Anda di halaman 1dari 29

Kepentingan Konsep Reka

Bentuk
PENGERTIAN
Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk,
membangun, melaksana dan menilai pengajaran ,Dick &
Reiser, 1999

Reka membawa maksud membuat sesuatu ciptaan,


sesuatu yang baru dan lama.

Bentuk merujuk kepada menggunakan sains dan


matematik, proses kejuruteraan serta ekonomi.
Sifat-sifat Seorang Pereka
Kreatif
Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru &
idea-idea asai serta barangan asal. (Mungkin berguna
dan mungkin tidak berguna.)

Inovatif
Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang
baru seperti idea-idea baru, cara-cara baru (selalunya
berguna untuk semua).
PERANAN DAN KEPENTINGAN
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan .

Membolehkan pelajar memperoleh kemahiran,


pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta
digemari oleh pelajar.

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap


mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan
hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus
membina disiplin yang positif.
Pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan
lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan
sistematik.
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka
bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam
proses pemilihan dan penghasilan media.
Model ASSURE
Analyse Learner (Analisis Pelajar)

Ciri umum, kompetensi khusus, kemahiran sedia ada, tail Pembelajaran :


samada auditori, visual atau kinestetik .

State Objective ( Pernyataan Objektif)

Tahap minumum sepatutnya dipelajari murid daripada P&P, fokus kepada


pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

Select, method, media & material (Pemilihan kaedah, media dan bahan)

Kaedah Simulasi, demostrasi, latihan tubi


Media sepadan dengan kurikulum, maklumat tepat dan terkini, bahasa
jelas, tarik minat
Bahan objektif, pelajar, kos dan masa, kekaran teknikal
Utilise Media & Material (guna media, bahan)
Menyediakan media, bahan, persekitaran, pelajar dan
penglaman pelajar

Require learner response (Memerlukan penglibatan pelajar )


Mendorong penglibatan pelajar seperti latihan, kuiz dan
projek

Evaluate dan revise(nilai dan semak)


Menilai pencapaian pelajar, hasil pembelajaran, media dan
kaedah, penyediaan guru, penyediaan murid
Model ADDIE
Analisis(Analyse)
Pembangunan konsep, pernyataan tujuan, kenalpasti
pengguna sasaran, perbincangan, pemerhatian dan
pembacaan)

Rekabentuk(Design)
Pembangunan spesifikasi perkakasan, perisian, untuk
mendapat maklumat terperinci, sistem penyebaran, elemen
yang dimasukkan .

Pembangunan(Develop)
Proses pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita,
apa yang pengguna lihat pada skrin.
Pelaksanaan(Implement)
Proses pengujian sebelum dilaksanakan bagi memastikan
tiada pepijat, tepat dan beroperasi

Penilaian(Evaluation)
Pengujian Alpha(pengujian dalaman) dan Pengujian
Beta(pengujian sebenar)
KEPENTINGAN MATA
PELAJARAN PSV DALAM SISTEM
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Matlamat sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid


meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa.

Ia juga dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,


keluarga, masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting
dalam pembangunan manusia.

Malah seni itu sendiri boleh dianggap sebagai agen


perubahan masyarakat.

Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul


dalam arena pembangunan manusiawi.

Oleh itu, bakat melukis ini jika dipupuk dengan


sebaiknya,dibimbing dan diberi galakan akan
menjadikan kanak-kanak itu seorang pereka seni
yang baik.
Seni sebagai Alat Penyataan diri
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi
emosi adalah dengan menggunakan seni untuk
merangsang dan menyatakan emosi itu.

Melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan


merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil
emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan.

Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau


apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan
kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil
karya yang dibuat itu.
Seni Menajamkan Kepekaan dan
Pengamatan
Pacaindera yang ada pada manusia seperti rasa,
sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah
yang Allah berikan kepada manusia.

Pacaindera ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang


murni.

Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap


pengamatan semasa pencitaan sesebuah karya seni.

Contohnya, semasa melukis, pengkarya perlu memberi


perhatian dan pengamatan kepada objek yang
difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.
Kepentingan Mata Pelajaran PSV
kepada Guru
i. Melahirkan guru yang kreatif,peka,berketrampilan dan
profesional

Mata pelajaran PSV dapat ditinjau daripada dua aspek iaitu


kepentingannya kepada pendidik itu sendiri dan kepada
pelajar dan negara .

Dapat melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka,


berpesonaliti yang berketrampilan dan professional.

Menurut Lernardo da Vinci, iaitu seorang seniman


menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul
akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang
kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan profesional.
Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian
dan tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin
dan berkesan.

Contohnya melalui aktiviti seni visual,muzik dan


pergerakan,guru dapat membantu murid-muridnya
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.

Guru juga dapat mendorong kanak-kanak menggunakan


imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-
murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid
tersebut.
ii.Membantu guru memahami diri dan persekitaran

PSV juga dapat membantu guru melaksanakan dengan


mudah proses pengajaran dan pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan


persekitaran.

Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan


proses menghubungkaitkan semua benda dalam
alam ini.

Seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses


pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.
iii.Lebih mudah mencapai objektif

Integrasi seni visual,muzik dan pergerakan dengan


pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Quadrant Concept(1999) oleh Herrmann menyatakan


bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan
intuitif seseorang.

Guru dapat menjalankan proses pengajaran dan


pembelajaran yang berkesan.

Justeru,dengan pengetahuan tentang keistimewaan


seni,guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam
pengajaran dan pembelajaran.
iv.Mempelbagaikan teknik dan strategi

Guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan strategi


dalam pengajaran dan pembelajaran melalui PSV.

Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan ,Howard Gardner


(1983) mengesyorkan bahawa terdapat lapan jenis
kecerdasan tetapi kebanyakan sekolah memberi
penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan
matematik sahaja.

Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang


penting dalam kurikulum.

Ini kerana manusia memperoleh pengetahuan melalui


pelbagai kecerdasan dan juga melalui pelbagai teknik
pengajaran.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik
dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan
murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran.

PSV menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.

Setiap kegiatan seni seperti pemupukan nilai dan


pemahaman unsur seni dapat dihubungkaitkan dengan
kemahiran asas seni.
Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada
Individu
i. Memupuk kreativiti Individu

Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting


dalam pembangunan manusia.

PSV dapat memupuk kreativiti kanak-kanak.

Sifat semula jadi kanak-kanak memerlukan perhatian, belaian,


sentuhan dan sebagainya.

Kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni


tampak iaitu

Peringkat manipulatif(2-5 tahun)


Peringkat melakar simbol-simbol(5-9 tahun)
Peringkat pra-remaja (10-13 tahun).
Melalui proses proses lakaran ini,tahap mental kanak-kanak
akan berkembang.

Oleh itu,bproses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak


itu akan terbina dengan baik. (Laura Chapman,1978)
ii. Memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan
inovatif

Apabila seseorang pelajar telah meningkat remaja sekitar


10-15 tahun,pengetahuan tentang seni semakin
bertambah.

Sekiranya mendapat bimbingan yang betul tentang


seni,maka tahap kematangan kreativitinya akan
berkembang.

Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) peringkat ini


merupakan peringkat yang paling konflik dan genting
kerana berlakunya persaingan.
iii. Pengalaman pembelajaran PSV meningkatkan
keyakinan diri

Pengalaman yang diperoleh melalui pembelajaran seni


boleh membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran
belajar.

Seni dapat membina keupayaan bagi menangani


perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.

Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya


dapat mempengaruhi kehidupan kita.

Contohnya,dari segi warna yang kita suka dan warna baju


yang kita pakai.
Warna yang lembut,terang ataupun gelap dapat
mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan.

Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut ,ia


dapat memberi keyakinan dalam diri kita.

Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan


kemahiran baru.
iv. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh

Mata pelajaran PSV juga dapat menggalakkan


pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan merangsang proses


pembelajaran dan pengajaran.

Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang


kompleks dan kompetitif.

Seni banyak dikaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi


dan kebudayaan.
Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina
sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut
kesesuaian masyarakat masa kini.

Seni dapat mengukuhkan dan menggalakkan kemahiran


berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan menyeluruh.
v. Memberi peluang kepada murid memupuk minat

Memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan


terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,


ekspresif dan aktif.

Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat


ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.

Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai


jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan
ekspresi diri.

Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina


keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai