Anda di halaman 1dari 12

Konsep

 Pengacaraan / penganjuran majlis merupakan


kelaziman dan tradisi yang biasa dijalankan
sama ada di sekolha, institusi, kampung,
bandar dan di serata tempat.
 Sebagai contoh, Majlis Hari Penyampaian
Diploma dan Sijil, Hari Guru, Majlis Makan
Malam, Majlis Persaraan dan sebagainya.
 Individu yang memainkan peranan utama
dalam sesuatu majlis ialah pengacara /
pengerusi majlis.
Definisi
JENIS MAJLIS
Ciri-ciri Pengacara Majlis

a) Mereka yang berkebolehan, tidak kekok tampil ke


hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin.
b) Peka dengan situasi majlis termasuk sebarang
perubahan yang berlaku pada saat-saat akhir.
c) Sentiasa bersedia untuk mengumumkan apa-apa
yang berlaku mengikut urutan majlis.
d) Mempunyai suara yang jelas, ceria dan dapat
menghidupkan suasana majlis.
e) Tidak kaku dan tidak berbicara dengan aksi-
aksi yang keterlaluan.
f) Tahu menyusun pengucapan bertatasusila
mengikut produser dan etika sosial.
g) Berketerampilan dan dapat membezakan
kelainan dalam sesuatu majlis.
h) Kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang
spontan sekirannya yang terdesak.
Ciri-ciri Pengacara Majlis Rasmi /
Separuh Rasmi
a) Perlu pastikan hadirin yang hadir dalam majlis
itu sebagai persediaan dari segi sistem
panggilan dan protokol.
b) Membuat latihan secukupnya – menghadiri
sesi raptai yang diadakan oleh pihak
penganjur.
c) Bertutur dalam bahasa Melayu yang standard.
d) Menggunakan tatabahasa yang betul dan
laras bahasa yang bersesuaian.
e) Gaya bahasa dan beraksi yang terkawal –
tidak keterlaluan.
f) Menggunakan bahasa halus jika
mengacarakan majlis rasmi sepenuhnya.
g) Mematuhi atur cara majlis sepenuhnya.
Ciri-ciri Pengacara Majlis Tidak
Rasmi
a) Tidak memerlukan latihan intensif kerana pertuturan
adalah secara spontan.
b) Perlu mengetahui hadirin yang hadir sebagai
menghormati dan mengalu-alukan mereka.
c) Menggunakan bahasa pertuturan biasa.
d) Terdiri daripada individu yang telah sedia
mempunyai hubungan rapat dengan institusi, badan
atau pertubuhan.
e) Pengacaraan tidak semestinya berdasarkan skrip
yang tersedia tetapi masih mematuhi susunan atur
cara majlis.
Format Pengacaraan Majlis

 Teks pengacara disediakan dalam kertas


bersaiz A4 yang dilipat dua.
 Satu muka surat hanya untuk satu
pengumuman sahaja.
 Jumlah muka surat bergantung pada jumlah
pengumuman yang perlu disampaikan oleh
pengacara sepanjang majlis berlangsung.
 Skrip pengacara disediakan sebelum majlis
bermula.
 Pengacara akan memulakan majlis dengan
mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.
 Pengacara memulakan majlis dengan
menyebut barisan tetamu yang hadir mengikut
gelaran, kedudukan, pangkat masing-masing
mengikut panggilan hormat yang bersesuaian.
 Mengalu-alukan hadirin dan memperkenalkan
majlis.
SEKIAN TERIMA
KASIH..

Anda mungkin juga menyukai