Anda di halaman 1dari 27

BUDAYA KERJA

CEMERLANG
KECEMERLANGAN
Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang
diimpikan bukan sahaja oleh individu tertentu
tetapi juga oleh sesuatu organisasi yang
berwawasan.
Kecemerlangan memerlukan pengorbanan,
dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam,
kepimpinan, dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah
yang positif.
Amalan budaya kerja cemerlang mampu
menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.
KECEMERLANGAN
Biasa dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan
produktiviti.
Merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan
sahaja oleh individu tetapi juga oleh organisasi.
Kecemerlangan membawa implikasi maju
kehadapan, bersifat dinamik, gemilang,
menerima sanjungan, dan menjadi role model
kepada masyarakat.
Budaya kerja cemerlang yang hendak dibentuk
hendaklah menggambarkan komitmen
pengurusan meningkatkan kualiti dan
produktiviti.
KECEMERLANGAN
YAB Dato Seri Dr. Mahathir b. Mohamad ada
menegaskan bahawa:
Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang
tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap
sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi
kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar.
Kenyataan Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid
(1995):
Perlumbaan kepada peningkatan kualiti
sebenarnya adalah dua perlumbaan.Satu untuk
kehadapan; dan satu lagi sentiasa dihadapan.
NILAI & ETIKA
DALAM TUGAS
BUDAYA KERJA KETRAMPILAN DIRI
TINGGI
(HEALTHY ORGANISATION) MEMAHAMI RAKAN
& TINGKAHLAKU

BELAJAR DARI KECEMERLANGAN


KOMUNIKASI
MAKLUMBALAS INDIVIDU & ORGANISASI
YANG BERKESAN

MENANGANI
KONFLIK
KEPIMPINAN YANG
BERKESAN
PASUKAN (TORI)
T - TRUST
HUBUNGAN INTERPERSONAL
O - OPENESS
YANG BAIK
R - REALIZATION
I - INDEPENDENCE
ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
1. NILAI
MAKSUD: Tanggapan dan penerimaan individu dari
sudut pemikiran masing-masing.
Melaksanakan sesuatu keputusan perlu
berdasarkan pemuafakatan secara:
Pr- Problem (Kenalpasti masalah)
O- Objective (Menetapkan objektif)
A- Alternatives (Menyenaraikan pilihan)
C- Consequences (Mengenalpasti kesan dan
natijah satu-satu pilihan)
T- Trade-Off (Mengenalpasti kos melepas
berdasarkan satu-satu pilihan)
ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN

2. NORMA
MAKSUD: Nilai-nilai atau peraturan-peraturan hidup
dan amalan yang diterima dalam sesebuah
masyarakat.
3. SIKAP
MAKSUD: Kesediaan seseorang dari segi mental
dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu.
Merupakan peranan penting sebagai pendorong
dalam tindakan manusia samada untuk menerima
atau menolak sesuatu.
ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
4. ETIKA
MAKSUD: Prinsip-prinsip yang terbentuk
daripada gabungan unsur nilai, norma dan
sikap yang dikongsi bersama dalam
kumpulan.
Juga disebut sebagai falsafah moral, disiplin
yang memberi penekanan kepada apakah
yang baik atau buruk, benar atau salah dari
segi moral. Istilah yang juga digunakan
kepada sebarang sistem atau teori prinsip
atau nilai moral
Ensiklopedia Britannica,(2001)
UNSUR KECEMERLANGAN
Menghayati matlamat (ada misi dan visi)
Terfokus dan spesifik
Dapat diukur pencapaiannya
Boleh dicapai
Realistik
Sabar (masa)
Perancangan yang rapi
Penilaian terhadap kekuatan, kelemahan,
peluang dan halangan dari pelbagai aspek
(material, jasmani, sosial, emosi, rohani dan
intelek)
UNSUR KECEMERLANGAN
Ketrampilan (intangible)
Berfikir
Komunikasi
Pengurusan masa
Pemantauan
Pentadbiran(governan)
Polisi
Matlamat
Tatacara dan prosedur
Kaedah
UNSUR KECEMERLANGAN
Adab dan akhlak (etika) yang terpuji yang
membangun jati diri, sahsiah dan peribadi.
Adab: Perlakuan yang betul yang dilakukan
sesuai dengan masa, ketika dan suasana
Akhlak terpuji: Mengamalkan segala sifat
mahmudah dan menjauhi segala sifat
mazmumah
BUDAYA KERJA CEMERLANG
PRA-SYARAT:
1. Mewujudkan mind-set yang berorientasikan
kecemerlangan.
Supaya kakitangan lebih komited kepada
pencapaian matlamat dan mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti
organisasi.
Agar kakitangan bersedia untuk berubah
dan menyesuaikan keadaan dalam
menghadapi perubahan di sekitarnya
melalui anjakan paradigma demi mencapai
kecemerlangan.
BUDAYA KERJA CEMERLANG
PRA-SYARAT:
2. Penerimaan hakikat bahawa usaha
mewujudkan kecemerlangan dalam
organisasi bukan pelaksanaan yang mudah
dan boleh diperolehi dengan sekelip mata.
Usaha untuk mencapai kecemerlangan
adalah suatu usaha yang berterusan tanpa
ada had masa yang ditetapkan.
Pihak pengurusan perlu peka tentang ruang-
ruang yang boleh diperbaiki dari masa ke
semasa bagi menampung kelemahan-
kelemahan yang masih ada.
Jangan masukkan sampah sarap dalam otak
kita. Kalau kita sangka kita malas maka
Malaslah kita. Kalau kita sangka kita lembab,
maka lembab lah kita.Kalau kita fikir kita
mangkuk maka mangkuklah kita tetapi Kalau
kita fikir kecemerlangan itu mudah, maka
mudahlah untuk kita jadi cemerlang

Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang


yang gagal memberikan alasan.
PENGURUSAN PERUBAHAN
BUDAYA KUALITI

Peningkatan
Produktiviti

Kuantiti, Kualiti, Masa,


Kos
Pengetahuan, Sikap, Kemahiran,Kesihatan,Rohani

Kerajianan,Displin,Kegigihan,Daya Cipta,
Semangat Bekerjasama/Berpasukan,Mementingkan
Kualiti

GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG


NILAI-NILAI TERAS BUDAYA
KERJA CEMERLANG
Benar
Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab
Bercakap benar dan menepati janji
Cermat dan berhemah dalam membuat
keputusan
Bertindak berasaskan profesionalisme
Memberikan arahan yang jelas dan tepat
Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas
Sanggup menerima teguran dan nasihat
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA
KERJA CEMERLANG
Amanah
Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima
tugas dan tanggungjawab
Komited dan tekun melaksanakan tugas ke
tahap yang terbaik
Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja
Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran sepanjang masa
Bertanggungjawab ke atas hasil kerja,
tindakan dan keputusan yang dibuat
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA
KERJA CEMERLANG
Bijaksana
Berilmu dan berkemahiran
Minda yang sentiasa aktif dan badan yang sihat
Terbuka dan responsif kepada perubahan, idea,
pengetahuan
Pertimbangan teliti sebelum bertindak atau keputusan
Bertindak atau membuat keputusan dengan segera dan
cekap
Tertib dalam bertindak dan membuat keputusan
Menegakkan kebenaran dan menegur kesilapan
Melaksanakan keputusan muktamad
Kreatif, inovatif dan proaktif, bersabar menangani
tekanan
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA
KERJA CEMERLANG
Telus
Mengamalkan kaedah syura dalam apa tindakan dan
keputusan yang hendak dibuat
Bersikap terbukan dalam memberi buah fikiran dan
pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran
Memaklumkan tindakan dan keputusan kepada
pihak-pihak yang berhak mengetahuinya, samada
pihak-pihak dalam organisasi atau di luar organisasi
Menepati piawai kualiti perkhidmatan.
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA
KERJA CEMERLANG
Besyukur
Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama
Menghargai kejayaan orang lain dan memberi
pengiktirafan kepada yang layak
Sabar dan tenang menghadapi masalah
Bersederhana dalam meraikan kejayaan
Berterima kasih atas bantuan
Bersyukur, bersungguh-sungguh, bersedia
menabut bakti ke tahap optimum
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA
KERJA CEMERLANG
Adil
Membuat penilaian secara objektif dan profesional
Menerima pandangan dan bersedia membuat
pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan
fakta yang lebih lengkap dan tepat
Kritikal dalam membuat pertimbangan menggunakan
kaedah yang betul
Menghargai hak dan keperluan setiap invidividu dan
kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang
rasa
Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan
diri dan kemajuan kerjaya
Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri serta
adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja
NILAI-NILAI KEMBANGAN
BUDAYA KERJA CEMERLANG
Bertanggungjawab
Tanggungjawab bererti sesuatu kerja, tugas
atau janji yang mesti ditunaikan dan
seseorang yang diberi tanggungjawab
handaklah melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan dengan bersungguh-sungguh.
Berdedikasi
Berdedikasi bermaksud kesungguhan
seseorang bagi melaksanakan tugas dengan
sempurna dan sanggup melaksanakan kerja
lebih daripada yang diharapkan.
NILAI-NILAI KEMBANGAN
BUDAYA KERJA CEMERLANG
Berdisiplin
Merupakan satu sifat yang mengawal diri
seseorang untuk sentiasa berperilaku
berlandaskan undang-undang, peraturan,
prinsip dan nilai mulia.
Berkerjasama
Saling tolong-menolong untuk kebaikan
dalam menjadikan kerja yang berat menjadi
lebih ringan dan dapat disiapkan dalam
masa yang singkat. Merupakan elemen
yang penting kepada peningkatan kualiti dan
produktiviti.
NILAI-NILAI KEMBANGAN
BUDAYA KERJA CEMERLANG
Bersih
Adalah nilai yang melambangkan sifat suci
daripada kekotoran rohani dan jasmani di
dalam menjalani kehidupan. Seseorang
yang bersih akan terjelma pada perawakan
dan pembawaannya yang bersih dan kemas
dari segala sudut (pemakaian,tempat kerja
dan tempat tinggal)
Berbudi Mulia
Merupakan satu nilai yang ada pada
seseorang yang mudah memberi
kesenangan atau menolong orang lain
tanpa disuruh dan tanpa mengharap apa-
apa balasan.
NILAI-NILAI KEMBANGAN
BUDAYA KERJA CEMERLANG
Ikhlas
Bermaksud hati yang bersih dan suci dalam
melaksanakan tanggungjawabnya dengan
penuh keredhaan dan berusaha membuat
yang terbaik secara berterusan.
Tekun
Bermaksud bersungguh-sungguh, komited,
sabar dan teliti dalam melaksanakan
sesuatu tugas. Ketekunan akan
menghasilkan output yang berkualiti dan
mencapai sasaran yang ditetapkan.
NILAI-NILAI KEMBANGAN
BUDAYA KERJA CEMERLANG
Sederhana
Merupakan sifat yang menolak keterlaluan
atau berlebihan melalui kebijaksanaan
dalam membuat pertimbangan.
Sabar
Adalah sifat kekuatan dan ketahanan diri
dalam menerima kesusahan atau halangan
dengan menganggap tekanan dan
kesukaran tugas adalah dugaan dari Tuhan.
Manusia tidak merancang untuk gagal, tapi
mereka gagal untuk merancang
Kecemerlangan sebenar adalah apabila
anda dihentam sehingga bertekuk lutut,
tetapi mampu melantun kembali
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap
yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik

Anda mungkin juga menyukai