Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektua lseperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru menunjukkan bahawa besarnya amanah dan tugas dalam mendidik anak bangsa untuk mencapai matlamat negara kita. Oleh itu, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu memahami akan tanggungjawab yang dipikul serta amanah mereka untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Ini menjurus kepada peranan utama yang diharap oleh sistem pendidikan formal negara kita dalam membina bangsa yang bersatu dan moden serta mencapai produk generasi akan datang yang berkualiti menjadi realiti. Diantara peranan dan tanggungjawab guru dalam konteks pembinaan negara bangsa ialah: Kerjaya guru sebagai satu ibadah. Guru bertanggungjawab dalam pembangunan insan kamil dikalangan murid. Sebagai agen sosialisasi iaitu penjalin hubungan yang rapat dengan masyarakat. Agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik. Guru yang sentiasa menerapkan nilai-nilai patriotisme melalui sejarah pembinaan negara. Guru yang menghayati Falsafah Pendidikan Negara (FPK) sebagai panduan dalam menjalankan tugas. Guru sebagai agen sosialisasi iaitu penjalin hubungan yang rapat dengan masyarakat. Penekanan kepada konsep `Malayanization' ialah untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa. Guru sebagai agensosialisasi perlu menerapkan konsep bertunjangkan satu Malaysia sebagaisatu proses membina generasi baru Malaysia yang berpendidikan dan berkiblatkan Malaysia, menggunakan bahasa Malaysia sebagai lambang penyatuan dan kekuatan budaya bangsa, menggunakan kurikulum berorientasikan Malaysia dan mendukung aspirasi dan cita- cita baru pembinaan negara Malaysia. Sistem penilaian yang seragam juga diwujudkan untuk pensijilan dan pengiktirafan. Di peringkat sekolah, para pendidik dikehendaki menanamkan bibit-bibit kesedaran baru untuk penyatuan, perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan melalui mata pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai alat sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan membangkitkan imej baru negara Malaysia sebagai Negara-Bangsa.
Dokumen Serupa dengan Peranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa Memupuk Perpaduan