Anda di halaman 1dari 60

Pengucapan Awam

Definisi

ialah ilham atau idea yang dicetuskan, disalurkan dan


diluahkan melalui pemikiran, suara dan gerakan tubuh
badan yang meransang audiens dan pengucap sendiri;
yang adakalanya mempengaruhi pula pemikiran, perasaan
dan tindakan seterusnya
Wilson & Arnold

satu alat pelaras sosial yang mencerminkan keunggulan


personaliti dan juga merupakan teknik mengubah perlakuan
manusia secara psikologikal dan sosiologikal melalui penggunaan
tubuh badan, suara, pemikiran dan bahasa
Elwood Murray
Prinsip Asas Pengucapan Awam
Inventio (Pengumpulan / Info. Gathering)
Dispositio (Penyusunan / Organization)
Memoria (Penghafalan / Memorize)
Elocutio (Gaya bahasa / Language)
Pronuntiatio (Penyampaian / Delivery)

Unsur ucapan

o Pengucap (Speaker)
o Ucapan (Speech)
o Audiens (Audience)
o Situasi (Situation)
Tujuan Ucapan dibuat:
Memberitahu (to inform)
Menghibur (to entertain)
Memujuk (to persuade)
Majlis khas (special occasion)

Cara Ucapan dibuat:


Impromptu (impromptu)
Dihafal (memorized)
Dibaca dari teks (text reading)
Extemporaneous (extemporaneous)
Sifat-sifat positif pengucap
Impromptu (impromptu)
Dihafal (memorized)
Dibaca dari teks (text reading)
Extemporaneous (extemporaneous)
Ucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi
secara lisan yang dilakukan dalam situasi yang
terancang iaitu penetapan masa, tempat dan isu
yang hendak disampaikan telah dilakukan.
Ucapan lebih kepada situasi mengalu-alukan,
meraikan, merasmikan majlis, pembukaan atau
penutupan dan sebagainya.
Menurut Muati Ahmad, (1994) menyatakan
bahawa pengucapan umum menggunakan anggota
verbal dan bukan verbal.
Menurut Rahimah Yeop, (2001) pengucapan ialah
satu interaksi penghantaran mesej antara
seseorang pengucap dan sekumpulan pendengar
dengan tujuan untuk memindahkan dan
menyampaikan mesej dari satu pihak kepada
pihak yang lain.
Menurut Maimunah Haji Omar, (1993) ucapan
merupakan sebahagian daripada perucapan
umumnya dalam aspek perutusan.
Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apa yang
diucapkan atau cara menyebut atau cara
melafazkan sesuatu kata.
Lazimnya ucapan akan disampaikan dalam
sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti
pertandingan, perhimpunan dan majlis rasmi.
Ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian
idea melalui pelafazan dan disampaikan secara
pidato sehala.
1) Permulaan ucapan
Ucapan dimulakan dengan cara bentuk peribadi.
Susunan kata-kata aluan ini mestilah mengikut status
pangkat tetamu yang disebut seperti nama, gelaran,
pangkat atau jawatan daripada yang tertiggi kepada
yang terendah.
2) Bahagian isi
Unsur kiasan, peribahasa dan jenaka boleh
diselitkan untuk menjadikan teks ucapan lebih
menarik.
Teks ucapan juga harus disertai dengan penerangan,
penjelasan, pujian, atau sanjungan terhadap sesuatu
perkara yang diperkatakan.
Bahasa yang digunakan daalm teks harus mudah,
tepat, tegas dan berkesan.
3) Penutup ucapan
Ucapan terima kasih
Meminta maaf atas sekiranya tersilap kata
1) Bahasa mudah difahami
Bahasa yang mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan menyakinkan.
2) Isi ucapan yang sesuai
Isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk ucapan.
3) Ucapan harus tersusun
Ucapan mestilah disampaikan dengan mengikut susunan tertentu
dalam ucapan.

4) Suara yang jelas


Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas, lantang supaya
mudah didengar oleh pihak penonton atau pendengar.
5) Cara penyampaian
Penyampaian yang baik dapat melindungi isi ucapan yang
kurang.

6) Keyakinan diri
Seseorang itu perlu yakin terhadap diri sendiri dan juga
pengetahuan yang sedia ada.

7) Gerak- geri yang berkesan


Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan tangan, kepala
mimik muka, senyuman, mata serta badan perlu sesuai.
Membolehkan penonton berasa lebih selesa mendengar
ucapan yang disampaikan.
Gerak geri dapat membantu menguatkan lagi butiran yang
hendak ditegaskan.
Ucapan Spontan (Impromptu)
Ucapan yang disampaikan tanpa persediaan awal
dan dalam keadaan yang terbuka.

Ucapan Ekstemporanas (Extemporanoues)


Kelihatan seperti ucapan spontan tetapi pada
kebiasaanya penceramah sudah bersedia dari sudut
mental, emosi dan kandungan ucapan yang
disampaikan.
Ucapan Manuskrip
Ucapan yang disampaikan dengan membaca bahan
yang telah disediakan. Biasanya disampaikan oleh
penceramah atau jurucakap yang ingin memastikan
kandungan ucapannya tidak disalah tafsir atau
dimanipulasikan.

Ucapan Hafalan
Ucapan yang disampaikan dalam sesuatu majlis khas
seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan, majlis
penghargaan atau peraduan ucapan.
Ucapan yang disampaikan oleh seseorang
jemputan yang dianggap berpengalaman dan
mahir dalam bidang-bidang tertentu dalam
majlis yang formal.
Ceramah dibahagikan kepada dua :-
i. Bahagian pertama dimana penceramah akan
membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam
bidang tertentu.
ii. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para
audien mengemukakan soalan-soalan atau pandangan
mereka dan penceramah cuba menjawab soalan-
soalan yang dikemukakan.
Ceramah mewujudkan komunikasi dua hala,
iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat
atau pengalaman manakala audien pula boleh
mengemukakan soalan-soalan atau pandangan
mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau
tajuk.
1) Bahagian Awal
Menyatakan penghargaan kepada pengerusi majlis.
Menyatakan penghargaan kepada orang berkedudukan tinggi
dalam majlis.
Menyatakan penghargaan kepada orang ramai yang hadir.
Mengucapkan terima kasih kerana sudi diberi kesempatan atau
kepercayaan untuk menyampaikan ceramah.
Membuat penegasan yang kontroversi pada permulaan ceramah.
Memulakan ceramah dengan memetik ucapan-ucapan atau kata-
kata orang ternama.
Menyampaikan puji-pujian tertentu kepada yang hadir.
Menyatakan isi ceramah yang diberi
2) Bahagian Isi

Amat penting kerana isi akan menentukan nilai ceramah.


Isi adalah butir-butir sokongan kapada isi utama yang telah
dikemukakan pada bahagian awal ceramah.
Mesti ada lima atau enam isi.
Isi mesti diikuti dengan huraian dan pembuktian sama ada
dengan mengemukakan contoh atau kes.
3) Bahagian Penutup

Mengulas perkara-perkara utama dalam ceramah iaitu dengan


menekankan idea-idea pokok tanpa membuat perincian.
Memberi penekanan kepada hujah-hujah yang penting.
Menyuarakan gagasan untuk bertindak.
Mengukuhkan hujah yang lemah.
Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara-perkara
utama agar para pendengar dapat bertindak balas.
Menutup ceramah dengan ungkapan demikian tadi, daripada
penjelasan tadi.., begitulah serba sedikit tentang ., dan
sebagainya.
Mengucapkan terima kasih dan memohon maaf serta
menyatakan harapan kepada pendengar.
1) Cara Melahirkan Pendapat
Dalam melahirkan pendapat, penceramah
hendaklah mahir bertindak seperti yang berikut:
Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak
menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah.
Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada
penonton dengan meyakinkan.
Menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras pendapat.
Mengelakkan menggunakan bahasa yang bombastik dan sukar difahami.
Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret.
Menunjukkan keyakinan diri.
2) Cara Mempengaruhi Audien

Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga


menguasai kemahiran mempengaruhi audien seperti
yang berikut :
Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf
sosioekonomi, jantina dan profesion audien.
Menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan rangsangan
dikalangan audien.
Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk
teknik retorik.
Menyelitkan unsur humor.
Memastikan suara anda didengar oleh semua audien.
Menjangka had/batas tumpuan audien.
3) Nada dan Intonasi
Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan
intonasi yang wajar diberi perhatian adalah seperti
berikut :
Meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan perhatian.
Menggunakan nada suara perlahan dan renadah apabila hendak
merayu.
Jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan.
Pause- berhenti seketika apabila perlu, iaitu apabila hendak
mendapatkan semula buah fikiran atau memberi masa untuk
penonton mengikut dan memahami hujah anda.
Menggunakan bahasa baku.
Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun.
1. Ceramah untuk kempen iaitu menyampaikan
maklumat untuk kempen bertujuan mendapat
sokongan dari orang ramai bagi sesuatu tujuan.
Contoh
(i) Ceramah menjaga kesihatan
(ii) Menderma darah
(iii) Kempen politik
(iv) Semangat kejiranan
2. Ceramah untuk menyampaikan maklumat
bertujuan untuk menyampaikan penerangan dan
pemahaman kepada orang ramai mengenai sesuatu
idea, konsep atau perkara-perkara yang memerlukan
kesedaran mereka dan dapat memberikan manfaat.
Contoh:
(i) Ceramah agama
(ii) Ceramah kesedaran.
(iii) Ceramah meningkatkan produktiviti
(iv) Ceramah tanggungjawab keibubapaan
Dikenali juga sebagai pidato.
Syarahan lebih kepada matlamat untuk
menyakinkan pendengar atau pembaca
terhadap sesuatu isu yang dikemukakan.
Memperlihatkan usaha untuk menegaskan
sesuatu pendirian terhadap isu yang
dikemukakan.
Satu pengucapan yang disampaikan secara
individu kepada khalayak ramai untuk
menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk.
Syarahan merupakan aktiviti berkomunikasi
secara sehala, iaitu menjelaskan perkara-
perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa
yang ditentukan untuk mempengaruhi para
pendengar supaya bersetuju dengan apa yang
disyarahankan.
1)Pengenalan
Kata alu-aluan
Perkenalkan tajuk syarahan
Jelaskan ungkapan tersebut
2) Isi-isi karangan
3) Penutup
Kesimpulan isi
Ucapan terima kasih
1) Kelancaran
Memulakan syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan
pengetahuan yang sedia ada.
Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan syarahan.
Pengaliran idea secara berterusan tanpa telalu kerap merujuk
kepada nota.
pause- berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta
atau di mana perlu untuk audien memahami atau mengikuti
hujah.
kawalan masa, iaitu memulakan syarahan pada waktu yang
ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.
Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti eh,em, atau
ya.
Menyampaikan syarahan mengikut tempo yang sederhana, elakkan
penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.
2) Nada dan Intonasi
Semasa bersyarahan, pastikan suara sedap
didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah
dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang
tertentu. Misalnya,
Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik
perhatian
Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan
meminta simpati.
Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar
emosi
3) Kecekapan Berbahasa
Syarahan yang berkesan disampaikan dengan
menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
Penyampai syarahan perlu menguasai bahasa denganbaik.
Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalahseperti
berikut :
Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang
gramatis.
Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk
menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan
ialah pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan
menarik simpati.
Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.
4) Gaya Penyampaian
Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras
untuk menekankan fakta.
Jangan kaku dan beraksi berlebihan
Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu
senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah
apabila emosi tinggi
Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-
contact yang sesuai
Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan
menunjukkan wajah yang terlalu serius.
Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.
Terdapat dua jenis syarahan iaitu:-

i. Syarahan berbentuk pertandingan


ii. Syarahan Bukan berbentuk pertandingan
Syarahan berbentuk pertandingan
Jenis tajuk syarahan ini selalunya dikemukakan
peperiksaan.
Pertandingan sama ada di peringkat sekolah, daerah,
negeri mahupun kebangsaan.
Bagi syarahan jenis ini sahaja, perlu menujukan ucapan
kepada barisan panel hakim.

Syarahan bukan berbentuk pertandingan


Syarahan biasa secara tidak formal
Tidak perlu menujukan ucapan kepada panel hakim
Seni pengucapan yang menggunakan bahasa yang
indah dengan tujuan untuk memikat atau
memukau pendengar untuk terus mendengar apa
yang diperkatakan.
Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh
dipelajari dan bukan satu keistimewaan semula
jadi atau diwarisi secara turun temurun.
Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan
positif terhadap pendengar pidato tersebut.
1) Pembuka kata
Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin
dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato
untuk menyampaikan pidato berkenaan.
2) Pendahuluan
Menarik minat dan membina keyakinan pendengar.
Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk pidato perlu
diberikan dalam bahagian ini.
3) Isi
Isi pidato merupakan bahagian terpenting dan perlu
diberikan penekanan yang sewajarnya.
4) Penutup Isi
Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi
yang terdapat dalam pidato.

5) Penutup Pidato
Pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak penganjur,melafazkan ribuan ampun dan
maaf serta menyampaikan harapan agar pidato tadi akan
memanfaatkan para hadirin.
1) Kelancaran
Memulakan pidato dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan
pengetahuan yang sedia ada.
Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan pidato.
Pengaliran idea secara berterusan tanpa telalu kerap merujuk
kepada nota.
pause- berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta
atau di mana perlu untuk audien memahami atau mengikuti
hujah.
kawalan masa, iaitu memulakan pidato pada waktu yang ditetapkan
dan menamatkannya tepat pada waktunya.
Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti eh,em, atau ya.
Menyampaikan pidatomengikut tempo yang sederhana, elakkan
penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.
2) Nada dan Intonasi
Semasa berpidato, pastikan suara sedap didengar
dan menarik. Nada dan intonasi haruslah
dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang
tertentu. Misalnya,
Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik
perhatian
Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan
meminta simpati.
Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi
3) Kecekapan Berbahasa

Pidato yang berkesan disampaikan dengan menggunakan


bahasa yang tepat dan indah. Pemidato perlu menguasai
bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik
adalah seperti berikut :
Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk menarik
minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun,bahasa
kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.
Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.
4) Gaya Penyampaian

Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras


untuk menekankan fakta.
Jangan kaku dan beraksi berlebihan
Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu
senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah
apabila emosi tinggi
Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-
contact yang sesuai
Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan
menunjukkan wajah yang terlalu serius.
Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.
Pidato Pembukaan
Pidato singkat yang dibawakan oleh pembaca
acara atau MC.
Pidato Pengarahan
Pidato untuk mengarahkan pada suatu
pertemuan.
Pidato Sambutan
Pidato yang disampaikan pada suatu acara
kegiatan atau peristiwa tertentu yang dapat
dilakukan oleh beberapa orang dengan waktu yang
terbatas secara bergantian
Pidato Perasmian
Pidato yang dilakukan oleh orang yang
berpengaruh untuk merasmikan sesuatu.
Pidato Laporan
Pidato yang isinya adalah melaporkan sesuatu
tugas atau kegiatan.
Pidato Pertanggungjawapan
Pidato yang berisi suatu laporan.
PENGUMUMAN
Maksud: Pemberitahuan, perihalan mengenai sesuatu
perkara untuk pengetahuan umum atau pihak tertentu
sahaja.
Saluran: media massa
1. Televisyen dan radio - digunakan untuk menyiarkan
pengumuman-pengumuman yang perlu diketahui oleh
orang ramai.
2. surat khabar sediakan ruangan khas pengumuman
daripada jabatan-jabatan, badan-badan berkanun atau
perseorangan.
BEZA PENGUMUMAN DAN PEKELILING

Pekeliling Pengumuman
1. Dipanjangkan kepada 1. Hanya sebagai
pihak berkenaan. Satu pemberitahu sahaja.
senarai nama dilampirkan. 2. Tandatangan pembaca
2. Perlu tandatangan pihak tidak perlu
yang membacanya.
Gaya Bahasa Pengumuman
Laras bahasa: mudah difahami, ringkas, padat dan tidak meleret-leret.
Ciri-ciri umum surat pengumuman:-
i. Alamat pengirim
ii. Alamat penerima
iii. Tarikh
iv. Nombor telefon
v. Rujukan kami/ Rujukan tuan
vi. Perkataan menghadap surat
vii. Tajuk
viii. Isi surat
ix. Penutup
x. Tandatangan
Kekuatan Pengumuman
Penting kerana dapat memberitahu pembaca tentang
perkara-perkara yang berlaku.
Bahasanya yang ringkas dan mudah difahami - pembaca
senang memahami pengumuman.
Dapat disampaikan dengan menggunakan pelbagai medi
elektronik - pengumuman lisan.

Kelemahan Pengumuman
Keberkesanan pengumuman tidak dapat diketahui kerana
tiada tindakan susulan pengumuman diberikan.
Pembaca/pendengar yang tidak mempunyai kemudahan
seperti media elektronik ataupun cetak tidak dapat
menerima pengumuman dengan sempurna.
Taklimat ialah keterangan secara ringkas megenai
sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan.
Satu ucapan dimaklumkan dan disampaikan secara
dua hala di dalam situasi formal dan tidak formal
kerana diakhir sesi taklimat akan diadakan sesi
soal jawab.
Fokus diberikan kepada tujuan kumpulan yang
memerlukan taklimat.
Taklimat disampaikan di tempat yang luas dan
disampaikan oleh penonton yang ramai.
1) Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf)
mengandungi:
Tajuk
Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol
Kata alu-aluan
Pengenalan diri, organisasi, jawatan
Kandungan taklimat
Penutup
Sesi soal jawab
2) Taklimat Dua Taraf Khalayak
mengandungi:

Tajuk
Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa
Puji-pujian
Ringkasan penyampaian taklimat
Kandungan
Sesi soal jawab
1) Pertimbangan Khalayak/Hadirin

Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu


untuk menentukan jenis taklimat yang mereka perlukan.
Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa,
suasana dan kandungan taklimat.
Menentukan bilangan khalayak yang boleh membantu
dalam penyedian nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi.
2)Pertimbangan Suasana
Suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri
daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/swasta dan
pelawat luar Negara dan ada D.Y.T.M Tengku Mahkota
atau Raja Muda.
Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika
khalayaknya terdiri daripada ibubapa, murid, belia,
penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya.
Lazimnya suasana formal memerlukan teks taklimat yang
kompleks manakala teks taklimat bagi suasana kombinasi
formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah.
3) Taraf Khalayak
Penyampai taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya. Pengetahuan
ini dapat menolong komunikator dalam menyediakan sapaan atau
salutasi.

4) Gaya Bahasa Taklimat


Disampaikan dalam keadaan formal dan rasmi
Pemilihan atau penggunaan kata mestilah tepat supaya mudah difaham
oleh pendengar.
Susunan ayat lebih ringkas dan tidak meleret-leret.
Sebutan, intonasi, dan gaya pengucapan yang betul akan dapat
menarik minat pendengar.
Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf)
Ini melibatkan para tetamu yang hadir yang terdiri
daripada pemimpin-pemimpin peringkat menteri,
orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua
jabatan dan sebagainya.
Taklimat Dua Taraf Khalayak
Tetamu bagi dua taraf khalayak pula terdiri
daripada D.Y.M.M Sultan atau D.Y.T.M. Raja Muda/
Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.