Anda di halaman 1dari 35

PENCEGAHAN DADAH

TANGGUNGJAWAB BERSAMA
10 Mac 2017 / 11 Jamadil Akhir 1438
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang


jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri
dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
yakni dengan melakukan segala titah perintahnya dan
menjauhi segala larangannya. Sebelum meneruskan
khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang Jumaat
sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan
bercakap-cakap sewaktu khutbah sedang disampaikan.
Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk
kebaikan di dunia dan di akhirat. Khutbah pada hari ini
akan membicarakan tajuk PENCEGAHAN DADAH
TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Penyalahgunaan dadah adalah musuh negara, sepakat


Ulama bahawa penyalahgunaan dadah adalah haram
kerana memabukkan dan memudaratkan. Saban tahun
kes penagihan dadah terus meningkat. Menurut statistik
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2012
seramai 15,101 penagihan dadah dikenal pasti, pada
tahun 2015 meningkat kepada 26,668 penagih.
Gejala penagihan dadah diburukkan lagi dengan
kebanjiran dadah jenis baru iaitu dadah yang diproses
mengunakan bahan kimia yang terlarang seperti syabu,
ice, ecstasy, pil-pil khayal dan seumpamanya. Kesan
penggunaan dadah jenis ini lebih memudaratkan
terutama melibatkan kerosakan fungsi otak sehingga
boleh menyebabkan penagih menjadi ekstrem bahkan
sehingga membunuh.
Anak-anak adalah anugerah dan amanah terbesar Allah
S.W.T kepada setiap ibubapa. Oleh itu menjadi
tanggungjawab bagi setiap ibubapa memastikan
anak-anak mereka diasuh dengan didikan agama
yang sempurna, penuh kasih sayang serta
membenteng anak-anak daripada terpengaruh
dengan mana-mana anasir-anasir yang boleh
merosakan. Firman Allah S.W.T dalam surah At Tahrim
ayat 6:
Bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:
manusia dan batu (berhala); neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam
segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula
tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
Terdapat dua faktor utama yang menjerumuskan anak-
anak ke dalam kancah penagihan dadah iaitu faktor
keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Keluarga atau
ibubapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
membentuk dan mendidik anak-anak untuk menjadi
seorang insan yang sempurna. Menjadi tanggungjawab
ibubapa atau penjaga untuk memberi pendidikan agama
yang sempurna kepada anak-anak. Lakukan aktiviti
kekeluargaan mengikut lunas agama seperti solat
berjamaah, makan bersama, bertadarus Al Quran,
ziarah-menziarahi, riadah bersama dan
seumpamanya.
Ibubapa seharusnya meluangkan lebih masa terhadap
anak-anak. Ibubapa perlulah peka dan sentiasa
memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak-anak.
Ibubapa mesti mengambil tahu segala permasalahan
anak-anak, sama ada di rumah atau di luar rumah,
dengan siapa mereka berkawan dan di mana mereka
menghabiskan masa.
Pemantauan sepenuhnya terhadap segala gerak geri
anak-anak perlu sentiasa dilakukan. Ibubapa perlu lebih
perihatin dengan perubahan tingkah laku anak-anak
seperti perubahan emosi menjadi pemarah, bermasam
muka, agresif, melawan orang tua atau menjadi terlalu
pendiam serta tidak mahu terlibat dengan aktiviti
keluarga atau mengasingkan diri.
Antara tanda-tanda lain adalah seperti ponteng sekolah,
kemerosotan pencapaian akademik, bergaul dengan
rakan-rakan yang keciciran sekolah, tidak tidur malam,
balik rumah lewat dan sering meminta duit berlebihan
setiap hari. Kegagalan ibubapa untuk memantau
perkembangan dan perubahan tingkah laku anak-anak
akan menyebabkan anak-anak mudah terjebak di dalam
aktiviti yang tidak bermoral termasuk ke kancah
penyalahgunaan dadah.
Selain itu, keruntuhan rumahtangga juga merupakan
faktor penyumbang kepada masalah tersebut. Ia
memberi kesan yang mendalam ke dalam diri anak-anak
yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang
ibubapa. Anak-anak ini kebiasaannya akan cuba
mengambil jalan yang singkat sebagai satu cara untuk
melepaskan perasaan dan kepuasan diri.
Ibubapa hendaklah sentiasa berdoa agar anak-anak
sentiasa terpelihara dan dilindungi Allah S.W.T serta
dijauhkan dari pelbagai keburukan. Doa adalah senjata
bagi orang islam. Oleh yang demikian, menjadi
tanggungjawab ibubapa supaya sentiasa mendoakan
segala kebaikan untuk anak-anak. Kerana doa ibubapa
adalah doa yang mustajab yang sentisa diperkenankan
Allah S.W.T. Mohonlah kepada Allah agar anak-anak
menjadi sorang yang berakhlak baik dan budi pekerti
yang mulia serta terpelihara daripada sebarang
anasir-anasir negatif.
Firman Allah Taala dalam Surah Al Furqan ayat 74:

Bermaksud:
"Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri
dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami
Imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Sidang Jemaah Yang Berbahagia,

Pengedar dadah sentiasa mencari mangsa yang baru


tidak kira tua ataupun yang muda, pekerja atau pelajar
mahupun penganggur. Motif keuntungan menjadi
keutamaan mereka walaupun berhadapan dengan
hukuman ditali gantung. Masyarakat berperanan besar
untuk mencegah pengedaran dan penagihan
dadah dipersekitaran sendiri. Masyarakat berperanan
menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa, bersama
memantau dan menegur anak-anak jiran tetangga dan
sentiasa berbincang serta mencari jalan bagi menangani
permasalahan setempat terutama berkaitan dadah.
Bermaksud:

Jika kamu berkata kepada sahabat kamu diam semasa imam sedang
berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha yakni
berkata perkara yang
sia-sia
(Riwayat Imam Al Bukhari dan Imam Muslim)

Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di


akhirat. Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk ADAB MEDIA
SOSIAL.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Dunia kini di hujung jari. Itulah ungkapan yang tepat bagi


menterjemahkan hakikat kehidupan pada hari ini. Internet telah digunakan
secara meluas pada hari ini bahkan ia satu keperluan setiap individu
sebagai medium komunikasi. Sekarang hampir setiap orang dapat
menerima informasi dan berkomunikasi langsung sama ada jarak dekat
mahupun jarak jauh melalui penggunaan media sosial yang menggunakan
teknologi internet.

Media sosial telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan manusia di


era ini. Malah, ia menjadi cara baru dalam berkomunikasi dengan berkongsi
pengalaman
peribadi, hingga mengatur janji temu dengan teman lama atau baru
dengan mudah di media sosial.
Media sosial memudahkan kita mendapat dan menyebarkan maklumat
dengan pantas dan efisien. Media sosial mengandungi seribu satu kebaikan
dengan penggunaan yang betul. Namun, media sosial juga memiliki kesan
negatif kepada penggunaan yang salah. Ramai pengguna media sosial,
secara bebas melontar pendapat, berkomentar tanpa
diasaskan dengan fakta atau ilmu yang sahih. Tidak kurang yang
menggunakannya untuk melepaskan geram dengan kata-kata kesat, lucah,
maki hamun dan mencarut.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kebebasan yang diperolehi melalui media sosial bukan beerti tidak ada
adab yang membataskan mana yang boleh atau mana yang tidak boleh.
Ada baiknya kita mengenal adab yang harus diperhatikan ketika
menggunakan media sosial agar penggunaannya membawa kebaikan dan
memupuk perpaduan seterusnya menghindari kerosakan. Terdapat
beberapa adab yang perlu diberi perhatian antaranya:
1. Berkata yang baik, benar dan sopan.

Sabda Nabi S.A.W:

Bermaksud:
daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang
beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka berkatalah dengan perkataan
yang baik atau diam. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
2. Hanya menyebarkan maklumat yang sahih dan diyakini
tepat, hal-hal yang berguna dan bermanfaat.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An Nuur ayat 19:

Bermaksud: Sesungguhnya orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan


yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh
azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah)
Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang
demikian).
Dan Firman Allah S.W.T dalam Surah Qaaf ayat 18:

Bermaksud:
tiada suatu ucapan pun yang diucapkan, melainkan ada di sisinya malaikat
yang selalu hadir.

Penyebaran berita palsu, hadis palsu, perkara sia-sia bukan sahaja diancam
oleh Allah dan Rasul bahkan boleh membawa suasana panik dan huru-hara,
pergaduhan, konflik rumahtangga dan pelbagai akibat buruk yang lain.
3. Penggunaan yang sederhana dan munasabah. Elakkan
melampau-lampau menghabiskan masa dengan media sosial
sehingga lalai dan alpa terhadap kewajipan sebagai hamba Allah,
sebagai suami atau isteri, sebagai anak atau pelajar, sebagai
kakitangan awam mahupun swasta.

Firman Allah dalam Surah Al Mukminun Ayat 1-3:

Bermaksud:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang
khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Penggunaan media sosial secara melampau
menyebabkan masa banyak terbuang. Terlalu sibuk
melayari media sosial menyebabkan pembelajaran
terganggu, kerja yang sepatutnya dilakukan
tertangguh, kurang aktiviti sosial bersama keluarga,
rakan dan tetangga.
4. Menggunakan media sosial dengan cara yang betul dan selamat. Baru-
baru ini, dalam media digital menyatakan seramai 156 pasangan bercerai
setiap hari antaranya berpunca dari salah guna kemudahan Facebook dan
Whatsapps.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Profesor


Madya Dr Maryani Binti Mohd Noor menyatakan ramai pasangan muda
menjadikan Whatapps sebagai media meluahkan persaan marah apabila
berhadapan konflik rumahtangga. Jangan melampau berkongsi perihal
peribadi.

Mungkin ada ingin mengambil kesempatan dan berniat jahat


kepada kita. Jenayah boleh berlaku disebabkan penjenayah
mendapat maklumat peribadi daripada media sosial.
5. Menyebarkan gambar-gambar yang sesuai dan bermanfaat
seperti keindahan alam yang membuktikan kebesaran Allah. Hindari
penyebaran gambar lucah gambar sendiri atau orang lain yang tidak
menutup aurat apatah lagi mencolok mata, tidak menyebarkan
gambar kemalangan yang mengaibkan, video dan gambar fitnah
yang diedit.

6. Memilih masa yang sesuai. Jangan bermedia sosial ketika Khatib


sedang berkhutbah, ketika bermesyuarat, ketika memandu, ketika
berjalan, ketika belajar, ketika menziarahi saudara-mara dan
seumpamanya.
Saudara Hadirin Sekalian,

Diharapkan semua para jemaah dapat memaklumkan isi khutbah pada hari
ini kepada isi rumah masing-masing terutama ahli keluarga sendiri kerana
mereka adalah
tanggungjawab kita. Sabda Nabi S.A.W daripada
Ibnu Umar R.A:

Bermaksud:
Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab
di atas orang yang dipimpin.
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
(memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada
Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang
beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan
yang sepenuhnya.
(Surah Al Ahzaab ayat 56)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar tidak pernah berhenti menyeru marilah sama-


sama menunaikan solat fardhu secara berjemaah
seperti sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah R.A:
Bermaksud:
Seorang lelaki buta menjumpai Nabi S.A.W. Dia berkata:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki seorang
pengiring yang boleh mengiringiku berjalan ke masjid.
Kemudian ia memohon kepada Rasulullah S.A.W agar
diberikan keringanan sehingga dia boleh solat di rumahnya,
lalu Nabi S.A.W membolehkannya. Ketika orang tersebut
berpaling pergi, Nabi S.A.W memaggilnya dan berkata:
Apakah kamu mendengar azan solat?. Ia menjawab: Ya. Nabi
S.A.W menjawab: Maka datanglah!.
(Riwayat Imam Muslim)

Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin dan muslimat
sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Sesungguhnya Engkaulah Maha
Mendengar, Maha Dekat dan mengabulkan doa hambaMu.
Ya Allah, Engkau berikanlah rasa tanggungjawab dalam
diri kami ini untuk melaksakan perintah-Mu dan
berikanlah kebencian kepada kami terhadap larangan-Mu.

Ya Allah, didiklah diri kami ini untuk mendirikan solat


fardhu secara berjemaah, mengeluarkan zakat dan sifat-
sifat mahmudah yang lain. Kurnikanlah kepada kami
nikmat yang berkekalan, hati yang khusyuk serta penuh
keikhlasan dalam melakukan amal kebaikan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufik dan
hidayah-Mu terhadap Raja kami DYMM Paduka
Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah dan Raja
Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara
Salim serta Kerabat Diraja dan seluruh rakyat
jelata sekalian.

Anda mungkin juga menyukai