Anda di halaman 1dari 19

PEDAGOGI MASA KINI

MURID DAN PEMBELAJARAN


PENGENALAN

#Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) 2013-2015 telah memberi hala tuju
baru dalam bidang pendidikan.

#Pembelajaran abad ke 21 yang disarankan dalam


PPPM memberi tumpuan kepada aspek kurikulum
yang diharapkan dapat membawa pendidikan di negara
kita setanding dengan peringkat antara bangsa.

#Aspek kemahiran pedagogi mengalami transformasi


selaras dengan perubahan dalam kurikulum abad ke 21
KERANGKA KEMAHIRAN PEDAGOGI

Kemahiran pembelajaran dan Inovasi


Kemahiran Maklumat, Media dan
Teknologi
Kemahiran Kehidupan dan Kerjaya
KERANGKA KEMAHIRAN PEDAGOGI

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DAN INOVASI

Pembelajaran adalah satu proses interaksi antara murid, guru


dan sumber belajar dalam satu persekitaran yang kondusif.
Proses pembelajaran melibatkan beberapa fasa iaitu:
Fasa pertama - memperolehi ilmu pengetahuan. Contohnya
melalui pembelajaran Sains, murid dapat mengetahui bahawa
tumbuh-tumbuhan membina makanannya sendiri.
Fasa kedua - proses pembelajaran melibatkan penguasaan
kemahiran dan tabiat.
Contohnya, Ibu masak sayuran hijau dengan berhati-hati
untuk mengekalkan nutriennya dan menjadikan sayuran
sebagai hidangan yang perlu ada dalam sajian kerana sayur
membekalkan vitamin, kalsium dan mineral untuk tubuh
Fasa ketiga - proses pembelajaran membentuk
sikap dan kepercayaan di kalangan murid.
Contoh, murid terpaksa memakan sayur kerana
sayur-sayuran mampu untuk mencantikkan kulit,
menghindar penyakit dan mengekalkan kesihatan
tubuh.
Oleh hal yang demikian pembelajaran ialah proses
membantu murid agar dapat belajar dengan baik.
Dalam konteks pendidikan, pembelajaran berlaku
apabila :
wujudnya interaksi guru yang mengajar murid untuk
menguasai isi pelajaran sehingga mencapai sesuatu
objektif yang ditentukan dari aspek kognitif,
dapat mempengaruhi perubahan sikap dari aspek afektif
dan berketerampilan dari aspek psikomotor.
Pembelajaran yang bermakna sangat bergantung
kepada minat dan motivasi murid yang tinggi terhadap
pengajaran guru sebagai fasilitator yang kreatif.
Hasil pembelajaran dapat diukur melalui proses belajar
dengan mudah
Berdasarkan pemikiran reflektif, guru boleh
menjalankan inovasi bagi meningkatkan kualiti
pengajaran guru dan pembelajaran murid
Justeru itu, guru harus terlibat dengan pembelajaran
sepanjang hayat bagi memastikan pengetahuannya
seiring dengan perkembangan dan teknologi
semasa dalam bidang pendidikan.
KEMAHIRAN MAKLUMAT MEDIA DAN TEKNOLOGI

Teknologi masa kini telah berkembang daripada automasi


yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
sesuatu proses menuju ke arah fasilitation, iaitu
melengkapkan guru dan murid dengan peralatan
pembelajaran yang lebih baik dan berkesan.
Evolusi teknologi ini menyumbang kepada transformasi cara
guru mengajar dan cara murid belajar.
Teknologi pada abad ke-21 secara meluas menggunakan
media digital seperti jaringan sosial dan literasi Teknologi
Maklumat dan komunikasi (TMK).
Kemahiran dalam aplikasi maklumat, media dan teknologi
dapat mengupaya perkembangan daya intelek, sahsiah, dan
hubungan sosial seseorang
Persaingan pada peringkat global dalam perkembangan
ilmu dan teknologi menjadi cabaran dalam pedagogi abad
ke-21.

Dalam kontek pendidikan, TMK merupakan peralatan


teknologi komunikasi yang membentuk sistem rangkaian
elektronik yang digunakan untuk mencari, mengumpul, dan
menyimpan, memproses, menyalur, dan menyampaikan
maklumat secara pantas serta tepat.
Peranan guru sememangnya penting untuk
membimbing murid dalam melayari internet,
mencari maklumat melalui laman sesawang,
memilih perisian yang sesuai, mengumpul dan
mengurus maklumat untuk pengajaran dan
pembelajaran serta meningkatkan kesedaran akan
persaingan dan kehendak global.
Pembelajaran dalam talian memudahkan
pengguna berkongsi maklumat dalam bentuk
audio, video, teks, frafik dan animasi.
Teknologi ini dapat membina pengetahuan secara
mudah dan pantas.
Penggunaan e-pembelajaran web 1.o diperluaskan lagi
dengan terciptanya aplikasi web 2.0 yang menyediakan
perkhidmatan seperti blog, Facebook, Wikipedia, dan
Youtube.
Fasa perkembangan teknologi masa kini telah mendesak
perubahan dalam pedagogi daripada berpusatkan
guru kepada berpusatkan murid berasaskan teknologi,
media dan maklumat.
Sudah pasti persekitaran dan suasana pembelajaran
turut berubah daripada pembelajaran pasif kepada
pembelajaran aktif
Kemahiran komputer paling asas diperlukan oleh guru masa
kini adalah dengan menggunakan perisian Micrisoft Office,
rangkaian dan pangkalan data.
Kemahiran komputer secara spesifik yg perlu ada ialah:
download dan upload fail, aturcara web, reka bentuk dan
pembinaan pangkalan data ,install dan upgrade perisian, bina
dan sunting pangkalan data serta pemprosesan maklumat.
Oleh hal yang demikian, para guru perlu menguasai
kemahiran menggunakan komputer kerana kebanyakan
urusan pentadbiran sama ada untuk pengajaran dan
pembelajaran. pengurusan dan pentadbiran di jabatan-
jabatan kerajaan mahupun sektor swasta telah menggunakan
komputer dengan meluas
KEMAHIRAN KEHIDUPAN DAN KERJAYA

Untuk Menjadi Hebat Dan Berjaya Dalam Kehidupan


Terdapat 4P Yang Boleh Dijadikan Panduan :
1. Perasaan
Mempunyai perasaan yang mendalam terhadap sesuatu yang anda
lakukan menjadi antara motivasi terhebat yang anda punyai.
Lazimnya, kita tidak akan begitu bersungguh-sungguh jika tidak
mempunyai kecintaan dan keterujaan dalam karier mahupun hidup
kita.
Kita lakukan sedaya mungkin untuk mencapai segala yang dihajati
disebabkan cintanya kita kepada kerjaya kita.
Keghairahan dalam profesion keguruan akan menjadikan kehidupan
seorang guru lebih memberi erti, sanggup berkorban wang, masa dan
tenaga dan mempunyai komitmen yang tinggi tanpa mengharapkan
pulangan
2. Perancangan
Untuk menghasilkan proses pengajara tetapi belum
tentu menjamin perniagaan anda akan BERJAYA tanpa
perancangan yang betul. Semua individu dan organisasi
HEBAT di dunia ini melandaskan segala perkara yang
ingin dibuat dengan perancangan rapi. Ini membolehkan
kita meneliti segala kekuatan, kelemahan,peluang dan
ancaman untuk merealisasikan apa yang diimpi dengan
berkesan. Dengan itu, dapat kta memaksimakan
KEJAYAAN dan meminimumkan KEGAGALAN dalam
hidup dan kerjaya.
3.Pengetahuan
Asas pengetahuan tentang ruang lingkup kerjaya dan
kehidupan anda membuatkan anda lebih
berkemahiran.
Kemahiran yang tinggi semamangnya penting untuk
menyelesaikan segala tugasan dan permasalahan
yang dihadapi.
Justeru itu dalam hal ini, guru perlu menguasai
segala kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya
seperti kemahiran pengajaran dan pembelajaran
kemahiran pemikiran reflektif serta kemahiran
profesional yang lain
Untuk menghasilkan modal insan yang seimbangdan menyeluruh dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, seseorang
memerlukan penguasan kemahiran kehidupan yang holistik.
Kemahiran-kemahiran tersebut seperti berikut:

Kemahiran ilmu agama


Kemahiran pengurusan kewangan
Kemahiran temu duga
Kemahiran dwi bahasa
Kemahiran komunikasi
Kemahiran pengurusan masa
Kemahiran kerja berpasukan
Kemahiran pengurusan emosi
4. Pengalaman
Ramai mengatakan pengalaman adalah guru
yang terbaik
Dalam kehidupan perlu mencari pengalaman
sebanyak mungkin
Pengalaman berkaitan dengan kerjaya serta
kehidupan seharian akan membantu guru dalam
menguruskan tugasan profesional serta kehidupan
seharian.

Anda mungkin juga menyukai