Anda di halaman 1dari 59

EDUP3023

PERKEMBANGAN KENDIRI:
PERSONALITI
KANDUNGAN

Teori dan konsep personaliti


Klasifikasi personaliti
Faktor-faktor yang mempengaruhi
personaliti
Implikasi terhadap p-p
TEORI DAN KONSEP PERSONALITI

APAKAH PERSONALITI?
Personaliti kita menentukan tindak balas
kita, cara kita berinteraksi dengan orang lain,
dan respons kita terhadap dunia sekeliling

Personaliti ialah koleksi ciri-ciri tentang


pemikiran, perasaan dan kelakuan yang
mensifatkan seseorang
AHLI-AHLI TEORI PERSONALITI

Carl Jung (yoong)


Sigmund Freud (froyd)
Han Eysenck (ay zeh nk)
Imam Al-Ghazali
Teori Personaliti Carl Jung
Menyamakan personaliti dengan jiwa
Personaliti merangkumi semua pemikiran,
perasaan dan kelakuan, sedar dan tidak
sedar
Jiwa membimbing kita untuk
menyesuaikan diri kepada persekitaran
sosial dan fizikal
Jiwa perlu dijelajah untuk menemui
kesempurnaan
Kita dilahirkan dengn potensi untuk
mencapai kesempurnaan berdasarkan
pengalaman dan pembelajaran kita; ini
ialah tujuan kehidupan manusia
Definisi Personaliti oleh Jung:

The supreme realization of the innate


idiosyncrasy of a living being, it is an act
of high courage flung in the face of life,
the absolute affirmation of all that
constitutes the individual, the most
successful adaptation to the universal
conditions of existence coupled with the
greatest possible freedom for
self-determination
Struktur Personaliti mengikut Jung

Satu kombinasi sistem-sistem yang


berfungsi pada tiga aras kesedaran:

Sedar (conscious)
Tidak sedar (unconscious)
Ketidaksedaran kolektif (collective
unconsciousness)
Sedar - Ego
Sifat kesedaran ini muncul awal dalam
kehidupan seseorang, mungkin sebelum lahir
Jung percaya masalah kesedaran ialah kita
akan menjadi berat sebelah; dia berusaha
melihat sesuatu dari kedua-dua belah
Prose-proses diskriminasi yang berkembang
dalam bayi ialah tanda-tanda awal
perkembangan ego
Ego berfungsi sebagai penjaga pintu pagar
menentukan persepsi, pemikiran, perasaan
dan kenangan yang akan dibenarkan masuk
ke dalam kesedaran
Tidak Sedar
Apa yang dialami dalam kehidupan tidak
akan kehilangan; pengalaman disimpan
dalam bahagian tidak sedar peribadi
Pengalaman yang ditahan dan dilupai juga
terdapat di situ
Bahagian tidak sedar harus mengandungi
kumpulan-kumpulan perasaan, pemikiran,
dan kenangan berkaitan yang penuh
dengan emosi ini membentuk satu
kompleks
Kompleks bermaksud seseorang individu
asyik memikirkan sesuatu dan tidak
pedulikan hal-hal lain sehingga
kelakuannya dipengaruhi oleh perkara itu
Kompleks yang sederhana menjadi panduan
dan mewarnakan kehidupan kita
Kompleks adalah tidak sedar, walau pun
unsur-unsur berkaitan mungkin menjadi
sedar dari semasa ke semasa
Sesetengah kompleks mungkin membawa
kepada pencapaian yang cemerlang
Ketidaksedaran Kolektif
Masa silam kita membekalkan satu rencana
terperinci bagi badan dan juga personaliti
kita yang terkandung dalam ketidaksedaran
kolektif
Ketidaksedaran kolektif melampaui batasan
masa
Ketidaksedaran kolektif mengandungi
bentuk-bentuk pemikiran dan kesan-kesan
kenangan daripada keturunan masa silam
- imej-imej ini adalah rekod-rekod
pengalaman yang telah diulangi dari satu
generasi ke generasi lain
Mengikut Jung, ketidaksedaran kolektif
is an image of the world which has taken
aeons to form
Kita mewarisi pengaruh terdahulu atau
potensi untuk idea-idea tertentu daripada
nenek-moyang kita
Kita dilahirkan dengan potensi untuk
melakukan persepsi, berfikir, dan berasa
dengan cara tertentu
Melalui pengalaman kita, potensi ini
dipenuhi
Kandungan ketidaksedaran koleksi yang
diabaikan mungkin dinyatakan dalam
kekacauan seperti fobia, khayalan, dan
gangguan psikologi yang serius - "psychic
inheritance
Ketidaksedaran koleksi merupakan
takungan pengalaman sebagai spesis
manusia, sejenis pengetahuan yang
memang ada sejak lahir
Teori Personaliti Sigmund Freud
Freud percaya setiap orang biasanya
berkembang melalui lima peringkat
Pada peringkat 5 tahun awal kehidupan,
kepuasan difokuskan pada 3 peringkat zon
badan iaitu oral, anal, dan falik
Ini diikuti dengan peringkat latensi pada
peringkat 5-6 tahun dan jika kemajuan
pada setiap peringkat adalah berjaya,
seseorang itu akan sampai peringkat
matang atau genital selepas baligh
Peringkat Ciri-Ciri
(tahun)
Oral Bayi hanya bergantung kepada orang lain bagi memenuhi
(Lahir-1) keperluan dan kepuasan dan menumpukan pada mulut untuk
tujuan menyusu, makan dan mengigit
Anal Kepuasan pada badan melalui dubur, iaitu menahan dan
(2) mengeluarkan najis dari dalam badan
Falik Dapat membezakan di antara lelaki dan perempuan dan turut
(5) mengalami kompleks Oedipus lebih tertarik dengan ibu
bapa berlainan jantina
Latensi Kanak-kanak melalui peringkat perbandingan kesan seksual.
(6-awal Latensi boleh dilihat sebagai peringkat persediaan
remaja) pertumbuhan penting
Genital Pada peringkat baligh, terdapat kesan peningkatan dan minat
(Remaja- terhadap berlainan jantina. Organ pembiakan menjadi
kematian) matang dan sistem endokrin berubah menghasilkan hormon
yang mengakibatkan perkembangan organ-organ pembiakan
Struktur Personaliti: Id, Ego, Superego

Freud mengemukakan konsep id, ego dan


superego untuk menerangkan dorongan
psikologi manusia
Id:
Segala yang diwarisi
Tujuan id ialah berfokus kepada mencari
kepuasan untuk keperluan semula jadi
(kelaparan, keselasaan fizikal, keinginan
emosi)
Ego:
Apabila k-k belajar berinteraksi dengan
orang lain, ego muncul dari id

Tujuan ego ialah untuk membantu individu


berinteraksi dengan persekitaran; ego
mengawal permintaan naluri daripada id
dan memutuskan permintaan yang mana
dan bila akan dipenuhi serta cara
bagaimana permintaan itu akan dipenuhi

Ego menyimpan persepsi dan kesan-kesan


ingatan untuk membuat keputusan pada
masa depan
Superego:
Merupakan internalisasi apa yang orang lain
telah ajar tentang betul dan salah; superego
adalah berdasarkan pengalaman peribadi

Melibatkan pembentukan konsep tentang


apa yang dilarang (conscience) dan apa
yang harus dihasratkan (ego-ideal) ini
mungkin berbeza dari individu ke individu

Tugas asas kehidupan ialah melakukan


koordinasi antara tuntutan id, ego dan
superego (keseimbangan psikososial)
Mekanisme Helah Bela-Diri

Apabila ego tidak dapat mengatasi masalah


dan cabaran realiti serta pegangan moral,
kebimbangan (anxiety) akan berlaku

Kebimbangan ialah isyarat kepada ego


tentang keadaan ketidakseimbangan ini

Freud mengatakan ada 3 jenis kebimbangan:


Kebimbangan neurotik: kebimbangan secara
tak sedar bahawa kita akan kehilangan
kawalan atas keperluan id dan akhirnya
dihukum kerana kelakuan yang tidak betul
Kebimbangan realiti: Kebimbangan tentang
peristiwa di dunia sekeliling murid yg takut
dimarahi oleh guru akan mengelakkan guru

Kebimbangan moral: Kebimbangan tentang


melanggar nilai-nilai moral

Freud percaya bahawa untuk mengatasi


kebimbangan ini, mekanisme helah bela-diri
(defense mechanism) dilakukan untuk
melindungi ego daripada konflik yang
dihasilkan oleh id, superego dan realiti
10 Mekanisme Helah Bela-Diri

Denial (penafian)
Repression (represi)
Suppression (supresi)
Displacement (penggantian)
Sublimation (sublimasi)
Projection (projeksi)
Intellectualization (intelektualisme)
Rationalization (rationalisasi)
Regression (regresi)
Reaction formation (pembentukan reaksi)
Nama Huraian
Penafian Tidak mahu mengakui sesuatu sudah atau sedang berlaku;
tindak balas ini melindungi ego apabila individu itu tidak
dapat mengatasi sesuatu masalah
Represi Bertindak untuk menolak maklumat dari kesedaran, tetapi
masih ada dlm ingatan; cth. orang yang pernah mengalami
penderaan kanak-kanak akan menghadapi masalah
perhubungan dalam kehidupan kelak
Supresi Secara sedar menyingkirkan maklumat dari ingatan; tetapi
dianggap ini dilakukan secara tidak sedar
Penggantian Memindah perasaan marah kpd objek/haiwan/orang yang
/pindah- kurang mengancam sebagai gantian untuk meluahkan
gantian perasaan terhadap orang yg telah menyebabkan perasaan
itu
Sublimasi Kemarahan terhadap seorang diganti dengan satu kegiatan
yang kasar tetapi membina seperti senaman atau membelah
kayu api atau mencangkul membuat batas tanaman sayur
Projeksi/ Melepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain. Misalnya,
unjuran apabila anda tidak suka seseorang, anda percaya yang
sebaliknya, iaitu orang itu tidak suka anda
Intelektual- Berusaha mengurangkan ketakutan melalui berfikir secara
isme tiada perasaan (clinical); cth. individu yang diberitahu akan
mati kerana penyakit barah memokus kepada mencari
maklumat mengenai penyakit itu
Rasionali- Menjelaskan kelakuan atau perasaan yang buruk secara logik
sasi atau rasional dgn mengelakkan sebab pelajar yg gagal
peperiksaan menyalahkan gurunya dan bukan diri sendiri
Regresi/ Individu dlm keadaan yang tertekan mengguna gerak balas
rosotan yang biasa dilakukan pada peringkat awal perkembangan
personalitinya; rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan
yang sedia ada dalam tahap bawah sedarnya
Pembentuk Satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara
-an reaksi yang telah dipendam bertindak secara amat mesra terhadap
orang yang tidak disukai sebenarnya
Teori Personaliti Hans Eysenck

Hans Eysenck, percaya bahawa sifat-sifat


manusia boleh dibahagi kepada tiga kategori
sifat sejagat yang dipanggil supertraits:

1. Introversion-Extraversion
2. Neuroticism-Emotional Stability
3. Psychoticism
Introversion/Extraversion:
Introvert menumpu perhatian kepada
pengalaman dalaman (pendiam, kurang
ramah) sementara ekstrovert memokus
kepada pengalaman luaran seperti
persekitaran dan orang lain (suka bergaul,
ramah-tamah)

Neuroticism/Emotional Stability:
Neuroticism merujuk kepada kecenderungan
individu untuk berasa terganggu (upset or
emotional), lawan kestabilan emosi (tenang)
Psychoticism
Orang yang mengidap penyakit mental
mempunyai sifat-sifat dalam kategori ini

Mereka biasanya menghadapi masalah dalam


menangani realiti dan mungkin anti-sosial,
bermusuhan, kurang empatetik, dan
manipulatif
Mengikut teori Eysenck, setiap orang
menunjukkan respons yang spesifik kepada
perangsang dalaman dan luaran

Respons ini akan berubah mengikut kekuatan


rangsangan, situasi, keadaan pemikiran dan
banyak faktor lain

Lama kelamaan, satu haluan respons muncul


dan seterusnya menjadi satu tabiat

Apabila semua respons biasa (tabiat) ini


dicantum, satu sifat /perangai (trait)
terbentuk
Pembentukan Trait dan Supertrait
Cth: Seorang perempuan yang sangat risau
tentang pandangan orang lain terhadap
dirinya akan menyingkirkan diri daripada
orang lain dalam beberapa situasi spesifik

Dia mengelakkan persekitaran orang ramai


atau mengurangkan aktiviti sosial kecuali
pergaulan dengan beberapa kawan yang
rapat

Apabila respons biasa ini dicantum, satu


trait terbentuk, yang boleh dipanggil
keseganan (shyness) atau social phobia
Trait ini (social phobia) merupakan salah satu
komponen daripada tiga supertrait
(interversion-extraversion, neuroticism,
psychoticism)

Jika perempuan ini juga lebih suka kegiatan


intelek berbanding dengan kegiatan sukan
dan aktiviti lain yang dilakukan secara
bersendirian, kita boleh golongkan dia dalam
supertait jenis introvert
Akan tetapi, oleh kerana perbezaan personaliti
yang luas, tidak begitu mudah untuk
menentukan supertrait seseorang
berdasarkan respons dan tabiat sahaja

Oleh itu, Eysenck berpendapat ada darjah-


darjah kekuatan yang berbeza bagi kedua-dua
supertrait introvert-extrovert dan
neuroticism-emosi yang stabil

Kita boleh digolongkan di bawah spektrum


di antara emosi stabil lawan emosi tak stabil
dan spektrum introvert lawan ekstrovert
Model Personaliti Eysenck

4 1

3 2
Orang yang selalu stabil dari segi emosi dan
menunjukkan respons dan tabiat ekstrovert
akan tergolong dalam kuadrant 2; orang
yang kurang stabil dari segi emosi dan selalu
menunjukkan sifat introvert akan digolong
pada kuadrant 4
Teori Personaliti Al Ghazali

Imam Al-Ghazali banyak membicarakan


tentang hati, akal dan nafsu
Dalam teori ini, kerohanian yang
menguasai atau mengawal jasad manusia
Dalam Al-Quran juga terdapat istilah yang
berkaitan dengan ilmu ini iaitu nafsu, hati
dan akal
Fungsinya untuk mencari dan
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
hati dan menghampiri Allah s.w.t.
Manusia dilahirkan dalam keadaan suci
tetapi perubahan bergantung kepada akal,
nafsu dan hati
Insan mempunyai personaliti yang
sempurna apabila jasmani, akal dan
rohnya seimbang
Al-Ghazali menekankan konsep Keabadian
Jiwa atau Everlasting Nature of Soul
yang wujud dalam agama dan percaya
ada kehidupan selepas mati
KLASIFIKASI PERSONALITI
Lima Dimensi Personaliti: - Extraversion,
agreeableness, conscientiousness,
emotional stability, openness

Personaliti seseorang boleh diukur dalam


5 dimensi ini menggunakan pelbagai soal
selidik dan instrumen penilaian yang telah
direka oleh ahli-ahli teori personaliti

Keputusannya boleh dipamerkan dalam satu


carta yang menunjukkan kedudukan
personaliti seseorang di antara dua kutub bagi
setiap trait
Carta berikut adalah satu contoh kedudukan
personaliti bagi seorang individu

Setiap tanda tiga segi menandakan darjah


kewujudan 5 faktor bagi trait itu

Berdasarkan carta personaliti ini, nyatakan


personaliti orang tersebut ___________
Your Personality Profile

I Extroverted Introverted

II Agreeable Antagonistic


III Conscientious Disorganized


IV Neurotic Emotionally
Stable

V Open Closed

Orang ini agak ekstrovert, kurang


menyenangkan, cermat, stabil dari segi
emosi dan lebih terbuka daripada tidak
terbuka kepada pengalaman (intelek tinggi)
Personaliti adalah stabil; sifat-sifat
personaliti tidak berubah

Memahami, menerima dan mengaplikasi


trait personaliti adalah penting dalam
mengenali diri sendiri

Personaliti introvert dan ekstrovert paling


kerap dikaji dan dibincangkan dalam dunia
pendidikan, berkaitan dengan kelakuan
pelajar di bilik darjah
Barrett dan Connot (1986): Pelajar introvert
paling kurang terlibat dalam aktiviti sekolah
dan mempunyai pencapaian akademik yang
lebih rendah

Carskadon (1978): Ekstrovert biasanya


menghasilkan tindakan tanpa berfikir
banyak sementara introvert berfikir banyak
tetapi kurang tindakan
Carl Jung mengklasifikasi personaliti kepada
tiga jenis, iaitu ekstrovert, introvert dan
ambivert

Ekstrovert: pelajar berkebolehan dan tinggi


kecerdasan kognitifnya, suka bergaul, cepat
mengeluarkan pendapat, mudah mesra,
kreatif, lebih bersikap terbuka

Introvert: tidak menyenangi bersama orang


lain, lebih suka menyendiri, tidak suka
dengan orang baru, tidak suka berbicara
di depan umum, kurang percaya diri,
pemalu dan pendiam
Ciri-Ciri Ekstrovert:
Menghala semua tenaga dan perhatian ke
arah luar kepada orang dan objek
Mereka lebih aktif, suka bergaul dan
spontan dalam tingkah laku
Mereka memperolehi tenaga daripada
interaksi dengan benda-benda dan orang
Mereka kurang selesa apabila
bersendirian
Cogan kata mereka mungkin: "Ready,
Fire, Aim!" sebab mereka perlukan
pernyataan untuk mengalami kesan buah
fikiran
Ciri-Ciri Introvert
Introvert menghala tenaga dan perhatian
kepada idea-idea diri sendiri
Bergantung lebih kepada pemikiran
reflektif dan cuba memahami situasi diri
sendiri dengan lebih baik
Memperoleh tenaga dari dunia idea-idea,
konsep-konsep dan benda abstrak dalam
diri sendiri
Cogan kata mereka mungkin: "Ready, Aim,
Aim..." sebab introvert mengalami kesan
melalui refleksi
Ciri-Ciri Ambivert

Merujuk kepada orang yang mempunyai


ciri-ciri gabungan ekstrovert dan introvert

Kebanyakan orang tergolong di bawah jenis


personaliti ini, di mana ciri-ciri introvert dan
ekstrovert ternyata pada masa yang
berlainan sebagai respons orang tersebut
kepada situasi berlainan
Orang ini biasanya aktif tetapi sensitif,
suka berkawan tetapi memilih bekerja
berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir
sebelum memberi pendapat

Cth: Pelajar yang pintar cerdas tetapi lebih


cenderung kepada belajar bersendirian
daripada berkumpulan
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PERSONALITI

Walau pun sudah ada banyak penyelidikan


mengenai personaliti, hal punca personaliti
masih merupakan satu keajaiban

Antara cadangan para penyelidik ialah:


K-k belajar personaliti daripada ibu bapa
Personaliti sudah ditentukan sejak lahir
Persekitaran, baka, dan budaya
mempengaruhi perkembangan personaliti
Faktor baka ibu-bapa mempengaruhi bentuk
tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan
dan emosi anaknya

Individu yang mempunyai bentuk tubuh


badan yang cacat seperti cacat pendengaran
dan cacat penglihatan yang diwarisi
daripada ibu-bapanya mungkin mempunyai
ciri-ciri personaliti introvert, ini kerana
individu mempunyai tubuh badan yang cacat
hasil daripada baka keturunannya malu
untuk menampilkan diri di khalayak ramai
Kecerdasan juga memainkan peranan penting
dalam pembentukan dan perkembangan
personaliti seseorang individu

Mereka yg mempunyai darjah kecerdasan yg


tinggi akan menonjolkan ciri personaliti yg
berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak
bijaksana dan keberanian atau mungkin
bersifat angkuh

Emosi yang diwarisi dari baka boleh juga


mempengaruhi personaliti manusia individu
yg mempunyai emosi yg tidak seronok akan
menonjolkan ciri personaliti yg agresif dan
pemarah
Faktor persekitaran juga memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan dan
perkembangan personaliti seseorang individu

Latar belakang keluarga yang bahagia dan


harmonis akan menggalakkan pembentukan
personaliti yang positif dan stabil

Sebaliknya suasana latar belakang keluarga


yang kucar-kacir akan menyebabkan
pembentukan dan perkembangan ciri-ciri
personaliti yang bersifat negatif
Peranan sekolah juga mempengaruhi
personaliti individu:

Guru yang bersifat penyayang dan


membimbing murid-murid dengan penuh
dedikasi akan menjadi role model untuk
membentuk personaliti mereka yang positif

Persepsi rakan sebaya dan individu yang


diterima dalam kumpulannya akan
menggalakkan membentuk ciri personaliti
yang berkeyakinan
Nilai-nilai dan kebudayaan masyarakat juga
boleh mempengaruhi pembentukan dan
perkembangan personaliti seseorang

Pengaruhnya amat bergantung kepada


pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh
individu tersebut

Menurut Freud, pengalaman yang pahit dan


sedih boleh menggalakkan pembentukan
personaliti yang menonjolkan sifat menarik
diri, pemalu, penakut atau sakit jiwa
Budaya dan Personaliti
Sesetengah aspek personaliti berbeza
mengikut budaya
Contoh, orang Amerika dan Asia mempunyai
konsepsi yang berbeza tentang diri sendiri
Budaya Amerika menggalakkan pandangan
terhadap diri sebagai bebas, unik, dan
berdikari
Budaya Asia, seperti yang di Negera Jepun
dan Negera Cina, menggalakkan pandangan
terhadap diri sebagai sebahagian daripada
suatu komuniti yang saling bergantung
kepada satu sama lain
IMPLIKASI TERHADAP P-P

Personaliti setiap pelajar di dalam kelas


berlainan dari pelbagai aspek; guru
seharusnya memahami personaliti setiap
muridnya

Dengan ini, terdapat pelbagai kepentingan


bagi guru supaya memahami personaliti
muridnya
Guru harus dapat mengenal pasti minat dan
gaya pembelajaran anak muridnya

Dengan itu, guru dapat mengajar dengan


menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
yang menarik dan lebih berkesan serta
bersesuaian

Cth: Bagi pelajar yang kurang gemar aktiviti


berkumpulan, yang personalitinya agak pasif,
guru haruslah mendorong mereka untuk
mendekati murid yang gemar aktiviti
berkumpulan dengan menggabungkan
mereka dlm satu kumpulan
Guru juga mampu meramal gerak balas dan
tingkah laku yang mungkin timbul dalam
sesuatu situasi dan membuat persediaan
bagi menghadapi situasi yang tak dijangka

Misalannya, situasi di mana murid yang agak


pasif akan rendah diri meruntuhkan
keyakinannya apabila soalan yang ditanya
tidak dapat dijawab dengan baik seterusnya
ditertawakan oleh semua rakan-rakannya
Dalam hal ini, guru perlu bersiap sedia
dengan soalan yang agak mudah untuk
disoalkan kepada murid itu semula agar
keyakinannya dapat diraih semula dalam diri
mereka lebih-lebih lagi di hadapan pelajar-
pelajar lain
Guru juga boleh menggalakkan pelajar
berkongsi hasil kerja mereka dengan murid
lain

Cth: Seorang pelajar yang pendiam dan


pemalu dikenal pasti mempunyai kebolehan
melukis boleh diminta menunjukkan
gambarnya di hadapan kelas

Kesannya, pelajar tersebut akan berasa


dihargai dan diberi penghormatan oleh guru
dan rakan-rakannya yang lain
Ini secara tidak langsung dapat membantu
memperbaiki personaliti pelajar, daripada
seorang yang sering merendah diri menjadi
seorang yg lebih yakin untuk tampil ke
hadapan manakala daripada seorang yang
agak yakin menjadi lebih yakin untuk
menonjolkan kebolehannnya
Guru harus bersikap adil kepada semua
pelajar, menerima pandangan semua anak
muridnya terhadap tajuk yang diajar dalam
kelas sama ada betul atau salah tanpa
mengambil kira personaliti muridnya yang
bagaimana

Kesannya, hubungan baik di antara guru dan


pelajar dapat diwujudkan yang mana pelajar
akan menganggap guru dan rakan-rakannya
mempercayainya seterusnya membantu
perkembangan personalitinya ke arah positif

Anda mungkin juga menyukai