Anda di halaman 1dari 18

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH HULU TERENGGANU

ASAS KAWAD TONGKAT


DISEDIAKAN OLEH
MARIAM BINTI BUANG
831007-11-5028
T-0125
PENGENALAN

Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan


Kawad Kaki.
Latihan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat menggunakan bahasa
hukuman serta pergerakan tentera.
Kawad tongkat hanya diperuntukan kepada unit Pengakap Remaja
sahaja
Pergerakan Kawad Tongkat berasaskan kepada pergerakan Kawad
Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan
tongkat.
SPESIFIKASI TONGKAT PENGAKAP

Panjang tongkat Pengakap ialah 160 sentimeter.


Diameter tongkat Pengakap ialah 3.5 sentimeter.
Tongkat mestilah lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.
PELAJARAN 1: SEDIA

1. Tangan kanan memegang


tongkat secara Y

2. Tapak tongkat di bumi selari


dengan jahitan seluar

BAHASA HUKUMAN: BARIS. SEDIA


KEDUDUKAN CEKAK Y
PELAJARAN 2: SENANG DIRI

1. lakukan pergerakan senang


diri dengan tangan kiri
berada di sisi
2. pada masa yang sama,
gerakkan tangan kanan ke
hadapan dalam keadaan
lurus dengan kedudukan 45
darjah
3. tapak tongkat tidak berubah
dan tangan kiri kekal di sisi

BAHASA HUKUMAN: SENANG. DIRI


PELAJARAN 3: REHATKAN DIRI

1. Kendurkan anggota badan


dari paras pinggang ke atas
2. Dalam keadaan senang diri
gerakkan tangan kanan ke
bahagian atas tongkat
dengan kedudukan tangan
bersudut 90 darjah

BAHASA HUKUMAN: REHATKAN. DIRI


PELAJARAN 4: KEDUDUKAN SEDIA DARI
SENANG DIRI

1. Tongkat ditarik kembali


kepada kedudukan sedia
dengan tangan kanan
diluruskan ke bawah
2. Rapatkan kaki kiri dengan
satu hentakan

BAHASA HUKUMAN: BARIS . SEDIA


PELAJARAN 5: JINJIT TONGKAT

1. Dalam keadaan sedia,


gerakkan pergelangan tangan
sahaja ke atas tanpa
membengkokkan siku
2. Kedudukan tongkat 3 cm
daripada paras bumi

BAHASA HUKUMAN: JINJIT. TONGKAT


PELAJARAN 6: RUSUK TONGKAT

1. Gunakan kekuatan
pergelangan tangan kanan
lambung tongkat
2. Tangan kiri menangkap
tongkat dengan kedudukan
selari dengan bumi
3. Kembalikan tangan kiri
kepada kedudukan asal
4. Tangan kanan kekal lurus
dengan cengkaman Y

BAHASA HUKUMAN: RUSUK TONGKAT


PELAJARAN 7: TURUN TONGKAT DARI RUSUK
TONGKAT
1. Kekalkan cengkaman tongkat
dengan tangan kanan
2. Secara pantas bawa tangan
kiri melintang badan dan
cekat tongkat
3. Siku tangan kiri kekal rapat
di badan
4. Turunkan tongkat dari
pegangan tangan kanan
dengan kawalan tangan kiri
5. Secara pantas bawa tangan
kiri ke kedudukan asal
BAHASA HUKUMAN: TURUN. TONGKAT
PELAJARAN 8: BARING TONGKAT
1. Gerakkan selangkah kaki kiri ke hadapan 6. Lepaskan cengkaman tangan kanan dari
tanpa hentak
tongkat
2. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut.
Lutut kaki kanan diletakkan di bumi dan 7. Terus bangun dengan menggerakkan
duduk di atas tumit kaki kanan. Peha kaki kaki kiri ke belakang dalam kedudukan
kiri paras bumi.
3. Pada masa yang sama juga dengan sedia yang betul tanpa hentak
kekuatan tangan kanan bawa tongkat
dalam kedudukan baring di atas bumi di
sebelah kaki kanan.
4. Tangan kiri di rusuk kiri lurus ke bawah
dan tangan kanan lurus selari dengan peha
kanan. BAHASA HUKUMAN: BARING. TONGKAT
5. Hujung jari kanan masih lagi mencekak
pada tongkat sambil anggota lain terus
pandang ke hadapan
PELAJARAN 9: ANGKAT TONGKAT DARI BARING
TONGKAT
1. Secara pantas langkahkah kaki kiri 6. Anggota badan yang lain diam dan
ke hadapan tanpa hentak, tapak terus pandang ke hadapan.
kaki kiri rata di atas bumi. 7. Bangun dengan tangan membawa
2. Pada masa yang sama bengkokkan tongkat kepada kedudukan sedia
kedua-dua lutut, lutut kanan
menyentuh bumi dan duduk di atas 8. Kaki kiri ke belakang rapat ke
tumit kaki kanan tumit kaki kanan tanpa hentak
3. Tangan kanan terus pegang sebelah 9. Anggota badan yang lain terus diam
atas tongkat, terus pandang ke dan pandang ke hadapan
hadapan
4. Bangun dengan tangan membawa
tongkat kepada kedudukan sedia.
5. Kaki kiri ke belakang apat pada BAHASA HUKUMAN: ANGKAT. TONGKAT
tumit kaki kanan tanpa hentak
PELAJARAN 10: KALIH TONGKAT

1. Tangan kanan menolak


tongkat ke kiri
2. Tangan kiri menyambut
tongkat dengan cengkaman Y
3. Tangan kanan kembali
kekedudukan asal
4. Tangan kanan diangkat
untuk persetian dan bacaan
doa
BAHASA HUKUMAN: KALIH. TONGKAT
PELAJARAN 11: HORMAT TONGKAT

1. Bawa tangan kiri ke kanan


dengan membuat tanda
pengakap.
2. Jari telangkup ke bawah dan
berada di tengah-tengah
tongkat

BAHASA HUKUMAN: HORMAT. TONGKAT


LAKUKANLAH PERGERAKAN KAWAD TONGKAT
DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA HUKUMAN DAN
PERGERAKAN YANG BETUL. BERKAWADLAH DENGAN
BERMARUAH

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai