Anda di halaman 1dari 14

RUJUK DALAM

PERKAHWINAN
Pengertian rujuk
1. Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum
syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah
selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan
syarat-syarat tertentu.
2. Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu
mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri terlebih dahulu.
3. Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu
atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama
isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak
isteri.
Dalil rujuk :











()228
Maksudnya
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan
diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah
halal bagi mereka yang menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak
yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak
mengambil kembali (ruju' akan) isteri-isteri itu dalam masa 'iddah mereka
jika suami-suami bersetujuan hendak berdamai . Dan isteri-isteri itu
menpunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka
(terhadap suami) dengan cara sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara');
dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat
kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Baqarah : 228
1. Wajib Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya
dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang
diceraikan itu.
2. Haram Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan
kepada isteri tersebut.
3. Makruh Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.
4. Harus Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua
belah pihak.
5. Sunat Sekiranya mendatangkan kebaikan.
Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-
syarat berikut:
(a) belum habis idah.
(b) isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.
(c) talak itu setelah persetubuhan.
Suami yang merujuk.
Isteri yang dirujuk.
Ucapan yang menyatakan rujuk.
Suami yang merujuk.
Syarat-syarat suami sah merujuk:

(a) Berakal.
(b) Baligh.
(c) Dengan kemahuan sendiri.
(d) Tidak dipaksa tidak sah rujuk suami yang murtad.
Isteri yang dirujuk.
Syarat isteri yang sah dirujuk:

(a) Telah disetubuhi.


(b) Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.
(c) Tidak bercerai dengan khuluk tidak sah dirujuk isteri yang
bercerai dengan khuluk.
(d) belum dijatuhkan talak tiga
Ucapan yang menyatakan rujuk.
Syarat-syarat lafaz:

(a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami aku
rujuk engkau atau aku kembalikan engkau kepada nikahku.

(b) Tidak bertaklik tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik,
misalnya kata suami aku rujuk engkau jika engkau mahu. Rujuk
itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu.

(c) Tidak terbatas waktu seperti kata suami aku rujuk engkau
selama sebulan.
Isteri yang telah habis tempoh iddahnya
atau diceraikan dengan Talak Bain
termasuklah Talak Tiga tidak boleh
dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu
semula hendaklah dengan akad yang
baru.
(a) selesai idah dari suami pertama.
(b) bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.
(c) suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.
(d) bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).
(e) Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas
isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan
rukun-rukun nikah yang ditetapkan.
Rujuk secara bergurau
dianggap sah walaupun
dilakukan secara main-main dan
tanpa saksi.
Hikmah rujuk
Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan
kerukunan numah tangga.
Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah
berlaku perceraian.
Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam
soal rumahtangga

Anda mungkin juga menyukai