Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pipa
Konghou
2. Tamadun India <> Tamadun Islam
i. Penyebaran agama Islam dilakukan oleh
orang Turki dan wujud satu budaya yang
bersifat budaya komposit (Identiti kedua-dua
budaya tetap dikekalkan)
ii. Berlaku perubahan bahasa iaitu bahasa
Urdu.
Mempunyai tatabahasa Prakrit dengan
perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki.
Ditulis dengan skrip Arab tetapi, diubah untuk
mewakili bunyi bukan Arab.
Di kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu
Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah
Urdu Kerajaan Moghul.
iii. Pendidikan dipengaruhi budaya Indo-
Muslim apabila dasar pendidikan yang baru
diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah
teragung zaman Mughul.
Orang Hindu berpeluang belajar bahasa Persia
dan sehingga ada yang menjadi guru dan
malahan, buku sains perubatan turut ditulis
dalam bahasa Persia oleh ahli-ahli fizik Hindu.
iv. Bidang seni bina mengalami perkembangan
yang pesat pada zaman Mughul.
Contoh : pembinaan bangunan Kabuli Bagh di
Panipat, Jami Masjid di Sambal, sebuah masjid
di Agra dan Taj Mahal yang dibina oleh Shah
Jahan (berdasarkan konsep dan gaya Islam
namun penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran
dan motif-motif bunga-bungaan lebih bercirikan
seni bina Hindu).