Anda di halaman 1dari 12

JENIS-JENIS ISTIADAT DALAM

PENGAKAP
1. Istiadat Laung Agung.
2. lstiadat Bendera.
3. lstiadat Melantik Pengakap
Kanak-kanak.
4. Istiadat Meningkat Naik.
5. lstiadat Menyampaikan Lencana
Kemajuan/Kepandalan (PKK)
6. lstiadat Penyampaian Manik
Kayu.
7.lstiadat Pemeriksaan Pagi.
ISTIADAT MELANTIK PKK
a. PEK berada dalam bulatan. Akela
berdiri di tengah. Penolong Pemimpin
berdiri di luar bulatan di belakang
tiang bendera. PEK berdiri dalam
keadaan sedia.
b. Adik baru yang berada di luar
bulatan dipanggil masuk ke dalam
bulatan.
ISTIADAT MELANTIK PKK
c. Ketua sekawan berkenaan
membawa ahli baru itu berdiri di
hadapan Akela, Ketua Sekawan balik
ke tempatnya.
ISTIADAT MELANTIK PKK
d. Serentak dengan itu Penolong
Pemimpin masuk ke dalam bulatan
dan berdiri di sebelah Akela dengan
membawa topi, skaf dan lencana
keahlian.
ISTIADAT MELANTIK PKK
e. Akela : Adakah kamu
ingin menjadi seorang Pengakap
Kanak-Kanak ?
PKK baru : Ya Akela
Akela : Adakah kamu
bersedia untuk melafazkan
Persetiaan Pengakap
PPK baru : Ya Akela
ISTIADAT MELANTIK PKK
f. Akela melafazkan persetiaan
Pengakap dan diikuti oleh PKK
baru itu.
ISTIADAT MELANTIK PKK
g. Akela berjabat tangan dengan
Pengakap Kanak-Kanak yang
baru & berkata:
Saya percaya kamu akan
buat sehabis baik dan menurut
apa yang kamu janjikan. Kamu
sekarang adalah seorang
Pengakap Kanak-Kanak dan
seorang ahli dalam
persaudaraan Pengakap
Sedunia.
ISTIADAT MELANTIK PKK
h. Akela menyemat lencana
Keahlian, menyarung skaf dan
memakaikan topi kepada
pengakap Kanak- Kanak itu.
ISTIADAT MELANTIK PKK
i. Pengakap Kanak-Kanak
memberi tabik hormat kepada
Akela. Kemudian PKK berpusing
dan memberi hormat kepada PEK.
PEK membalas hormat sebagai
tanda mengalu-alukan PKK
(adik baru ) ke dalam pek.
ISTIADAT MELANTIK PKK
j. Ketua sekawan berkenaan
membawa PKK baru itu dan
memperkenalkan kepada
sekawan itu.
ISTIADAT MELANTIK PKK
k. Istiadat ini diakhiri dengan Laung
Agung yang dibuat kali pertama
disertai PKK tersebut.
ISTIADAT MELANTIK PKK
l. Sekiranya semua sekawan adalah
ahli baru, maka istiadat perlantikan
diadakan dalam dua peringkat.
Ketua Sekawan dilantik terlebih
dahulu dan ahli lain dilantik
kemudian.