Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Rukun Negara
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama;

menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak; dan

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Kedaulatan
Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-
undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan
stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana
semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang
dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu
tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-
cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesimpulan

Tahun ini negara akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58, kita sebagai rakyat Malaysia
sewajarnya lebih bersatu-padu berbanding 58 tahun yang lalu. Namun, hakikatnya, pada ketika
ini kebanyakkan dari kita mempunyai sifat perkauman yang tinggi. Sifat toleransi di antara
kaum dan agama juga sudah semakin luntur.
Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada masa ini. Didalam keadaan
kita menuju kemajuan, ianya dilupakan sebagai salah satu alat yang membantu rakyat Malaysia
bersatu-padu suatu ketika dahulu. Ia sepatutnya bukan setakat dibaca sahaja tetapi juga di
amalkan didalam kehidupan seharian kita.

Anda mungkin juga menyukai