti bagi membeli bahan binaan.
Kontraktor juga dapat menentukan sebutharga dari sub kontraktor.
Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak.

KELEMAHAN
i. Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan dan
senarai kuantiti.
ii. Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masaa yang cukup untuk menyediakan
dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.
KONTRAK HARGA GUMPAL BERDASARKAN LUKISAN,
SPESIFIKASI DAN JADUAL KADAR HARGA

Di dalam kontrak ini, kontraktor dikehendaki melaksanakan kerja untuk setiap elemen
dengan sejumlah wang yang telah ditentukan jumlahnya (seperti yang telah ditender).
Bagi kontrak ini, penender tidak dibekalkan senarai kuantiti tetapi dibekalkan jadual
kadar harga piawai yang disertakan bersama dalam dokumen tender. Butiran kerja
terkandung di dalaam pelan dan bahan serta cara kerja diperihalkan di dalam
spesifikasi tetapi senarai kuantiti tidak dibekalkan.

Jadual kadar harga akan digunakan sebagai asas untuk menilai bayaran kemajuan kerja
yang telah disiapkan dan juga untuk menilai perubahan kerja. Jika perubahan kerja
(Variation Order) yang wujud tidak disenaraikan di dalam jadual kadar harga, Jurukur
Bahan akan berunding dengan kontraktor untuk menyetujui satu kadar harga yang sesuai.
KONTRAK TURNKEY

Dasar kontrak Turnkey ialah seluruh tanggungjawab terletak kepada pihak


kontraktor bermula dari peringkat perancangan , mereka bentuk
pembinaan dan pengawasan sehingga kepada penyudahan projek
dengan masa yang telah ditetapkan dan harga yang dipersetujui.
Terdapat 2 faktor kenapa kontrak Turnkey diperkenalkan :
1. keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu

2. pemilik kekurangan kumpulan pakar.


KONTRAK TURNKEY
KEBAIKAN :
Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat kerana kontraktor
sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari awal hingga akhir.
Penglibatan kontraktor di peringkat awal dapat menjayakan projek itu lebih berkesan.
Kontraktor dapat memberikan pandangan serta pendapatnya secara sepenuhnya berkaitan
projek pembinaan.
Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-hal yang berkaitan dengan
masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.

KEBURUKAN:
Harga bagi sesuatu projek adalah tinggi jika dibandingkan dengan ystem tradisional.
Boleh menjejaskan penglibatan perunding-perunding tempatan di mana kebiasaannya kontraktor
Turnkey akan melantik perunding-perundingnya sendiri.
Kontraktor Bumiputera dan tempatan tidak mampu bersaing untuk mengambil bahagian kerana
ia digunakan bagi projek yang harga dan pengurusan yang tinggi.
KONTRAK HARGA TAMBAH (COST REIMBURSEMENT)

Kontrak Cost Reimbursement dikenali juga sebagai Kontrak Cost Plus. Kontrak ini bermaksud pembayaran
semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kontraktor. Ini termasuklah kos bahan,
loji dan buruh yang dipanggil sebagai Wang Kos Prima dan ditambah dengan pembayaran (fee) untuk
menampung keuntungan dan perbelanjaan pengurusan (overhead). Sesuai untuk projek-projek yang rumit
dan perlu disiapkan segera.

Perbelanjaan pengurusan termasuklah :


Gaji pengurus
Sewa pejabat
Alatan/kelengkapan pejabat
Bil-bil seperti elektrik, telefon, air dan sebagainya
Insuran-insuran
Cukai-cukai
Faedah bank
Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya