Anda di halaman 1dari 69

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Pendedahan kepada Pengetahuan dan


Kemahiran Asas dalam Seni Peringkat Sekolah
Rendah
Disediakan oleh
CHEN JIE MIN
SOH CHIN YI
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah
menjurus kepada seni tampak.
Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam
proses penghasilan dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan
daya kreativiti individu melalui penajaman
daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid.
Murid diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan
mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah
merangkumi 4 bidang
i. Menggambar
ii. Membuat rekaan dan mencorak
iii. Membentuk dan membuat binaan
iv. Kraf tradisional
Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada
perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek
keindahan mahupun gunaan.
Dengan ini, murid akan dapat memahami
mengenai pelbagai khazanah dalam konteks
seni warisan bangsa.
Menggambar

Bidang
Membuat
Kraf Seni Visual
Rekaan dan
Tradisional Sekolah Corak
Rendah

Membentuk
dan
Membuat
Binaan
Bidang 1: Menggambar
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi
terhadap aspek melukis serta kegiatan
menggunakan pelbagai media dan teknik
dengan menekankan aspek ruang, struktur,
imbangan dan komposisi.
Bidang ini menekankan perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Melalui kegiatan ini, pelajar dapat meneroka
kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan
dan kegunaannya.
Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran
juga menjadi fokus dalam kegiatan menggambar.
Melalui kegiatan ini, pelajar dapat
memperkembangkan persepsi visual murid dan
kesedaran terhadap semi reka seperti warna,
garisan, susunan dan kesanan.
Contoh kegiatan dalam bidang menggambar:
i. Lukisan
ii. Catan
iii. Kolaj
iv. Montaj
v. Cetakan
Lukisan
Montaj

Catan

Kolaj Cetakan
Bidang 2: Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada


murid untuk memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya
menjadi suatu rekaan lain.
Bidang ini membolehkan pelajar mengenali
dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan
kehidupan seharian.
Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal
motif dan olahannya untuk menghasilkan
rekaan corak tertentu.
Kegiatan ini memberi peluang kepada pelajar
untuk membuat rekaan corak tidak terancang,
corak terancang dan juga corak tradisional
dengan teknik tertentu.
Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada
dua jenis iaitu:
Bidang 3: Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang ini mengandungi aktiviti yang


menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi
(3D).
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi
murid terhadap aspek seni dari segi bentuk,
ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Bidang ini juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan.
Ini memberi peluang kepada pelajar untuk
berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan
semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Contoh aktiviti:
i. Arca timbul
ii. Asemblaj
iii. Mobail
iv. Stabail
v. Model
vi. Diorama
vii. Boneka
viii. Topeng
ix. Origami
Arca timbul Mobail Stabail

Boneka Origami Topeng

Asemblaj Diorama Model


Bidang 4: Kraf Tradisional
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya
beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah
air.
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,
proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif,
corak dan hiasan.
Aspek aspresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran yang merangkumi
pengenalan, proses pembuatan serta mengenali
tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang
dinyatakan.
Di sekolah rendah, murid diperkenalkan
dengan kraf tradisional seperti:

Alat permainan Tekat


Alat domestik Ukiran
Alat pertahanan diri Tenunan

Alat perhiasan diri Anyaman


Batik tembikar
Asas seni reka merupakan pengetahuan tentang
unsur seni dan prinsip rekaan.
Unsur seni merujuk kepada garisan , rupa, bentuk,
jalinan, ruang, dan warna.prinsip rekaan pula
terdiri daripada harmoni, kontra, penegasan,
imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian
serta kesatuan.
Pemahaman dalam asas seni reka sangat penting
dalam setiap penghasilan karya seni visual.
Hasil karya seni visual yang baik memerlukan
pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara
unsur seni dengan prinsip rekaan.
Seni reka

Unsur seni Prinsip seni

Harmoni
Garisan
Kontra
Rupa
Penegasan
Bentuk
Imbangan
Jalinan
Irama dan pergerakan
Ruang
Kepelbagaian
Warna
Kesatuan
1. Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik
yang lain dengan mempunyai jarak-jarak
tertentu.
Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta
rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan
gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam
seni visual.
Garisan terdapat pada benda alam
dan benda buatan manusia.
Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan,
bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis
dan sebagainya.
Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti
akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di
lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan
tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan
sebagainya
Jenis-jenis garisan

Garisan halus Garisan tebal Garisan beralun

Garisan berduri Garisan bergerigi Garisan berpancar

Garisan berbulu Garisan berbiji Garisan berlingkar

Garisan zig zag Garisan putus-putus Garisan berserabut


Fungsi garisan
Menimbulkan rupa.
Menimbulkan bentuk.
Menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
Mewujudkan ruang.
Menghasilkan jalinan.
Menghasilkan motif pada reka corak.
Mewujudkan ton.
Menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
Garisan dengan Ton/Ruang
Garisan yang halus menimbulkan ton yang
cerah manakala garisan yang tebal akan
menimbulkan ton yang gelap.
Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton
yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat
menimbulkan ton yang gelap.
Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi
ruang yang jauh manakala garisan yang tebal
akan menampakkan ruang yang hadapan.
Penggunaan perbezaan
saiz garisan boleh
membezakan ruang yang
jauh/belakang dan
dekat.hadapan

Perbezaan jarak garisan


juga boleh membezakan
ton yang cerah dan ton
gelap
Semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan
hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz
pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan
belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah
atau kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
2. Rupa
Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan
titik mula
Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan
luar
Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
i. Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi
empat, pyramid, bulat dsb.
ii. Rupa organik rupa bebas yang tidak bersudut
seperti rupa daun, buah, batu dsb.
Rupa boleh diolah dalam bentuk:
i. Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu
kawasan
ii. Rupa negatif ruang di sekeliling rupa sesuatu
objek.
Pertemuan antara
permulaan dan
penghujung
sesuatu garisan
menghasilkan rupa
Jenis rupa

Rupa Rupa
geometri organik
i. Rupa geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai
sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi
dan lain-lain rupa yang bersudut.
Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu
pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran
tertentu.
ii. Rupa organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas
yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa
daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara spontan
Rupa boleh
diolah dalam
bentuk

Rupa positif Rupa negatif


Rupa positif dan negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang
terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa
objek tersebut.

Rupa positif Rupa negatif


3. Bentuk
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu.
Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan,
catan, arca, komputer dan kraf tradisi.
Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
i. Bentuk konkrit bentuk sebenar yang bersifat 3
dimensi.
ii. Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2
dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau
catan.
Penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
Ciri-ciri bentuk
Bersifat tiga dimensi (3D)
Mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
Berstruktur
Mempunyai rangka yang membolehkan
membentuk form atau isipadu dengan tepat dan
sempurna
Boleh dilihat dari semua arah
Mempunyai lebih dari satu permukaan
Terdapat bayangan
Mempunyai kesan cahaya dan bayang
i. Bentuk konkrit
Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan
dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada
pelbagai sudut.
Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-
benar wujud di hadapan mata)
Contoh: batu, kayu, meja, kereta dan
sebagainya.
ii. Bentuk ilusi
Bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran
penggunaan unsur-unsur seni seperti warna,
garisan dan lain-lain
Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan
melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau
pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya
dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat
mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya
dan bayang merupakan faktor terpenting.
4. Jalinan
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat
pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat
menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu
objek kepada kita.
Jalinan terbahagi kepada dua:
i. Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai
melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian
(alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam
buatan manusia).
ii. Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat
dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan.
Contoh jalinan pada Contoh jalinan pada
benda alam benda buatan
semulajadi manusia
i. Jalinan sentuh
Merupakan kesan permukaan yang dapat
dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti,
permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke
permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik
seperti capan, cetakan, gosokan dan
sebagainya
ii. Jalinan tampak
Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat
dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit
tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas
dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Contoh penghasilam karya berjalinan
tampak

Gosokan Pualaman Ikat dan celup

Capan Lukisan dan catan Batik


Fungsi jalinan
Sebagai Penyamaran
Sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
Menahan Geseran
Tayar kereta, tapak kasut
Sebagai hiasan
Corak pakaian, corak kertas dinding
Pengaliran air dan udara
Jala ikan
5. Ruang
Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek,
jarak antara dua objek, atau rongga dalam
sesuatu objek.
Ruang juga berkait dengan jarak dan kedudukan
di antara objek dengan objek yang lain.
Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
i. Ruang nyata / fizikal/ konkrit ruang sebenar yang
terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
ii. Ruang tampak/ ilusi ruang yang hanya dapat
dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)
Ruang nyata Ruang ilusi
Jenis-jenis ruang ilusi
Secara amnya, ruang ilusi yang digunakan
untuk menghasilkan karya 2D ialah ruang
cetek, ruang dalam, ruang rata dan ruang
meragukan.

Ruang cetek
Merupakan gambaran pada karya 2D yang hanya
melibatkan kawasan yang sempit atau rakaman
objek pada jarak dekat
Biasanya diolahkan dengan mempunyai ruang
depan dan ruang belakang
Ruang dalam
Ruang dalam pada karya 2D adalah berpandukan
garis ufuk yang jauh, biasanya dikaitkan dengan
gambaran lanskap
Olahan ruang dalam biasanya terbahagi kepada
ruang depan, ruang tengah dan ruang belakang

Ruang rata
Ruang rata ialah gambaran yang menunjukkan
subjek dan latarnya duduk sama rata sebagaimana
terdapat corak batik dan pelbagai jenis catan
abstrak
Ruang meragukan
Ruang meragukan merupakan ruang mengelirukan
atau kesamaran ialah kesan ilusi yang memberikan
dua gambaran berlainan pada masa yang sama
mengikut kepekaan yang melihat
Ruang dan perspektif
Kesan ruang boleh digambarkan melalui
perbezaan saiz objek
Perspektif ialah satu kaedah menghasilkan ruang
untuk meletakkan objek 3D di permukaan 2D
Di antara elemen penting dalam penghasilan
perspektif ialah garisan ufuk atau horizon dan
titik lenyap
Kedua-dua elemen tersebut bertanggungjawab
menyorot pandangan kita masuk ke dalam
lukisan atau catan.
Ruang dan warna
Warna memainkan peranan penting bagi menentukan
kedalaman sesuatu ruang yang ingin digambarkan
Objek dan latar diwarnakan dengan terang di bahagian
hadapan dan semakin pudar ke belakang untuk
menampakkan perbezaan jarak
Warna dapat bertindak menentukan sesuatu ruang itu
timbul atau tenggelam
Warna yang kuat kuasanya seperti warna asas akan
kelihatan lebih ke hadapan daripada warna sekunder
Aplikasi warna yang lebih pekat memberi gambaran
kedudukan yang dekat dengan pemerhati dan warna
yang lebih pucat menyorot masuk ke dalam catan yang
memberi ilusi ruang yang jauh dan dalam
6. Warna
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang
bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna
terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu
i. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah
dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna
sekunder dan warna tertier
ii. Warna sekunder terdiri daripada warna hijau,
jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada
campuran dua warna asas.
iii. Warna tertier percampuran warna asas dan
sekunder.
Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
i. Warna harmoni warna bersebelahan
dalam roda warna (warna sekeluarga,
selesa dan seimbang)
ii. Warna penggenap warna yang
bertentangan dalam roda warna
(menimbulkan kesan segar, kaya, kontra,
getaran dan pergerakan)
iii. Warna sewarna hanya satu warna yang
mempunyai pelbagai ton (daripada terang
kepada gelap)
Terdapat 2 suhu warna iaitu:
i. Warna panas warna antara warna merah ungu
hingga kuning hijau pada roda warna
(menimbulkan kesan bertenaga, garang,
harapan, perang, meriah dsb)
ii. Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu
pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk,
sedih, damai dan tenang)
1. Harmoni
Dalam istilah bahasa harmoni membawa
maksud aman dan damai
Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil
ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan
dan warna
Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-
unsur yang bercanggah
2. Kontra
Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-
unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan
di antara satu sama.
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian,
memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan
kesan pergerakan
Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin
tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
3. Penegasan
Penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik
perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian
tampak.
Ianya berfungsi sebagai daya penarik,
pemusatan karya, mengelak kebosanan dan
menjadikan gubahan lebih menarik.
Penegasan dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama
sempadan, sama berat dan graviti, sama
kecerahan warna, sama padan dan sama gaya
penampilan.
Terdapat tiga jenis imbangan iaitu
i. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara
kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan
axis dilukis di tengah-tengah pembahagian
tersebut)
ii. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama
di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-
ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
Pergerakan wujud apabila terdapatnya
keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar,
berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.
Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa,
rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua
dimensi.
Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin,
air, ombak, taufan dsb
6. Kepelbagaian
Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan
pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza.
Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi,
tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang
bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan kepelbagaian.
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan
warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea
bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang
tenteram, teratur dan selesa

Anda mungkin juga menyukai