Anda di halaman 1dari 17

EDUP 3033

MURID DAN PEMBELAJARAN


TAJUK TUGASAN:
BERDASARKAN PENGAMATAN/OBSERVERSI MENERUSI APLIKASI YOUTUBE, SEDIAKAN RUMUSAN
ANDA BERKAITAN DUA KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI DENGAN, SITUASI SEMASA PENGURUSAN
BILIK DARJAH DI MALAYSIA.
BERDASARKAN KAEDAH PEDAGOGI TERSEBUT, YANG MANAKAH PEDAGOGI YANG SESUAI
DILAKSANAKAN OLEH ANDA. NYATAKAN RASIONAL PEMILIHAN PEDAGOGI ANDA ITU DALAM
RANCANGAN AKTIVITI PDP ANDA.

PENSYARAH : ENCIK HASBULLAH ABU KASSIM

DISEDIAKAN OLEH : AISHWARRYA A/P RAJASEGAR


NO K/P : 960226-02-5218
ANGKA GILIRAN : 2016151340062
Model flipped classroom
Tiada model khusus untuk pengajaran kaedah flipped classroom.

Struktur pembelajaran menunjukkan bahawa murid mengikuti kuliah melalui alat-alat


yang sesuai di luar waktu P&P dan disusuli dengan aktiviti latihan.

Perkara yang biasa dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah adalah seperti
menyampaikan isi pelajaran, latar belakang pengetahuan, dan pengalaman hidup
sebenar telah yang diterima oleh murid di rumah melalui podcast, video youtube, dan
pelbagai sumber dalam talian. Biasanya kerja rumah akan dibuat dalam bilik darjah
dengan bantuan guru.
Oleh hal yang demikian, flipped classroom bukan sekadar pembelajar menggunakan
video dalam talianmenggantikan guru.
Murid juga dapat belajar tanpa struktur yang rigid dan mereka banyak menghabiskan
masa untuk mengikut pelajaran di atas talian.

Murid mungkin diminta melihat beberapa rakaman kuliah selama lima hingga tujuh
minit untuk setiap satu rakaman.

Setiap satu rakaman diikuti dengan satu kuiz atas talian untuk menguji kefahaman
mereka tentang apa-apa yang telah dipelajari secar interaktif.

Murid dapat mengulang tayang video yang kurang difahami untuk kefahaman yang lebih
jelas bagi mengelakkan kekeliruaan.
Waktu interaksi
guru dan murid
dalam bilik
darjah seperti
biasa
Wujud sebuah Ditambah lagi
kelas yang dapat dengan interaksi
menghubungkan secara talian di
semua murid luar jadual waktu
dalam kerja
pembelajaran

Ciri-ciri
model
Murid yang tidak flipped
hadir ke sekolah
juga dapat
classroom Persekitaran
pembelajaran lebih
mengiikuti luas
pengajaran guru

Kaedah
pembelajaran Tanggungjawab
langsung dan yang perluu
pembelajaran dilakukan oleh
konstruktivisme murid lebih
boleh banyak
digabungkan
KELEBIHAN MODEL FLIPPED CLASSROOM
Kesan penggunaan teknologi dalam kaedah Flipped Classroom dapat mengawal
interaksi murid ke arah yang lebih positif

Mereka terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan memahami bahan
P&P, memberi maklum balas kepada guru dan berbincang bersama rakan sekelasnya.

Murid juga dapat membuat catatan sendiri dan menyediakan soalan-soalan untuk
dibincangkan pada waktu interaksi ketika bersemuka bersama guru dan rakan

Guru terdorong untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dalam


bentuk video yang mesra pengguna

Waktu interaksi bersemuka antara guru dan murid adalah mengadakan pembelajaran
hands-on, amali dan demonstrasi guru serta melakukan aktiviti berbentu projek yang
kreatif secara individu dan berkumpulan bagi menerapkan pembelajaran koperatif dan
kolaboratif.
RUMUSAN

Pengajaran flipped classroom telah terbukti dapat mengurangkan kadar keciciran di kalangan
murid dan meningkatkan kualiti belajar murid.
Namun, ramai orang berpendapat bahawa pengajaran flipped classroom mengorbankan murid
yang tidak mempunyai akses kepada internet di luar sekolah.
Dalam hal ini, guru-guru dapat mengatasi dengan membekalkan CD atau tumb-drive yang
dimuatkan dengan video bahan pengajaran guru.
Rumusannya, flipped classroom menyediakan ruang dan peluang untuk membolehkan berlakunya
sesi pembelajaran melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru dengan menggunakan alat
berteknologi bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.
PROJECT BASED LEARNING
Pembelajaran berasaskan projek (project based learning-pbl) adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang telah diperkenalkan di malaysia.
Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana menyokong
kesemua kemahiran dalam komponen-komponen 4C (communation, collaboration, critical thinking,
creativity).
Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum
dan melibatkan kemahiran pelbagai (mutiple intellehent).
Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan
amalan dunia sebenar.
Teknik ini memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara secara
mendalam (mastery learning).
Melalui PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuanbaru, membuat pertimbangan, interpretasi serta
membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperolehi secara bermakna (teori konstruktivisme
dan teknik inkuiri).
6 KEMAHIRAN DALAM PBL

Tanggungjawab personal Kemahiran perancangan, Kefahaman antara


dan sosial berfikir kritikal, budaya
penaakulan dan kreativiti

Mengetahui bila dan


Kemahiran pemahaman bagaimana menggunakan
visual dan pembuat teknologi dan tahu
keputusan mengenal pasti teknologi
yang sesuai untuk sesuatu
tugasan
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PBL

Menguasai
kandungan
Kesemua pelajaran
bahan TMK Semangat
di sekolah kolaborasi
digunakan
sepenuhnya

Menyokong Memenuhi Pemikiran


gaya
pembelajaran kemahiran kritikan dan
inovatif
abad ke-21
4C
Pemahaman Kemahiran
budaya, komunikasi
bangsa dan Kemahiran oral dan
etika teknologi bertulis
maklumat
dan
komunikasi
(TMK)
RUMUSAN

Dengan PBL, guru hanya membentangkan persoalan, bukan kuliah ataupun tugasan.
Memandangkan murid tidak akan diberikan pengisian secara terus, kaedah pembelajaranmurid
akan menjadi aktif
Murid juga perlu berusaha sendiri untuk mencari bahan pengajian dan menyelesaikan
masalah/persoalan yang diberikan oleh guru.
Di dalam PBL, guru bukanlah sebagai tempat untuk mencari jawapan dalam sesuatu kes/persoalan
yang diberikan, mereka hanya bertindak sebagai fasilitator dan mentor didalam kumpulan murid.
BERDASARKAN KAEDAH PEDAGOGI TERSEBUT, YANG
MANAKAH PEDAGOGI YANG SESUAI DILAKSANAKAN
OLEH ANDA. NYATAKAN RASIONAL PEMILIHAN
PEDAGOGI ANDA ITU DALAM RANCANGAN AKTIVITI PDP
ANDA.
Pada pendapat saya, kaedah Project Based Learning
merupakan pedagogi yang sesuai dilaksanakan oleh
saya.
Hal ini kerana,
RASIONAL PEMILIHAN KAEDAH PROJECT BASED LEARNING
Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau
topik secara penyempurnaan projek.
Selain itu, pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah P&P yang berfokus iaitu melibatkan
pembelajaran berpusatkan pelajar, boleh menghubungkaitkan antara pellbagai bidang dan
kesepaduan dengan masalah kehidupan seharian.
Tambahan pula, pedagogi ini merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat
pelajar serta memberikan pengalamann berbentuk praktikal. Contohnya, seperti melukis pelan sekolah,
projek mural dan sebagainya.
Selain itu, kaedah ini melahirkan pelajar yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran demi
memenuhi permintaan tenaga kerja yang boleh merancang, bekerjasama, berkomunikasi serta
mempunyai tanggungjawab sivik dan berperanan sebagai warganegara global.
Pengajaran berasaskan projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian
dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu.
Kaedah ini juga menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.
P&P yang menggunakan projek membolehkan murid meluaskan pengalaman pembelajaran mereka di
luar kelas melalui soalan bermakna yang berkaitan dengan komuniti dan keluarga.
Selain itu, kaedah ini juga mempengaruhi murid untuk menyiapkan projek berasakan masalah atau
soalan yang diberi dengan pengetahuan saintifik yang dibina.
Soalan yang disediakan oleh guru berpotensi untuk mempengaruhi proses kognitif murid semasa
mereka membina pengetahuan saintifik. Hal ini menunjukkan bahawa P&P mengunakan projek haruslah
berkaitan dengan suasana kehidupan harian murid supaya mudah untuk mereka mengaitkannya
dengan projek yang dibuat melalui pendekatan PBL.
Pedagogi ini menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar
mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi
ilmu.
Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dnia
sebenar.
Contoh-contoh projek adalah seperti lawatan sambil belajar, penyiasatan uji kaji dalam makmal dan
aktiviti-aktiviti yang merentasi kurikulum yang dapat meluaskan dan mengayakan kurikulum.
Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri,
berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui internet atau menghasilkan projek
menggunakan perisian computer.
Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar yang
menjadi minat dan perhatian murid.
Dalam melaksanakan projek, murid mungkin akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber
mata pelajaran seperti, kajian tempatan, matematik, sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran
itu sendiri.
Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana menyelesaikan masalah atau
bagaimana menghasilkan projek yang terbaik.
Selain itu, penggunaan pembelajaran berasaskan projek ini juga akan membantu untuk menarik minat
pelajar untuk belajar suatu topik yang khusus dan memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai
topic tersebut.
Di samping itu, melalui kaedah pembelajaran berasaskan projek ini juga dapat mengajar pelajar untuk
menerima dan menghormati perbezaan individu serta menggalakan pelajar untuk sedia menanggung risiko
dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing seterusnya dapat menunjukan bahawa sumbangan
idea mereka dihargai.
KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kaedah pembelajaran berasaskan projek dilihat mempunyai kelebihan dan
kelemahan yang tersendiri, maka terpulang kepada budi bicara guru yang mengajar untuk
mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan kebolehan
murid.
Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek memberi peluang kepada murid untuk terlibat
secara aktif di dalam pembelajaran, terdedah kepada senario pekerjaan sebenar, mempelajari
kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan lebih bebas menyiapkan tugas walau masih terikat
dengan skop dan masa yang ditetapkan.
Selain itu, pendekatan pembelajaran berasaskan projek dapat merungkaikan sistem belajar di
sekolah yang ' rigid' dan lebih tertumpu kepada teori sahaja
LAMPIRAN

https://youtu.be/kTLLRbceDoM
https://youtu.be/LMCZvGesRz8
https://youtu.be/wlu5UhMbHcw
https://youtu.be/qdKzSq_t8k8