Anda di halaman 1dari 9

TEKNIK MENJAWAB

ULASAN
UPSR 2017
1. Sila baca arahan soalan
2. Baca keterangan gambar dengan teliti contoh
: poster piramid makanan
3. Arahan tulis dalam bentuk PERENGGAN
bukan poin poin atau 1,2,3 seperti bina ayat
4. TULIS ULASAN DALAM SATU PERENGGAN
SAHAJA
5. Isi tersurat DALAM GAMBARAJAH
6. Isi tersirat IDEA PELAJAR (KBAT)
ISI TERSURAT :
Kita perlu mengamalkan amalan makan secara
sihat
Makanan yang paling banyak perlu kita ambil
ialah bijirin dan ubi
Kita perlu makan banyak sayur dan buah
Kita perlu makan secara sederhana susu, dadih
dan keju
Makanan paling sedikit yang perlu kita ambil
ialah lemak, minyak, garam dan gula (47pp)
ISI TERSIRAT:

Amalan makan secara sihat amatlah penting


untuk menghindarkan penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung, diabetes dan
obesiti. (64 pp)

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak


kecil agar mengamalkan makanan secara
sihat supaya sihat sepanjang hayat (80 pp).
Cadangan jawapan
Pendahuluan : ___________ menunjukkan
______________________________.
Penanda Wacana Penegasan / Kata Isi Tersurat Huraian
Bantu
Antaranya Kita perlulah
Selain itu, Kita haruslah
Seterusnya, Kita mestilah
Disamping itu, Kita hendaklah
Akhir sekali Kita sewajarnya

Isi Tersurat : 1 @ 2 isi tersurat.


Bahan rangsangan menunjukkan topik soalan.
Antaranya, isi tersurat 1. .
Selain itu, isi tersurat 2 .
Seterusnya, , isi tersurat 3 .
Disamping itu, , isi tersurat 4 .
Akhir sekali, , isi tersurat 5 .
Isi tersirat 1 . Isi tersirat 2 .
Poster menunjukkan piramid makanan yang
digunakan sebagai panduan makan secara sihat.
Antaranya, kita perlu mengamalkan amalan makan
secara sihat setiap hari. Selain itu, kita haruslah makan
paling banyak seperti bijirin dan ubi. Seterusnya, kita
perlu makan banyak sayur dan buah. Disamping itu, kita
perlu makan secara sederhana seperti susu, dadih dan
keju. Akhir sekali, kita sewajarnya makan paling sedikit
seperti lemak, minyak, garam dan gula. Amalan makan
secara sihat amatlah penting untuk menghindarkan
penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, diabetes
dan obesiti. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak
kecil agar mengamalkan makanan secara sihat supaya
sihat sepanjang hayat. (80pp)
Ulasan 1
perenggan
sahaja

TULIS SEHINGGA 80 PATAH PERKATAAN SAHAJA


JANGAN LEBIH
JIKA LEBIH, BILANGAN PATAH PERKATAAN YANG LEBIH TIDAK
AKAN DIPERIKSA