Anda di halaman 1dari 17

TERAPI MUZIK

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, Muzik adalah


suatu kesenian yang tertumpu pada
aspek pendengaran.Oleh yang demikian,
muzik boleh diperkenalkan kepada bayi
dan kanak-kanak pra sekolah dalam
bentuk elemen bunyi.
KEPENTINGAN MUZIK
Emosi
- Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan.
Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan
perasaan kanak-kanak.
Kognitif
- Meningkatkan daya pendengaran
- Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.
Kegembiraan
- Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk
menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan
rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-
kanak.
Fizikal
- Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat
pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang
didengar.
- Meningkatkan kemahiran motor.
Keyakinan diri.
- Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri
dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara
berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan
keyakinan diri.
Kreativiti
- Aktiviti muzik dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni
kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.
PENDEKATAN DALCROZE

Irama adalah pendekatan asas dalam


pendidikan muzik
Irama dan pergerakan berkaitan dengan
kehidupan murid/kanak-kanak
Elemen irama dan dinamik-berkait rapat
dengan pergerakan
KECERDASAN MUZIK

Kebolehan berfikir dalam bentuk muzik,


mendengar dan mengenal irama, membezakan
antara bunyi dan mencipta muzik .
Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul,
mengubah muzik, mengingati melodi, memahami
struktur dan rentak muzik.
MENYANYI
Peringkat umur Perkembangan

Lahir 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah muzik: Secara


berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan
suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula
bercakap yang bukan-bukan mengulangi suara seperti
ba-ba-ba.

6 18 bulan Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzik


lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk
bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi
aktiviti kegemarannya.
4 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula
menunjukkan peningkatan kawalan suara .Kadand-
kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh
menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain.

5 tahun ke atas Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.


BERMAIN ALAT MUZIK
Peringkat umur Perkembangan

6 9 bulan Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang


tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia
akan tekan, tendang ,memukul hampir semua benda
yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.

18 bulan 2 tahun Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan


bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak
berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan,
mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk
menghasilka bunyi.
2- 3 tahun Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada
tahap ini, anak menunjukkan minat dalam mendengar
alat muzik dan rakaman.Permainan alat muzik tidak
seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya
sendiri.

4- 5 tahun Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik


yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti
bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh
memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi
lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.
CONTOH PERALATAN MUZIK
PANDUAN MENYEDIAKAN TERAPI
MUZIK
Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang
sukar dilakukan oleh kanak-kanak.
Sediakan aktiviti yang fleksibel
Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak
mengikut tahap umur dan tahap kebolehan
mereka.
Gunakan bahasa yang mudah difahami.
Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada
kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh
guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang
lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik.
Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang
kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai
menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti:
AKTIVITI 1: MOVE AND FREEZE
Aktiviti ini mengajar murid untuk melakukan
sesuatu kerja dengan berganding bahu.
Aktiviti ini memupukan semangat menjaga
kebersihan persekitaran dalam kalangan
murid.
Menghilangkan rasa bosan dalam kelas.
Membantu pelajar aktif melakukan sesuatu
kerja.
AKTIVITI 2:MENCIPTA LAGU
Meningkatkan kecerdasan
Murid berasa lebih seronok.
Perkembangan diri (bakat)
komunikasi mesra.
Murid autistik
Meningkatkan pertuturan dan bahasa
Menggalakkan interaksi sosial.
Mengurangi rasa sakit.
AKTIVITI 3:MENARI

Menarik minat murid-murid


Suasana tenang
Meningkatkan kesihatan
Melegakan perasaan
Membantu murid yang bermasalah
Perubahan tingkah laku
SEKIAN TERIMA KASIH