Anda di halaman 1dari 9

Kesan-kesan Akitiviti Industri Perkilangan terhadap Alam Sekitar

1. Pencemaran udara dan jerebu


karbon dioksida, karbon monosikda, sulfur oksida
2. Hujan asid
terbentuk disebabkan kualiti air hujan terjejas melalui tindak balas
antara bahan pencemar dengan wap-wap air dalam udara.
3. Pencemaran air
Pembuangan bahan enap cemar atau sisa industri ke dalam sumber-
sumber air menyebabkan pencemaran sumber air permukaan.
Sisa-sisa industri yang dibuang dari kilang memproses akan
menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat, air menjadi
keruh, air berubah warna, berbau busuk, beracun dan bertoksik.
4. Pulau haba
Indeks suhu sebagai satu komponen sumber udara akan meningkat
akibat daripada kepekatan karbon yang tinggi di atmosfera yang
dilepaskan oleh pelbagai punca industri.
Kesan-kesan terhadap Alam Sekitar Manusia
Kesan negatif
1. Menjejaskan kesihatan penduduk
Pencemaran udara, jerebu, pencemaran air dan hujan asid
mengakibatkan penyakit gatal, barah kulit, dan penyakit asma .
2. Kesesakan lalu lintas
Pekerja kilang bertambah dan kenderaan pekerja untuk berulang-
alik ke tempat kerja bertambah.
3. Kawasan padat dan sesak
Pertambahan tenaga buruh menyebabkan sesuatu kawasan
seperti di bandar menjadi padat dan sesak.
Kesan Positif

1. Peningkatan pendapatan dan taraf hidup


Pertambahan perkerjaan dari kilang-kilang pembuatan, kuasa beli,
tabungan dan lain-lain berkaitan dengan taraf hidup penduduk
meningkat.
2. Peningkatan kemudahan pembandaran
Pertumbuhan industri pembuatan menggalakkan perkembangan
bandar moden yang lengkap dengan segala kemudahan.
Kajian Kes Estet Perindustrian Lembah Klang

1. Kajian Klang terkenal sebagai sebuah kawasan estet perindustrian yang


paling luas dan paling awal di Malaysia.Kawasan ini juga dianggap
sebagain kawasan nadi perindustrian nagara.
2. Menurut Jabatan Alam Sekitar, pada tahun 1984 terdapat kira-kira 500
buah kilang atau hampir 37 daripada jumlah kilang pembuatan di
Malaysia berada di Lembah Klang.
3. Daripada jumlah tersebut, terdapat lebih daripada 12 buah kilang
memproses getah dan 10 buah minyak kelapa sawit sedang beroperasi
tanpa mengambil kira spesifikasi kualiti alam sekitar secara teratur dan
sistematik.
4. Oleh sebab itu, Lembah Klang mengalami masalah kemerosotan kualiti
alam sekitar yang paling serius berbanding dengan rancangan estet
perindustrian lain di Semenanjung Malaysia.
Kesan-kesan terhadap Alam Sekitar di Lembah Klang
1. Pencemaran air
Kualiti air biasanya diukur berdasarkan nilai penggunaan oksigen terlarut
dalam air (BOD). Jika terdapat sungai yang mempunyai nilai BOD yang
tinggi melebihi paras yang dibenarkan, sungai tersebut dikatakan
tercemer.
Penyaluran efluen kilang yang mempunyai nilai BOD dan COD tinggi ke
dalam sungai mencemarkan sir sungai terutamanya pada masa aliran
sungai rendah atau semasa musim kemarau.
Sebahagian besar enfluen ini berbentuk organan dan memerlukan
oksigen terlarut yang banyak untuk diuraikan.
2. Pencemaran bahan mendak dan kelodak dalam sistem sungai
Kuantiti kelodak dan sedimen yang terkumpul hulu ke hilir akan
menyekat atau memperlahankan pergerakan arus sungai.
Apabila hujan turun air sungai akan cepat melimpahi tebingnya dan
menghasilkan fenomena banjir kilat.
3. Ekosistem akuatik terjejas
Bahan-bahan sedimen terampai seperti minyak, gris dan buih sabun
bertindak menghalang kemasukan cahaya matahari ke bawah permukaan
air.
Halangan akan menyababkan proses fotosintesis oleh tumbuhan air yang
menjadi sumber makanan dan perlindungan utama ikan, udang dan
ketam akan tergendala.
4. Pencemaran udara
Industri yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar juga
dikenal pasti membebaskan banyak bahan-bahan pencemar ke udara
seperti kilang getah dan kelapa sawit.
5. Jerebu
Jerebu terjadi akibat daripada partikulat-partikulat terampai yan
terbebas, terperangkap dan terapung-apung di udara yang kering.
Walaupun kejadian kebakaran hutan di Indonesia menjadi punca utama
kepada masalah jerebu, tetapi fenomena ini diburukkan lagi dengan
pelepasan parikulat-partikulat terampai dari kilang tanpa kawalan di
Lembah Klang.
6. Hujan asid
Hujan asid terbentuk apabila bahan pencemar yang terkumpul di
atmosfera bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk menarik wap-
wap air dalam udara berkumpul ke arahnya menjadi bintir-bintir air.
Hujan asid yang turun ini menghasilkan kesan-kesan yang tertentu
seperti membahayakan kulit manusia, kakisan dan kelunturan warna
bangunan dan kenderaan serta memusnahkan tisu-tisu badan manusia.
7. Pulau haba bandar
Gas karbon dioksida dan karbon monosikda akan membentuk selimut
atmosfera.
Selimut atmosfera membenarkan sinar lembayung matahari masuk
menembusinya tetapi menghalang pembalikan semula bahangan dari
bumi.
Pembangunan Lestari dalam Sektor Industri Perkilangan

1. Langkah penguatkuasakan undang-undang


Hukuman dan denda maksimum patut dikenakan kepada pesalah alam
sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974.
Langkah-langkah pemantauan, kawalan, dan penyeliaan yang lebih kerap
dan tegas haruslah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) berdasarkan
Standard Kualiti (SQ) yang telah ditetapkan.
Pihak pengurusan kilang juga diwajibkan menyediakan laporan EIA dari
semasa ke semasa dan berterusan kepada pihak-pihak yang berwajib
bagi menjamin industrinya sentiasa mesra alam.
2. Mengurus sisa toksik dengan cekap dan berkesan
Kilang diwajibkan menyediakan takungan khas untuk simpanan sisa
toksik dan tidak membuangan sisa tersebut ke dalam sungai, tasik,
kolam, dan lain-lain.
3. Menguruskan bahan pencemaran udara
Menggunakan sistem penapis di dalam serombong asap.
Meninggikan serombong asap agar kosentrasi bahan pencemar boleh
terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat.
Tidak menjalankan pembakaran terbuka seperti habuk kayu dalam
industri pemprosesan kayu balak atau sekam padi.
4. Beralih kepada teknologi industri yang mesra alam
Kebergantungan kepada bahan api fosil haruslah dikurangkan dan
sebaliknya lebih banyak menggunakan tenaga alternatif yang murah dan
bersih seperti tenaga hidroelektrik, gas asli(NVG), atau tenaga solar.
5. Menggiatkan kempen-kempen kesedaran
Kempen boleh dilakukan dengan pelbagai cara sepeti projek penghijauan
persekitaran industri, membersih dan menjaga sungai melalui aktiviti
amal dan sosial, melaksanaka peraduan kilang yang mesra alam.
Kempen juga boleh dilakukan menerusi media cetak dan media
elektronik, bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar dan lain-
lain yang bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai