Anda di halaman 1dari 17

ASAS PENYEJUKKAN

Pengenalan dan asas operasi


Teknologi penyejukkan terbaru
Pengendalian bahan pendingin
PENGENALAN DAN ASAS OPERASI
Pengenalan Therminologi

Penyejukkan
proses pemindahan haba dari satu tempat yang tidak
diperlukan ke satu tempat yang memerlukan.
Proses penyejukkan
satu proses menjadikan sesuatu itu sejuk.
Sejuk
suatu keadaan tanpa haba.

Kesimpulan : proses pemindahan atau pembuangan haba


dari satu bahan samada pepejal , cecair, mahupun gas.
Haba
Haba ialah sejenis tenaga yang tidak dapat dibentuk atau dimusnahkan.
Haba dapat diperolehi dengan menukarkan satu tenaga kepada satu
tenaga yang lain. Haba boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, iaitu
haba eletrik, haba mekanik, haba nukleus, haba suria dan haba kimia.

Unit-unit Haba.
Unit imperial, yang menggunakan sukatan unit haba British BTU.
Unit metrik, yang menggunakan sukatan dalam unit kalori dan joule.

Unit Haba BTU (British Thermal Unit)


Unit ini lebih dikenali dengan BTU.
1 BTU bermaksud jumlah kandungan haba yang diperlukan bagi
menaikkan suhu 1 lb air pada 1F.
Berat dikira dalam sebutan paun dan suhu disukat dalam darjah
Fahrenheit.
Cara perpindahan haba

Perpindahan haba secara pengaliran Cara haba berpindah

Perpindahan haba secara perolakan Perpindahan haba secara pancaran


Prinsip kendalian sistem penyejukan
Kitaran asas penyejukan
Rajah enthalpy
Komponen Asas Sistem penyejukan
Pemampat (compressor)
menyedut gas bahan pendingin tekanan dan suhu rendah dari penyejat untuk
dimampatkan menjadi gas bahan pendingin tekanan dan suhu tinggi. Gas
bahan pendingin tekanan dan suhu tinggi ini terus dianjakkan ke pemeluwap
Pemeluwap (condenser)
menyingkirkan haba yang diserap oleh bahan pendingin ke udara luar secara
perolakan udara biasa atau secara perolakan udara paksa. Apabila haba dari
gas bahan pendingin bertekanan dan suhu tinggi disingkirkan di pemeluwap,
bentuk gas bahan pendingin akan bertukar kepada cecair bertekanan dan
suhu tinggi.
Peranti pemeteran (metering device)
mengawal kadar aliran cecair bahan pendingin dari bahagian tekanan tinggi
ke bahagian tekanan rendah sistem dan untuk menurunkan tekanan cecair
bahan pendingin
Penyejat (evaporator)
cecair bahan pendingin bersuhu rendah di dalam penyejat akan menyerap
beban haba penyejukan .
Teknologi Penyejukkan Terkini
Pengendalian Bahan Pendingin
Pengenalan

Meminimumkan pelepasan bahan pendingin ke atmosfera semasa


kerja-kerja memasang, menservis dan membaik pulih sistem
penyejukan dan penyaman udara semasa mengendalikan bahan
pendingin.

Fungsi bahan pendingin:


Untuk menyerap haba.
Cecair bahan pendingin yang berada di penyejat akan bertukar
menjadi gas dan menyingkirkan haba ini di pemeluwap.
Di pemeluwap, gas bahan pendingin bertukar menjadi cecair.
Pengenalan

Bagi mengawal pengeluaran dan penggunaan bahan-


bahan yang boleh menipiskan ozon seperti CFCs,
Halon dan Methyl Bromide satu perjanjian
antarabangsa yang diwujudkan pada 1987 yang
dikenali sebagai Protokol Montreal. Ia telah
menetapkan bahawa sistem penyejukan dan
penyaman udara hendaklah memindahkan bahan
pendingin ke unit tebus guna sebelum kerja-kerja
menservis. Melepaskan bahan pendingin ke
atmosfera akan merosakkan alam sekitar.
Kerja pengendalian bahan pendingin

Jenis-jenis kerja menservis sistem


Pengasingan
Pump down
Tebus guna
Kitaran asas sistem penyejukan dan penyaman udara
Menservis sistem penyejukan dan penyaman udara tanpa
pelepasan bahan pendingin ke atmosfera
Pendekatan untuk mengurangkan pelepasan bahan
pendingin ke atmosfera
Unit tebus guna
Menservis sistem

Pengasingan (Isolation)
mengasingkan minyak dan bahan pendingin. Ini akan menyebabkan ketidakcekapan
pada sistem penyejukan dan penyaman udara. Ia adalah untuk mengelakkan
kerosakan pada pemampat penyaman udara.

Pump down
proses mengumpulkan atau menghimpunkan semua bahan pendingin dalam sesebuah
unit penyaman udara pisah (split unit) ke bahagian tekanan tinggi sistem iaitu
pemampat dan pemeluwap.
Proses pump down pada unit penyaman udara jenis pisah dilakukan pada unit luar. Dan
dilakukan semasa sistem penyaman udara beroperasi seperti biasa.
Tujuan melakukan pump down ialah bagi mengelakkan pembaziran bahan pendingin
semasa:
Melakukan kerja menservis pada unit dalam yang perlu dikeluarkan seperti mengganti
penyejat, saluran sedutan dan saluran cecair.
Pemindahan lokasi unit luar dan unit dalam.
Tebus guna (Recovery, Reclaim, Recycle)
Tebus guna bahan pendingin adalah melibatkan kerja Recovery, Reclaim
dan Recycle. Ia membantu untuk mengelakkan penipisan lapisan ozon di
atmosfera dengan menghalang pelepasan bahan pendingin.
Recovery adalah kerja memindahkan bahan pendingin daripada sistem
ke silinder penyimpanan luaran tanpa memproses bahan pendingin.
Reclaim adalah kaedah untuk memproses bahan pendingin mengikut
spesifikasi asal bahan pendingin tersebut melalui proses penyulingan.
Recycle adalah satu proses untuk membersihkan bahan pendingin agar
boleh digunakan semula dengan mengasingkan minyak, mengurangkan
kelembapan dan keasidan.

Gambar : Contoh unit tebus guna

Anda mungkin juga menyukai