Presentation BM f5

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 8

- Ahmad Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara daripada

penjajah Inggeris dan PKM (Parti Komunis Malaya). Ahmad telah ditemui dalam keadaan
cedera parah oleh penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang maghrib di surau.
Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahmad yang cedera di bahu
serta membaringkannya. Ahmad tercungap-cungap dan akhirnya pengsan.
- Kampung Ahmad telah diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam padi.
Pada tahun 30-an Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah
beratus-ratus buruh untuk menanam getah. Ahmad menjadi yatim piatu apabila
bapanya, Wak Sadir meninggal dunia. Ahmad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth
selama 3 tahun.

- Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpindah
dan kekejaman Jepun menjadikan penduduk hidup susah. Ahmad telah dijadikan anak
angkat oleh Imam Deraman. Beliau mengajar Ahmad termasuklah bercakap bahasa
Inggeris. Pada tahun 1943, Ahmad bekerja di bandar.
- Pada tahun 1945 Jepun kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada
Tahun 1946, Ahmad menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya dipercayai
oleh orang kampung serta daerahnya. Tuan Booth balik semula ke estetnya dan beliau
sungguh mesra dengan orang kampung di situ serta mengeratkan hubungan antara
penduduk di kampung itu.

- Ahmad menjadi seorang pejuang nasionalisme dan semakin terserlah perjuangan serta
menentang perjuangan komunis serta penjajah melalui pidato dan penulisannya di dalam
surat khabar. Akhirnya dia telah mendapat jawatan nombor dua dalam partinya pada tahun
1952. Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula jatuh hati kepada Ahmad dan ini menimbulkan
prasangka kepada orang kampungnya.

- Pada tahun 1948, komunis mula mengganas di Perak dan Ahmad semakin tegas
menyedarkan rakyat supaya menentang ideologi komunis. Akibatnya, komunis menyerbu
banglo tuan Booth dan membunuh 5 orang penghuni. Mereka mengugut Tuan Booth
supaya menasihati Ahmad supaya berhenti mengajak orang kampung membenci
Komunis. Ahmad tidak mendengar nasihat Tuan Booth dan Penghulu Sigap, sebaliknya
dia semakin berani bersuara dengan lantang.
- Pada malam Jumaat yang lepas semasa menyampaikan ceramah, seorang budak lelaki
telah datang berjumpa Ahmad. Ahmad mengikuti budak itu dan sejak itu Ahmad hilang
dan tidak ditemui. Tiga kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha mencari
Ahmad tetapi Ahmad tidak dijumpai.

- Akhirnya, selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung tentang
kehilangan Ahmad telah terjawab apabila Ahmad muncul dalam keadaan cedera parah.
Ahmad meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap akibat
ditembak dengan 3 das peluru. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung
mengadakan doa tanda kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahmad.

- Tuan Booth balik ke England seminggu selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Setahun
selepas itu, Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana terkenangkan cintanya kepada
Ahmad. Dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis
Kegigihan dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk
mendapatkan kemerdekaan tanah air.

AHMAD MUTAWAKKIL
TUAN BOOTH
SANDRA
IMAM NGAH DERAMAN
PENGHULU IBRAHIM SIGAP
LATAR TEMPAT
oSurau kampung -Ahmad balik dalam keadaan cedera parah. Ahmad ditembak oleh
kominis dan meninggal dunia.
o Banglo tuan Booth Tuan Booth tinggal disitu bersama keluarganya. Tuan Booth
mengadakan parti dan penduduk kampung dijemput.
oEstet Ephill dan Estet Sungai komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa
inggeris.
oBandar Ahmad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat inggeris kepada
penentang jepun.

LATAR MASA
Waktu malam ahmad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat
supaya menuntut kemerdekaan.
Tahun 1941 tentera jepun menjajah tanah melayu dan tuan Booth keluar dari
banglonya untuk menyelamatkan diri.
31 ogos 1957 penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana
kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk ahmad.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi ahmad
memberi pidato kepada penduduk supaya bangun menentang penjajah dan
komunis.
Masyarakat melayu tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang
lalu dengan berkebun dan bersawah padi.
Masyarakat yang bersatu padu orang kampung membentuk 3 kumpulan
untuk bersama-sama mencari ahmad yang hilang.

BAHSA ARAB alhamdulillah / syahadah


REPITASI hati melayu tak reti bermusuh, hati melayu penuh dengan
persahabatan
PERSONAFIKASI ..ketenangan merayap ke seluruh negara..
SIMILE sawahpula, laksana lautan luas
METAFORA sayap parti / garisan perang / bola matanya
SINKOPE tak / tu / dulu / tau
PRIBAHASA anak ankatnya / minta diri / tangan kosong
KEBERANIAN kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu langkah yang
baik.>Ahmad berani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan
kemerdekaan.
PATRIOTISME kita mestilah mempunyai semangat patritosme dalam diri.>Ahmad
berjuang meniupkan semangat untuk

Anda mungkin juga menyukai