Anda di halaman 1dari 6

MASALAH PRATULIS

MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS


Kemahiran gerakan motor halus juga boleh menjadi
lambat disebabkan beberapa faktor antaranya;

Kecederaan

Keadaan
tidak normal Faktor Stroke
sejak lahir

Penyakit (sawan)
Masalah Pratulis
Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas tetapi
tidak menunjukkan perkembangan motor halus yang
baharu kemungkinan mengalami masalah dalam
membuat gerakan motor halus.

Masalah ini juga boleh berkait dengan keadaan


kesihatan kanak-kanak seperti penyakit sawan,
terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes.

Kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan yang


lambat dalam kemahiran motor halus ini juga akan
mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi
pergerakan badan khususnya bahagian muka, tangan
dan jari.
Sesetengah tanda terencat perkembangan motor
boleh dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 2
tahun.

Tanda-tanda ini adalah seperti kesukaran untuk


duduk atau mengangkat kepala, sukar berdiri jika
tidak dibantu, sukar untuk bergerak seperti
merangkak, atau tempoh berjalan yang agak lambat.

Perkembangan lambat bagi motor halus pula kadang


kala dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di
peringkat prasekolah.

Contohnya kanak-kanak ini sukar untuk memegang


pensil, sukar untuk melukis atau sukar memasang
butang baju.
Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai
kemahiran motor halus memerlukan perancangan,
masa, dan pelbagai bahan bantu.

Perkembangan motor halus dapat digalakkan dengan


aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan
kraf, jigsaw, dan membina blok lego.

Meminta kanak-kanak membantu ibubapa membuat


kerja rumah seperti memotong buah, atau mengacau
tepung juga merupakan aktiviti yang baik untuk
perkembangan motor halus mereka.
Selain itu ia juga dapat meningkatkan kebolehan
koordinasi tangan-mata.

Oleh kerana perkembangan motor halus memainkan


peranan yang penting dalam persediaan kanak-kanak
memasuki sekolah dan perkembangan kognitif maka
kemahiran ini seharusnya diberi perhatian dalam
kurikulum prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai