Anda di halaman 1dari 21

CERPEN OREN

Telah empat hari Oren hilang dari


rumah. Aku, Azura, Anis dan ayah risau
akan keselamatan Oren. Dua hari yang
lalu, Anis ada melihat Oren bermain-
main di bawah pokok tua di taman
permainan di halaman rumah dan pada
pagi tadi, Azura melihat Oren di tepi
longkang di belakang rumah.
Namun demikian, Oren belum lagi muncul-
muncul di rumah. Sebelum hilang dari
rumah, Oren enggan makan makanan yang
disediakan oleh ayah.
Untuk menghilangkan kerisauan, ayah
membelai-belai Kelabu di pangkuannya
. Walaupun ayah membelai Kelabu tetapi
ayah masih memikirkan tentang Oren. Ayah
membawa Oren pulang ke rumah setelah
ayah terlanggar ibunya. Setelah itu, ayah
berjanji akan memelihara Oren seperti
anaknya sendiri.
kelabu
Oleh sebab bulu kucing itu berwarna oren,
maka ayah menamakan kucing itu Oren.
Oren pula pandai mengurus diri. Oren
membuang najis di dalam tandas bukan
seperti Kelabu.
Kelabu ialah kucing yang ayah temui sewaktu
ayah dalam perjalanan pulang ke rumah dari
tempat kerja. Ayah menamakan kucing itu
Kelabu kerana kerana bulunya berwarna
kelabu.
Ayah memelihara Kelabu untuk menemankan
Oren bermain-main di rumah tetapi Oren
tidak serasi dengan Kelabu. Akhirnya, Oren
merajuk lalu lari dari rumah.
Ayah bermimpi Oren pulang ke rumah.
Semalaman ayah berbual-bual dengan Oren
di ruang tamu. Setelah terkejut dari tidur
ayah terpinga-pinga mencari Oren
tetapi tidak ditemui. Ayah sedar bahawa dia
hanya bermimpi.
Ayah memberitahu hal tersebut kepada kami
di meja makan. Tiba-tiba, Anis muncul di
ruang dapur membawa bangkai Oren.
Oren mati kerana dihempap sebatang
pokok tua di taman permainan pada hari
semalam. Ayah menangis.
Tema
Perasaan kasih sayang yang terjalin antara
manusia dengan haiwan. Ayah memelihara
Oren setelah Oren kematian ibu akibat
dilanggar oleh Ayah. Ayah memelihara
Oren dengan penuh kasih sayang.
Persoalan
(a) Keprihatinan antara ahli keluarga Ibu
berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak
memberikan pandangan yang akan menyebabkan
ayah berasa bimbang atau tersinggung.
(b) Rasa simpati terhadap haiwan Ayah
terlanggar seekor kucing. Ayah berasa tersentuh apabila
melihat seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan
kucing yang dilanggarnya itu. Ayah mengambil anak
kucing tersebut untuk dipelihara.
Persoalan
(c) Tanggungjawab seseorang atas haiwan peliharaan
Ayah berasa gelisah apabila kucingnya, Oren sudah
empat hari tidak pulang ke rumah. Ayah bertanya
kepada anak-anaknya jika terlihat kelibat Oren.
(d) Menjaga perasaan orang lain Aku mengesyaki
sesuatu telah berlaku kepada Oren. Namun begitu, dia
hanya memendamkannya kerana bimbang ayah akan
bertambah gelisah.
Nilai

1.Belas kasihan . Contohnya, ayah


aku berasa belas kasihan dan kasihan
akan nasib Oren yang kematian ibunya
serta Kelabu yang kurus dan tidak terurus.
2.Keprithatinan. Contohnya, ayah
aku begitu prihatin akan Oren yang
masih belum pulang ke rumah.
Nilai
3. Bersimpati. Contohnya, ibu aku dan anak-
anaknya simpati akan konflik yang
ditanggung oleh ayah aku berikutan
kehilangan Oren.
4. Ketabahan. Contohnya, anggota keluarga
ayah aku tabah menghadapi dugaan, iaitu
kehilangan Oren.
Pengajaran

1.Kita hendaklah bersifat belas kasihan


terhadap makhluk lain supaya
kehidupan kita lebih bahagia.
2.Kita wajar bersikap prihatin dengan
perkembangan sekeliling kita supaya kita
dapat mengambil tindakan dengan segera.
Pengajaran

3. Kita haruslah bersimpati terhadap masalah


yang dihadapi oleh orang di sekeliling supaya
kita dapat membina hubungan yang
harmoni.
4. Kita hendaklah gigih melaksanakan sesuatu
usaha supaya kita dapat menyelesaikan
masalah dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai