Anda di halaman 1dari 8

PENDIDIKAN WAJIB UNTUK SEMUA

(AKTA PENDIDIKAN 1996)


Disediakan oleh:
Flavia Kong
PELAKSANAAN
• satu undang-undang yang menghendaki setiap
ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap
di Malaysia yang mempunyai anak mencapai
umur enam tahun pada hari pertama tahun
persekolahan semasa, mendaftarkannya di
sekolah rendah dan terus menjadi murid di
sekolah rendah di sepanjang tempoh
pendidikan rendah.
• Tempoh Pelaksanaan
Tempoh pendidikan wajib adalah selama
tempoh pendidikan rendah, iaitu selama enam
tahun.
• Tahun Pelaksanaan
Pendidikan wajib akan dilaksanakan mulai
tahun persekolahan 2003 yang meliputi murid
Tahun 1. Bermula tahun 2004 Pendidikan
Wajib akan meliputi murid di Tahun 2 semua
sekolah di seluruh Malaysia.
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
• Diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong
setelah diluluskan oleh Parlimen pada 15 Julai
1996.
• Diwartakan pada 1 Ogos 1996.
• Dikuatkuasa pada 31 Disember 1997
• Menggabtikan Akta Pelajaran 1961
• Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 ( AKTA A1152)
– Seksyen 29A, Pendidikan rendah menjadi pendidikan
wajib.
Kanak-Kanak Yang Terlibat
• Kanak-kanak yang terlibat adalah mereka yang
dilahirkan antara 2 Januari 1996 hingga 1
Januari 1997 bagi tahun 2003 dan murid yang
dilahirkan pada 2 Januari 1997 hingga 1
Januari 1998 bagi tahun 2004.
Pertukaran Sekolah Sebelum Pendaftaran
Hari Persekolahan
• Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran awal
dan/atau telah mengesahkan penerimaan
penempatan ke sekolah rendah tetapi berpindah
ke tempat baru sama ada dalam daerah yang
sama atau di negeri lain hendaklah memaklumkan
kepada sekolah lama terlebih dahulu sebelum
memohon untuk membuat pendaftaran baru ke
sekolah di tempat tinggalnya yang baru.
PENALTI
• Dasar Pendidikan Wajib bertujuan untuk memberi
pendidikan kepada ibu bapa dan masyarakat dalam
memastikan pendidikan sekolah rendah diberikan
kepada anak-anak. Kegagalan ibu bapa memastikan
anaknya mengikut pendidikan wajib adalah
merupakan satu kesalahan dari segi undang-
undang. Jika disabitkan dengan kesalahan ibu bapa
berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi
RM5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau
kedua-duanya sekali.
S ek
i an
….
Terima Kasih….

Anda mungkin juga menyukai