Anda di halaman 1dari 38

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

(MINGGU 11)
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD SAIFUL FIRDAUS BIN SINGAH
MOHD ARIF BIN SAINI
ISI KANDUNGAN
 KERACUNAN
 TERSELIUH
 PEMULIHAN PERNAFASAN
KERACUNAN
KERACUNAN

RACUN
Racun merupakan bahan-bahan yang
berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas
yang bila mana ianya diambil atau masuk
ke dalam tubuh badan melebihi dari
sukatan yang sepatutnya, maka ianya akan
menjejaskan kesihatan badan.
CARA- CARA RACUN MASUK KE
TUBUH
Sistem pemakanan – Secara memakan atau
meminum bahan-bahan yang berbentuk pepejal
atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-
ubatan, makanan tercemar dan sebagainya.

Sistem pernafasan – Melaui sedutan gas atau


bahan debu yang terampai di udara. Contohnya
gas karbon dioksida, Karbon monoksida,
kotoran, debu-debu racun serangga dan lain-
lain.
• Melalui suntikan urat darah atau otot –
Biasanya ia berbentuk cecair. Contohnya
menyuntik ubat melalui otot atau urat darah,
menyuntik dadah, sengatan binatang bisa dan
patukan atau gigitan ular berbisa.

•Serapan kulit – Sesetengah bahan cecair


seperti racun rumpai atau serangga yang
terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem
badan. Contohnya racun malation dan
paraquat.
Keracunan Melalui Sistem Pemakanan
Tanda-tanda dan Gejala
a) Sakit perut.
b) Loya dan muntah-muntah. 
c) Gelisah dan pucat.
d) Berlaku cirit-birit.
e) Mangsa mengadu dahaga.
f) Terdapat tanda melecur atau terbakar di
bibir dan mulut mangsa bagi racun jenis
yang membakar.
g) Terdapat bau racun apabila mangsa
bernafas atau bercakap.
RAWATAN KERACUNAN MELALUI
SISTEM PEMAKANAN
 Tenangkan mangsa.
 Longgarkan pakaian yang ketat.
 Cuba keluarkan bahan yang beracun
dengan memberi air yang dicampur
garam sebanyak mungkin, atau
mengeletek bahagian leher atau
kerongkong mangsa.
 Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak
nadi dan pernafasan. Lakukan CPR jika
penafasan terhenti.
 Dapatkan rawatan perubatan berserta dengan
bahan yang boleh menjadi bukti jenis
keracunannya. Contohnya bekas ubat,
muntah atau bekas-bekas kosong pengisi
bahan beracun tersebut.
 Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa
dalam baringan separuh meniarap.
KERACUNAN MELALUI SALURAN
PERNAFASAN
Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening.
b) Lemah dan tidak bertenaga.
c) Loya dan muntah-muntah.
d) Mangsa mengadu sukar atau sesak
nafas.
e) Muka mangsa dalam keadaan pucat dan
mangsa dalam keadaan gelisah.
f) Pergerakan nadi pantas dan lemah.
RAWATAN KERACUNAN MELALUI
SISTEM PERNAFASAN.
 Bawa mangsa ke tempat yang berudara.
 Tenagkan mangsa dan longgarkan pakaian
yang ketat.
 Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa
dalam baringan separuh meniarap. Periksa
gerak nadi dan pernafasan. Beri bantuan
CPR segera sekiranya pernafasan atau gerak
nadi mangsa terhenti.
 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
KERACUNAN MELALUI SERAPAN
KULIT
Tanda-tanda dan Gejala.
a) Pening dan badan menjadi lemah.
b) Loya dan muntah.
c) Terdapat tanda kegatalan atau bintik-
bintik merah di tempat yang terkena
racun.
d) Badan menjadi sejuk.
e) Sesak nafas dan nadi berdenyut cepat.
RAWATAN KERACUNAN MELALUI
KULIT
 Tenangkan mangsa
 Cuci tempat terkena racun dengan air yang
banyak.
 Letakkan mangsa dalam keadaan yang
selesa.
 Dapatkan bantuan perubatan.
KERACUNAN MELALUI
SUNTIKAN ATAU GIGITAN
Tanda- tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening dan lemah.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Gelisah dan badan menjadi sejuk.
d) Mangsa mengalami kesukaran bernafas.
e) Gerak nadi menjadi cepat dan lemah.
f) Mangsa berkedaan pucat dan keletihan.
g) Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di
badan.
h) Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan
atau gigitan.
RAWATAN KERACUNAN MELALUI
GIGITAN/ SUNTIKAN
 Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa
dalam keadaan selesa.
 Dapatkan butir-butir keracunan dari
mangsa.
 Berikan rawatan CPR jika mangsa dalam
keadaan terhenti pernafasan atau
pergerakan nadinya.
 Dapatkan rawatan perubatan dengan segera
TERSELIUH
TERSELIUH [DISLOCATION] 
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya
dari luar yang kuat menyebabkan ligamen
tertarik atau koyak.
Kawasan kecederaan biasa di pergelangan
tangan atau kaki serta lutut.
TANDA-TANDA DAN GEJALA
TERSELIUH
Sakit bahagian yang tercedera.
Bengkak dan lebam pada bahagian
persendian.
Sakit apabila menggerakkan bahagian
cedera tetapi masih dapat mengerakkan
anggota tersebut.
RAWATAN
R . I . C .E
[Rest] Rehatkan kawasan yang
cedera.
[Ice] Letakkan ais yang telah
dibungkus di dalam kain ke tempat
cedera.
[Compression] Balut tempat yang cedera.
[Elevation] Tinggikan tempat cedera dari
paras jantung.
Hantar ke hospital.
PEMULIHAN PERNAFASAN
( C.P.R)
PEMULIHAN PERNAFASAN
[ CPR ]

CPR - CARDIO PULMONARY


RESUSCITATION
DEFINISI
CPR ialah satu teknik yang boleh
menyelamatkan nyawa,tanpa
menggunakan alatan yang canggih dan
kepakaran yang boleh didapati di hospital.
(sumber:Bulan Sabit Merah Malaysia)
Pemulihan pernafasan akan dijalankan
apabila berlakunya keadaan susah hendak
bernafas atau terhenti pernafasan.
TUJUAN CPR DIBERI…
Menyelamatkan nyawa hingga mangsa
selamat tiba di hospital untuk rawatan
lanjut.
BILA CPR BOLEH DILAKUKAN?
1. Bila mangsa tidak sedarkan diri
2. Mangsa tidak bernafas
3. Tiada denyutan nadi di karotid mangsa
BAGAIMANA MELAKUKAN C.P.R?
1. Mulut ke mulut .
2. Mulut ke hidung.

VIDEO
TINDAKAN / TEKNIK RAWATAN

Pastikan kawasan selamat.


 Panggil mangsa – “Hello, Hello”
Jika tiada tindakbalas, minta bantuan orang
ramai untuk menghubungi ambulan.
Betulkan kedudukan mangsa.
Buka saluran pernafasan.
Lakukan Dengar-Rasa-Lihat untuk 10 saat.
Jika mangsa tidak bernafas, beri 2
hembusan perlahan-lahan.
Cari tempat tekanan – pertengahan tulang
sternum.
Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali
hembusan.
Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan.
Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa –
batuk, bernafas atau pergerakan.
Tunggu kehadiran ambulan.
PERINGATAN.
Hadkan hembusan pada pemulihan yang
dilakukan kepada kanak-kanak /anak kecil.

Pemulihan ini hendaklah juga dilakukan


walaupun tiada tanda-tanda yang berhasil
dan juga semasa didalam perjalanan
kehospital.
MENILAI SITUASI MANGSA
TINDAKAN = D R A B C
D = DANGER ( Bahaya )
R = RESPONS ( Tindak Balas / Reaksi )
A = Airway ( Saluran Udara )
B = Breathing ( Pernafasan )
C = Compress ( Peredaran/Pengaliran
Darah dari/ke jantung )
D - DANGER/BAHAYA
Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya.
Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda
baik.
Pada prisipnya – alihkan bahaya dari mangsa
atau alihkan mangsa dari bahaya.
R - RESPONS/TINDAK
BALAS
Panggil mangsa atau kejutkan beliau.
Jika tiada tindak balas dari mangsa –
lekas minta bantuan ambulans.
A - AIRWAY/SALURAN UDARA

Betulkan kedudukan mangsa.


 Donggakan kepala mangsa untuk
membuka saluran pernafasan dengan
kaedah HEAD TILT – CHIN LIFT/
Dongak Kepala Angkat Dagu (atau Jaw
Thrust )
B - BREATHING/PERNAFASAN

Periksa pernafasan mangsa dengan


membuat 3M = Melihat, Merasa dan
Mendengar.
Jika tiada pernafasan beri 2 hembusan
bantuan.
C –COMPRESS / PEREDARAN DARAH
Lakukan tekanan pada dada mangsa
sebanyak 30 kali .
Diikuti dengan memberi 2 hembusan
pernafasan kepada mangsa dan dilakukan
dalam 5 pusingan.
SUMBER RUJUKAN
http://pbsmtmsr.blogspot.com/2007/06/ra
watan-terseliuh.html
zaim-al-humaidi.blogspot.com/.../nota-
lengkap-pertolongan-cemas-asas-
dlm.htm
www.scribd.com › Research › 
Health & Medicine
SEKIAN
TERIMA KASIH