Anda di halaman 1dari 43

KONSEP ASAS HUBUNGAN

ETNIK
MASYARAKAT

Merujuk kepada sekumpulan


manusia yang berkongsi budaya yang
sama, menduduki satu kawasan khas
dan merasai kewujudan mereka
sebagai entiti yang bersatu padu dan
berbeza dengan yang lain
sambungan
Masyarakat adalah kelompok manusia
yang mempunyai hubungan sosial
dalam sesuatu penempatan yang
sama.

Hubungan mungkin dari segi


kekeluargaan, pekerjaan, tempat
tinggal dan lain-lain.
Akan mewujudkan satu organisasi
atau institusi tertentu yang dapat
menyatukan lagi manusia dalam
kumpulan unit sosial.
Jadi masyarakat didefinasikan
sebagai jaringan perhubungan
pelbagai individu yang merujuk
kepada pergaulan hidup dan
keseluruhan hubungan sosial.
KEPERLUAN MENGKAJI MASYARAKAT
Manusia hidup bermasyarakat
Memahami cara hidup
bermasyarakat
Memahami budaya dan masyarakat
lain
Memupuk kerjasama di kalangan
masyarakat.
CIRI-CIRI MASYARAKAT

Manusia yang hidup berkelompok


Melahirkan kebudayaan
Mengalami perubahan
Berinteraksi
Terdapat kepimpinan
Stratifikasi sosial
Tahap-Tahap Masyarakat

ORGANISASI GLOBAL DAN ANTARABANGSA

NEGARA BANGSA NEGARA BANGSA

KOMUNITI KOMUNITI

FAMILI FAMILI
MASYARAKAT MAJMUK (MM)
DAN PLURALITI
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL
SOCIETY)
Konsep ini mula diperkenalkan oleh J.S
Furnivall (1948); ia merujuk kepada
masyarakat yang dicirikan oleh
perpecahan
dan konflik antara kumpulan manusia yang
bernaung di bawah satu sistem politik.
Smith (1965); masyarakat yang
mempunyai kepelbagaian budaya,
perpecahan sosial dan perselisihan.
Dari segi politik pula ia dikuasai oleh
satu kelompok minoriti yang
mempunyai kebudayaan tersendiri.

MM wujud atas dasar konflik dan


paksaan, bukannya atas dasar nilai
bersama.
sambungan
Van den Berghe (1967) pula
membezakan kemajmukan sosial
(yang wujud apabila masyarakat
dipecahkan kepada kelompok
korporat atas dasar bukan budaya)
daripada kemajmukan budaya (yang
timbul akibat wujud beberapa
kumpulan etnik).
sambungan
Ciri-Ciri masyarakat majmuk:
1. ketiadaan pemuafakatan (konsensus)
nilai
2. Kepelbagaian budaya
3. Wujud konflik antara kelompok yang
berlainan.
4. Wujud autonomi
5. Wujud paksaan dan saling
bergantungan ekonomi sebagai dasar
integrasi sosial
sambungan
6. Dominasi politik oleh golongan
tertentu.
7. Hubungan antara kelompok lebih
bercorak secondary, segmental dan
utilitarian, manakala hubungan
dalam kelompok lebih bersifat
primary.
KONSEP MASYARAKAT
PLURALITI BAHARU (MPB))
Konsep MPB melihat bagaimana
proses perindustrian, modenisasi dan
globalisasi menambahkan lagi pluraliti
MM yang sedia ada.

Faktor utama yang mewujudkan MPB


ialah perkembangan teknologi
maklumat, komunikasi, pengangkutan,
perindustrian, globalisasi dan migrasi
bangsa .
KEBUDAYAAN
Definasi
Sebagai keseluruhan cara hidup yang
wujud dalam sesuatu masyarakat.

Jencks(1993) terdapat 4 cara


pengunaan konsep kebudayaan.
a) Dilihat sebagai satu pemikiran.
b) Dikaitkan dengan tamadun
sambungan
c) Dilihat sebagai satu badan kolektif

tentang seni dan kerja intelektual


dalam masyarakat.

d) Dilihat sebagai keseluruhan cara


hidup manusia.
sambungan
Linton (1945), kebudayaan sesebuah
masyarakat ialah cara hidup ahlinya,
koleksi idea dan tabiat mereka
belajar, berkongsi dan menurunkan
sesuatu dari satu generasi kepada
satu generasi
Dalam bidang sosiologi ia bermaksud
kepercayaan sesuatu masyarakat dan
perlambangan simbolik kepercayaan
dalam aktiviti kreatif.
sambungan
Kebudayaan dibahagikan kepada dua
lapangan besar iaitu:
i. Budaya kebendaan
Ii. Budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan
ialah peralatan dan kelengkapan
hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya.

Budaya bukan kebendaan


kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang
CIRI-CIRI BUDAYA
Dipelajari
Perkongsian
Kesejagatan
Diwarisi
Berubah
Fungsi Budaya dalam kehidupan

Memenuhi dan menyediakan


keperluan
Sebagai panduan kepada anggota
masyarakat dan bertingkah-laku
Mengatur hubungan sesama manusia
Sebagai Penggalak kepada manusia
untuk mencipta
Sebagai alat penyatuan dan
pengenalan identiti.
sambungan
Jenis-Jenis Kebudayaan
Kebudayaan tinggi, kebudayaan
rakyat, kebudayaan massa,
kebudayaan popular dan
subkebudayaan.
ETNIK, RAS DAN IDENTITI ETNIK
Scupin(2003) istilah etnik (ethnic)
atau etnisiti (ethnicity) berasal
daripada perkataan Yunani ethnos
(berasal daripada perkataan
ethnikos) Istilah ini digunakan
untuk merujuk kepada orang bukan
Yunani ataupun orang lain yang
berkongsi ciri biologi, kebudayaan
dan cara hidup yang sama.
sambungan
Pada abad ke-19, dalam pelbagai
bahasa Eropah, perkataan ini dilihat
sama dengan istilah ras yang
mengasingkan kumpulan manusia
berdasarkan perbezaan ciri fizikal
seperti warna kulit, rangka tubuh,
bentuk kepala dan tekstur rambut.
sambungan
Terdapat tiga jenis teori yang biasa
digunakan untuk mengklasifikasikan
manusia berdasarkan perbezaanbiologi
iaitu:
a) Ras sebagai keturunan.
b) Ras sebagai jenis.
c) Ras sebagai subspesis
sambungan
Pandangan ahli sosiologi, konsep ras
lebih dilihat sebagai satu hasil
konstruksi sosial (social
construction).
Ras merupakan sekumpulan manusia
yang melihat diri mereka dan juga
dilihat oleh orang lain sebagai
mempunyai keturunan yang
membezakan mereka dari yang lain.
sambungan
Konsep rasisme
a) Tahap individu-bahawa ada ras
tertentu yang berstatus unggul
(superior) dan ada yang berstatus
lebih rendah (inferior)
b) Tahap Institusi-melibatkan dasar dan
dasar pelaksanaan bersifat
diskriminasi yang akhirnya
mewujudkan ketidaksaksamaan pada
manusia dari ras yang berlainan.
sambungan
Etnik pada masa kini
mementingkan aspek :
a) Objektif-kebudayaan yang dapat
dilihat dan simbol yang dikongsi
bersama.
b) Subjektif-kepercayaan dalaman
kumpulan, semangat kekitaan dan
perpaduan komuniti.
Oleh itu identiti etnik
merupakan identiti yang bersifat
kebudayaan dan bukan bersifat biological
walaupun ramai yang melihatnya sebagai
sesuatu yang tetap.
Ia merujuk kepada keahlian dalam
sesuatu kumpulan kebudayaan yang
didefinasikan mengikut ras, sejarah,
pengalaman, agama, bahasa yang
dikongsi bersama.
MINORITI
Kumpulan sosial yang tertindas
disebabkan ciri etnik, ras, biological
dan sebagainya.
Louis Wirth; kelompok manusia yang
disebabkan ciri fizikal dan
kebudayaannya yang diasingkan
daripada orang lain dalam masyarakat,
menerima layanan yang tidak sama
rata dan dilihat sebagai objek untuk
didiskriminasi secara kolektif.
sambungan
Kinloch (1974) Ciri kumpulan
minoriti:
a) Fizikal; ras, jantina dan umur.
b) Kebudayaan; agama dan etnisiti.
c) Ekonomi; kelas sosial.
d) Tingkah laku; devians
PRASANGKA
Sikap atau tanggapan lazimnya
bersifat negatif terhadap sesuatu
kumpulan manusia atau ras yang
lain atau sikap yang dibentuk
berdasarkan generalisasi yang tidak
rasional tegar kerana kumpulan
tersebut mempunyai ciri atau kualiti
tersebut.
sambungan
Dari aspek ras dan etnik, prasangka
terdiri daripada tiga kompenan
berikut:
a) Kompenan kognitif
b) Kompenan afektif
c) Kompenan kelakuan
Diskriminasi
Satu proses apabila ahli sesuatu
kumpulan atau kategori dalam
masyarakat dinafikan hak untuk
mendapat layanan yang saksama dari
segi undang-undang dan hak untuk
menikmati manfaat sosial yang lain.
Ia juga bermaksud layanan yang
berlainan diberi kepada individu dan
kumpulan disebabkan faktor ras,
agama dan jantina.
sambungan
Kaitan antara diskriminasi dan
prasangka
a) Prasangka boleh wujud tanpa
diskriminasi.
b) Diskriminasi boleh wujud tanpa
prasangka.
c) Diskriminasi boleh menjadi
penyebab kepada prasangka.
sambungan
d) Prasangka dan diskriminasi
lazimnya saling menguatkan antara
satu sama lain.
INTEGRASI DAN INTEGRASI
NASIONAL

Penyatuan pelbagai kumpulan tanpa


mengira keturunan sama ada
majoriti atau minoriti dan lenyapnya
sifat prasangka dan kelakuan
diskriminasi terhadap satu sama lain
sambungan
Menurut Ting (1987)
Proses integrasi boleh wujud dalam
pelbagai bentuk seperti
a) Akulturasi
b) asimilasi
c) amalgamasi
sambungan
Integrasi Sosial (IS)
Menurut Ting (1997)
Proses menyatupadukan berbagai-bagai
kelompok dalam masyarakat melalui satu
identiti bersama dengan menghapuskan
perbezaan dan identiti masing-masing.
IS penting untuk mencapai keharmonian,
kesejahteraan dan kestabilan dalam
masyarakat jika wujud keselarasan dari
segi norma dan nilai.
PLURALISME KEBUDAYAAN

Tindakan hidup bersama secara aman


damai dalam kalangan pelbagai kumpulan
etnik dan setiap kumpulan etnik akan
mengekalkan identiti masing-masing.

Di Malaysia pluraliti budaya diperkenalkan


bagi menyelesaikan masalah hubungan
ras sejajar dengan matlamat kebudayaan
Kebangsaan
Kebudayaan kebangsaan bertujuan
merapatkan jurang perbezaan
pelbagai kaum agar semua rakyat
dapat bersatu padu bagi
membolehkan negara ini muncul
dengan identitinya yang tersendiri.

Pendekatan pluraliti budaya


dikatakan sebagai pendekatan yang
terbaik berbanding teori asimilasi
dan amalgamasi.
KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN
ETNIK
a) Mencerminkan sifat struktur sosial,
keadaan sosial dan ikatan sosial
masyarakat, darjah pluralisme
sosial dan kebudayaan, punca
konflik dan struktur masyarakat
bersifat kolonial.
b) Mencerminkan perkembangan
sejarah dan kemampuan
sosioekonomi sesebuah negara.
c) Mencerminkan darjah dan sumber
ketegangan sosial.
d) Menggambarkan faktor personaliti
dalam menentukan tingkah laku
masyarakat; isu prasangka dan
diskriminasi.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai