yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai ini merupakan bentuk nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakkan orang. Nilai Objektif Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya. Contoh1 Isu pergaduhan dalam masyarakat hendak dielakkan menjadi satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek perpaduan. Bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan sememangnya akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus dielakkan. Dapat dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan. Contoh2 Pandangan tentang penderaanhaiwanadalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Haiwan sebenarnya memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Namun masih terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain. Contoh3 Kegiatan pemerdangan manusia perlu dibanteras. Jika dianalisis dari contoh ini didapati wujud kriteria nilai iaitu kegiatan pemerdagangan perlu ditolak. Kebanyakan orang akan bersetuju bahawa kegiatan ini perlu dihapuskan bagi kesejahteraan manusia. Contoh4 Pencerobohankeataskedaulatannegaralain adalah sesuatu yang salah. Contohnya, pencerobohan tentera Iraq ke atas Kuwait pada satu ketika dahulu adalah sesuatu yang salah. Contoh ini menjelaskan bahawa semua orang berpendapat bahawa menceroboh kedaulatan negara orang lain merupakan tindakan yang tidak baik atau salah. Contoh5 Perhambaan buruh kanak-kanak melanggar hakasasimanusia. Orang perseorangan atau mana-mana organisasi yang menjadikan kanak-kanak sebagai buruh paksa adalah salah. Semua orang bersetuju bahawa kriteria nilai menjadikan kanak-kanak sebagai buruh paksa adalah melanggar nilai kemanusiaan. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Selangor: Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Abdullah Zhidi bin Omar, Mahdi bin Shuid, Dr. Mazlan bin Aris, Mohd Fu'ad bin Sam & Dr. Roslina binti Suratnu. (2014). Penghantar Pendidikan Moral. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ee, Ah Meng. (1996). Pendidikan Moral. Shah Alam: Fajar Bakti. Eow Boon Hin. (2001). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. Tam Yeow Kwai. (2006). Pendidikan Moral Konsep dan Pedagogi Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.