PPISMP PJ (SK) PUAN WINDY APA ITU PEMERDAGANGAN MANUSIA?
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang). Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak- kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan 2.Permindahan 1.Eksploitasi Seks Organ
4.Pengabdian Domestik Secara Paksa 3. Pemerdagangan Bayi 1
Eksploitasi seks adalah jenayah paling kerap berlaku dalam
pemerdagangan orang. Mangsa biasanya dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan dan dibawa masuk secara sah ataupun diseludup secara haram. Namun akhirnya, mangsa ditipu dan dipaksa melacurkan diri. Mereka dikawal dengan ketat dan seringkali turut terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. 2
-Pemindahan organ merupakan salah satu dari aktiviti pemerdagangan
orang. -Organ kebanyakannya diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang diseludup secara haram. -Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. -Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap. 5 negara tertinggi kes curi organ di dunia 1.Moldova -Pemerintah Moldova tidak begitu mengambil berat soal jenayah pencurian organ tubuh manusia sehingga menimbulkan curiga bahawa pemerintah Moldova turut terbabit dalam perdagangan organ manusia. -Sindiket juga terdiri daripada kelompok mafia penjualan organ tubuh nasional dan antarabangsa. Pencurian itu dilakukan dengan cara membius mangsa lalu membedahnya. -Selepas pembedahan organ dilakukan, mereka meletakkannya di dalam kolam mandi yang dipenuhi air batu dalam keadaan telanjang atau dibuang di kawasan terpencil. 2. China -China sebenarnya menerima rampasan organ. Jika pesakit yang nazak perlukan ginjal, hospital di China akan menerbangkan ginjal untuk diberikan. -Pada 1984, pemerintah negara China memperkenalkan sebuah undang-undang baru, sebuah peraturan yang tertumpu supaya memanfaatkan organ tubuh terhadap manusia mati, terutama tahanan penjara. -Pada 2007, pemerintah China menghentikan kegiatan rumah sakit yang menjual organ manusia dan melarangnya diberikan kepada orang asing dengan mengutamakan rakyat sendiri. Apabila rakyat asing memerlukan organ, mereka perlu membayar sebanyak USD10,000 hingga USD65,000untuk satu ginjal. 3. Mesir -Pemerintah Mesir tidak memiliki undang-undang yang mencegah penjualan organ manusia. -Kira-kira 500 pemindahan ginjal secara tidak sah dilakukan setiap tahun menunjukkan angka itu begitu murah dan dipercayai ada broker organ. 4. Pakistan -Pakistan negara miskin dan menjadikan aktiviti menjual organ ginjal sebagai sumber pendapatan. -Pada 1994, Pakistan memperkenalkan peraturan Transplantation of Human Organs Act namun masih banyak halangan. Ia adalah bagi membolehkan pihak di luar mendermakan dan menerima beberapa organ tubuh manusia. 5. India -Akhbar melaporkan Transplant Authorization Committee bertanggungjawab dalam mencegah jualan organ.Kebanyakan broker, hospital dan doktor ditangkap di India. -Bagaimanapun, jualan buah pinggang masih semakin meningkat walaupun kes sudah didedahkan. Masih ramai membuka kedai haram mencari buah pinggang. 3
-Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan
yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,000 seorang). -Bayi yang diperdagangangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan sindiket ini. -Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama ILO telah mengadakan simposium untuk mewujudkan kesedaran dan sasaran mereka untuk majikan-majikan yang menyediakan pekerjaan kepada pekerja-pekerja asing. bayi yang menjadi mangsa pemerdagangan. 4
-Mangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di
tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja yang lain. -Pendatang asing, biasanya wanita dan kanak-kanak dimasukkan dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. -Wanita diarah bekerja sebagai pembantu rumah dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Malaysia. Pemerdagangan manusia di Malaysia Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Thailand , Kemboja, Nepal, India, China, Filipina, Burma, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar. Sesetengah imigran datang secara dipaksa atau terikat dengan hutang. Kebanyakan dari mereka adalah ahli perniagaan. Mereka menggunakan visa Pegawai Perhubungan Pelanggan, namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia. Kebanyakan syarikat Malaysia yang memasukkan tenaga buruh mengambil buruh berlebihan dari Bangladesh, Vietnam dan negara-negara lain. Majikan yang tidak bertanggungjawab akan menjadikan mereka sebagai buruh paksa. Pekerja asing lazimnya bekerja di ladang, tapak pembinaan dan kilang tekstil. Mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia menghadapi amalan-amalan berupa pemerdagangan manusia seperti sekatan ke atas pergerakan, penipuan dan fraud (pembuatan penipuan) dalam pembayaran gaji, perampasan pasport, atau ikatan hutang oleh ejen atau majikan mereka. TUJUAN PASPORT
Pelaksanaan e-pasport versi International
Civil Aviation Organization (ICAO) ini adalah penting bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kecekapan operasi dan keberkesanan sistem e-pasport secara menyeluruh. GOLONGAN KANAK-KANAK
-Kanak-kanak didefinasikan oleh undang-undang dunia
(International Laws) sebagai mereka yang berumur bawah 18 tahun. Sama ada bayi sehingga yang berumur 18 tahun, kanak-kanak boleh menjadi mangsa aktiviti jenayah pemerdagangan manusia yang bergantung kepada bentuk ekploitasi yang dikehendaki. -Contohnya, remaja kebiasaannya digunakan untuk pelacuran atau ekploitasi seks, kanak-kanak bawah 10 tahun digunakan untuk meminta sedekah, manakala bayi dijual terutama kepada keluarga yang tidak mempunyai anak. Kanak-kanak merupakan mangsa utama bagi pelaku pemerdagangan manusia. Ini disebabkan kanak-kanak dianggap senang dikawal dan tidak berupaya untuk melakukan sebarang tindakan di luar jangkaan. Ini boleh dikaitkan juga dengan fikiran mereka yang belum matang, yang tidak dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Ini adalah kelebihan yang digunakan oleh penjenayah untuk menjalankan kegiatan mereka. Kanak-kanak biasanya dijual kepada orang kaya dengan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Di samping itu, mereka juga dimanfaatkan untuk kegiatan pengagihan dadah. Mengapakah manusia mudah dijadikan mangsa pemerdagangan ini?
-kekurangan peluang pekerjaan di daerah asal.
-kelemahan penguatkuasaan undang-undang di dalam suatu
kerajaan.
-kekurangan pekerjaan yang formal khususnya bagi wanita .
-peluang pendidikan yang rendah yang tidak sama rata antara
kanak-kanak perempuan dan lelaki di kawasan bandar dan luar bandar. Pada kebiasaannya, di kawasan kampung taraf pendidikannya adalah rendah jika dibandingkan dengan bandar- bandar yang maju. -ramai kanak-kanak tidak mempunyai dokumen atau sijil kelahiran yang sah lebih mudah menjadi mangsa.
-budaya yang tidak menyebelahi kepentingan kaum wanita dan
kanak-kanak.sebagai contoh,lelaki lebih mempunyai keutamaan menjawat jawatan dalam pekerjaan polis jika dibandingkan dengan wanita.
-Konflik dan bencana yang menyebabkan ramai wanita dan
kanak-kanak menjadi mangsa dan mudah terperangkap dalam kegiatan pemerdagangan manusia. -tawaran gaji yang lebih lumayan di daerah yang ingin dituju berbanding dengan daerah asalnya.
-peningkatan sektor industri yang membawa kepada
kewujudan tempat-tempat hiburan dan industri seks komersil. KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA
MANGSA:
-mengalami gangguan mental dan fizikal
-mengalami trauma yang teruk -menghidap penyakit seperti HIV, AIDS, filis, jangkitan kuman dan sebagainya. -kanak-kanak yang menjadi pengemis jalanan berisiko menghidap penyakit SARS, jangkitan kuman, dan sebagainya. MASYARAKAT DAN NEGARA:
-kehilangan sumber tenaga atau kepakaran
-negara tidak berupaya untuk beroleh kepakaran yang maksimum -menyebabkan sistem pemerintahan negara menjadi lemah di mata dunia -wabak penyakit turut merebak ke dalam negara -pembangunan ekonomi terjejas -nama negara tercemar -Menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara -Peningkatan masalah sosial LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENANGANI MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA -Mahkamah khas dan mahkamah malam diwujudkan bagi mempercepatkan proses pertuduhan serta bicara kes yang berkaitan dengannya. -Penguatkuasaan undang-undang telah diperketatkan oleh kerajaan -Mewujudan Pelan Tindakan Nasional (NAP) di bawah Majlis Anti Perdagangan Orang (MAPO) serba sedikit telah dapat mengurangkan aktiviti ini -Melaksanakan kempen untuk meningkatkan kefahaman dan profesionaslisme jentera kerajaan dalam penguatkuasaan Akta Pemerdagangan Orang 2007. -Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti