Anda di halaman 1dari 8

HAMPARAN ELEKTRONIK

Pengenalan
Hamparan - digunakan untuk menyusun, manipulasi, dan menggraf
maklumat numerik. Ia juga dikenali sebagai helaian kerja, hamparan terdiri
daripada barisdan lajur yang membentuk sel. Sel individu dikenal pasti oleh
alamat sel. Satu blok sel yang bersebelahan dikenali sebagai julat.
Ciri-ciri penting dalam hamparan adalah seperti berikut:-
Baris dan Lajur membentuk sel dalam helaian kerja.
Label lazimnya mengecam maklumat dalam hamparan.
Nilai termasuklah nombor.
Formula ialah arahan untuk pengiraan.
Fungsi ialah formula pratulis.
Jenis Data Input
Untuk Memasukkan Simbol-simbol Khas
Caranya ialah:
kita boleh gunakan arahan simbol dari menu Insert. (rajah 1)
apabila perintah simbol dipilih satu kotak yang mempunyai berbagai jenis simbol
dipamirkan.
Pilih simbol yang anda kehendaki.
Tekan butang Insert.
Tekan butang Close.
Anda juga bolem memasukkan sebarang simbol metamatical ke dalam dokumen worrd.
Pilih Object dari menu Insert.(Rajah 2)
Pilih fail Microsoft Equation 3.0 dari senarai fail yang dipamirkan.
Apabila toolbar bagi equation dipamirkan seperti dibawah
Pengubahsuaian Hamparan
Mengubah Saiz dan Bentuk Tulisan
Untuk mengubah saiz dan bentuk tulisan sebelum menaip anda
hanya perlu bawa tetikus ke butang saiz teks dan butang jenis teks
seperti yang dipamirkan dibawah, pilih saiz dan bentuk teks yang
anda kehendaki.
Menyalin,memotong dan menampal
Teks/Grafik.
Untuk menyalin anda hanya perlu tekan perintah Copy dari menu
Edit atau tekan [CTRL+C] atau tekan butang Copy pada toolbar. Dan
anda juga perlu tekan perintah Paste dari menu Edit atau tekan
[CTRL+V] atau tekan butang Paste pada toolbar.
Untuk menampal juga memerlukan teknik yang sama seperti
menyalin.
Bagi memotong pula, anda hanya perlu tekan perinta Cut dari
menu Edit atau tekan [CTRL+X] atau tekan butang Cut pada toolbar.
FUNGSI HAMPARAN ELEKTRONIK
Perisian hamparan adalah perisian untuk membuat analisa,
perhitungan, perancangan dan permodelan matematik dalam
komputer. Ia boleh digunakan untuk mencipta model berasaskan
matematik dan lain-lain aktiviti perniagaan. Perisian ini dapat
menggantikan kertas hamparan kerja, kalkulator dan pensil.
Contoh : Quattro Pro, Lotus 1-2-3, Microsoft Excel
KEGUNAAN HAMPARAN ELEKTRONIK
i) menyimpan data secara automatik
ii) membuat ringkasan data mentah dan menghasilkan maklumat
iii) melaksanakan analisis dan meningkatkan perancangan
iv) melakukan pengiraan secara automatik dengan cepat dan tepat
v) ia digunakan untuk melakukan analisis apa-jika, analisis kepekaan,
keperluan perbelanjaan, ramalan keuntungan, mencipta grafik dan
melakukan simulasi.

Anda mungkin juga menyukai