Anda di halaman 1dari 24

Tutorial 10

SEBAGAI SEORANG GURU


BERPENGALAMAN, ANDA SUDAH BIASA
BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI GAYA
DAN ISU KEPIMPINAN SEKOLAH.

BINCANGKAN GAYA DAN ISU KEPIMPINAN DAN


IMPLIKASINYA TERHADAP TUGAS DAN PERANAN
GURU.
Disediakan oleh: PRBCK8
HO SII SII
MAYNA LEE
NGU TIEN TIEN
Konsep asas kepimpinan
Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin
dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin,
daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan, 2002).

Kepemimpinan merupakan keupayaan untuk


mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan &
pegangan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya bagi
mencapai sesuatu matlamat. (Leithwood & Janti, 1999).
Hadis Rasulullah saw:

Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan


setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap
orang-orang yang dipimpinnya

Kepimpinan bermula daripada konsep kepimpinan


individu dengan individu, dan kepimpinan individu
dengan masyarakat yang akhirnya akan membina
masyarakat dan negara.

(Lukman Thaib, 1998)


Gaya Kepimpinan
Pihak Sekolah
Kepimpinan
Autokratik
Kepemimpinan autokratik

Menerangkan suasana perhubungan secara sehala antara


pemimpin dengan pengikut.

Semua perancangan, keputusan, dasar perancangan dan


perlaksanaan ditentukan oleh pemimpin itu sahaja.

Dalam konteks organisasi, corak autokratik terserlah melalui


pemimpin yang hanya menitikberatkan kecekapan operasi
tanpa mengambil kira hal ehwal pekerja.

Kecekapan dalam kendalian kerja diatur agar unsur - unsur


manusia tidak memberi banyak kesan.
Kepemimpinan autokratik mewujudkan perhubungan yang
sehala antara pengikut dengan pemimpin.

Pemimpin akan menentukan segala dasar, perancangan dan


menetapkan pelan perlaksanaan.

Tindakan dalam kepemimpinan adalah tanpa penglibatan


pengikut dan jika ada penglibatan sekalipun, penglibatan
pengikut adalah terlalu minimum.

Pemimpin memiliki kuasa penuh untuk menentukan


segalanya.
Ciri-ciri kepemimpinan autokratik

1. Setiap polisi diputuskan oleh pemimpin.

2. Pengikut tidak tahu apa hala tuju pemimpin kerana


pemimpin hanya mengambil satu langkah dalam satu
masa.

3. Pengikut tidak tahu pelan tindakan pemimpin kerana


tidak dikongsikan.
4. Pemimpin tentukan tugas dan tanggungjawab pengikut
pada satu-satu masa.

5. Pemimpin mengkritik atau memuji pengikut secara


personal.

6. Perhubungan sehala antara pemimpin dengan pengkut.

7. Sering memberikan hukuman dan ganjaran untuk mencapai


sesuatu objektif.

8. Meragui kebolehan pengikut.


Isu:
Pemimpin memberi perintah dan pengikut
mesti patuh kepada arahan yang diberi
tanpa banyak soal.

Implikasi:
1. Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat keputusan
tanpa mendengar pandangan dan pendapat guru.

2. Tiada semangat kerjasama dalam satu organisasi.


4. Guru tidak kreatif serta tidak mempunyai
inisiatif.

5. Pimpinan Autokratik dianggap sebagai beban


yang terpaksa diterima akan mewujukan
perasaan marah, kebencian, dan kerisauan
serta akan melumpuhkan seluruh operasi
organisasi.

6. Iklim sekolah menjadi tegang dan menimbul


rasa negatif terhadap orang dipimpin.
Kepimpinan
Demokratik
Kepemimpinan demokratik

Corak kepemimpinan demokratik pula mempunyai ciri-ciri


yang berlawanan dengan corak autokratik.

Pemimpin yang mengamalkan corak kepimpinan


demokratik sentiasa menggalakkan ahli-ahlinya
mengambil bahagian bersama dalam membuat sesuatu
keputusan.

Pemimpin berkeyakinan bahawa yang dipimpin mampu


membina keputusan sendiri dan melaksanakan keputusan
yang telah diputuskan dengan jayanya.
Dalam organisasi, pengimplimentasian corak ini dapat
dilihat apabila pemimpin memberikan penekanan yang
maksimum kepada kedua-dua aspek iaitu tugas dan
manusia.

Kerja berhasil dari komitmen pekerja, penyatuan tujuan,


saling hormat dan percaya mempercayai antara pekerja
dengan pemimpin.

Kepemimpinan demokratik secara dasarnya banyak


memberi galakan dan sokongan kepada pengikut untuk
mengambil bahagian dalam perancangan, keputusan dan
cara perlaksanaan.
Ciri-ciri kepemimpinan demokratik

1. Pemimpin menggalakkan pengikut bersama


berbincang untuk pembentukan polisi dan keputusan.

2. Setiap aktiviti dilaksana setelah dibincangkan secara


bersama.

3. Pengikut bebas bekerja dengan sesiapa yang


dirasakan sesuai dan pemimpin tidak menghalang;
tetapi memberikan beberapa pandangan peribadinya.
4. Idea-idea pemimpin boleh dibincang dan
dikritik.

5. Pemimpin sedia menerima kritikan dan sedia


mengakui kelemahan.

6. Pembahagian tanggungjawab.
Isu:
Pihak pengurusan sekolah melibatkan semua guru dalam
penganjuran dan pengelolahan semua aktiviti yang dijalankan
dalam sekolah.

Implikasi:
1. Meningkatkan iklim persekolahan yang kondusif dan
membangkitkan rasa puas hati orang yang dipimpin.

2. Memajukan bakat dan memperkembangkan kemahiran


guru.

3. Guru akan menjadi lebih bermotivasi , berkomitmen tinggi


dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang
dibuat bersama.
Kepimpinan Laissez-
faire
Kepemimpinan laissez-faire

Laissez-faire ialah satu bentuk corak


kepemimpinan yang menunjukkan satu
perhubungan yang paling sedikit antara pengikut
dengan pemimpinnya.

Pemimpin hanya bertindak sebagai penyalur


maklumat dan sumber fizikal sahaja serta memiliki
kuasa yang terlalu sedikit dalam membuat
keputusan.
Pemimpin hanya akan membuat keputusan apabila
diminta oleh pengikut.

Pemimpin yang mengamalkan corak ini dalam organisasi


dikenalpasti apabila beliau hanya memegang peranan
minimum, iaitu sekadar cukup untuk menjaga keahlian
organisasi sahaja.
Ciri-ciri kepemimpinan laissez-faire
1. Memberi sepenuh kebebasan kepada pengikut untuk
membuat keputusan.

2. Pemimpin hanya membuat keputusan apabila diminta.

3. Pemimpin akan menyalurkan segala kemudahan yang


diperlukan oleh pengikut.

4. Pemimpin mengambil bahagian yang minimum dalam


perbincangan.

5. Kurangnya penekanan terhadap peraturan.


Isu:
Para pemimpin jenis ini tidak mempunyai
matlamat dan objektif kerja yang jelas dan
juga tidak mempunyai perancangan.

Implikasi:
1. Konflik antara pelbagai kumpulan dinamik sama ada
formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk
dikawal.
2. Guru-guru dan kakitangan tiada pedoman kerja.
3. Disiplin sekolah merosot.
4. Keadaan sekolah tidak bersistematik.
5. Tiada semangat kerjasama dalam kalangan guru.
Rujukan
Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice.


USA : Sage Publications.

Razali M. Z. (1993). Kepemimpinan dalam pengurusan.


Kuala Lumpur : Utusan Publication.

Koontz, H. & Wichrich, H. (1997). Pengurusan (terjemahan


Mohd. Salmi & Siti Nadzrah). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sekian, terima kasih !